B_18

1 0 0
                                    

"sebenarnya,SeRa ada sebab kenapa dia cakap macam tu dekat kau masa dia call kau hari tu"Hoseok mula membuka kebenaran. Yoongi masih tetap diam.

"SeRa sebenarnya ada kenser..."Yoongi tersentak. Dia menoleh le arah Hoseok. Mereka berdua berbalas pandang.

"Dia merayu dekat aku supaya tolong dia dan rahsiakan benda tu dari kau,aku dah cakap dekat dia bagitau je perkara sebenar tapi dia tak nak..."Hoseok berjeda lalu mengalihkan pandangan. Dia tertawa hambar.

"Aku happy sangat bila dia mesej aku,cakap yang dia dah putuskan untuk beritahu kau hal yang sebenar tapi..."Hoseok sudah tidak sanggup untuk meneruskannya lagi. Hatinya sedih.

Air mata lelaki Yoongi jatuh sebaik mendengar penjelasan dari Hoseok. Tiba-tiba telefon Hoseok berdering.

"Baiklah aku pergi dulu,jumpa dekat dorm nanti"pamit Hoseok kemudian,berlalu pergi meninggalkan Yoongi di situ.

Yoongi terduduk di hadapan kubur SeRa. Dia sedih sehingga menangis teresak esak.

"Babo,kenapa buat oppa macam ni"ujarnya hatinya terasa sesak. Kemudian,dia teriak sambil menangis. Kebenaran itu sentiasa menyakitkan.

----------

Jihoon duduk termenung di halaman belakang rumah. Tanpa disedarinya Tuan Park datang mendekati.

🌫️

"Ahjussi dah dapat tahu tak keberadaan dia sekrang ni?"soal Jihoon kepada Setiausaha Lee. Gambar kembarnya yang masih bayi ditatap.

"Sudah lebih 16 tahun saya mencari keberadaan cik muda tapi saya masih tidak menemukan petunjuk di mana dia berada sekarang"jelas Setiausaha Lee

"Ahjussi tak ada petunjuk lain ke selain gambar ni?"soal Jihoon lagi. Setiausaha Lee diam sejenak.

"Ada,seingat saya cik muda ada tanda lahir bentuk bunga dekat pergelangan tangan dia"ujar Setiausaha Lee lagi.

🌈

'tanda lahir bentuk bunga?'Jihoon mengeluh berat. Dia juga buntu. Kepalanya diurut perlahan.

"Dekat mana aku nak cari,bukan senang nak cari"suara Tuan Park berdehem mengejutkannya. Tuan Park duduk di sebelah Jihoon.

"Amboi, jauh termenung,fikir apa?"soal Tuan Park. Jihoon berasa sedikit terkejut.

"Appa,ah tak ada apa-apa lah"bohong Jihoon. Tuan Park menghulurkan sebuah sampul coklat. Jihoon memandang Tuan Park, bingung.

"Appa dah urus kemasukan kamu ke sekolah baru,minggu depan kamu dah boleh sekolah balik"jelas Tuan Park. Jihoon terkejut lalu senyum gembira.

"Gumawo appa"ucapnya. Isi sampul itu dibuka segala butiran mengenai sekolah itu ada di sana. Jihoon membacanya satu persatu.

----------

Di suatu bilik yang suram,satu sosok sedang asyik mencuci gambar. Gambar itu kemudiannya,digantung untuk dikeringkan. Sosok itu merenung gambar itu lama,dia tersenyum sinis.

----------

Min Hwa mengeluh berat. Dia membaringkan diri lalu memandang langit. Langit kelihatan cerah cantik pada hari itu. Perlahan-lahan matanya ditutup. Kemudian, tiba-tiba satu suara mengejutkannya.

"Min..."tegur suara itu. Min Hwa membuka matanya untuk melihat siapa. Alangkah terkejutnya dia,dengan pantas dia bangun dan duduk.

"Apa kau nak?"soal Min Hwa dingin sambil memandang ke arah lain. Sehun tunduk.

"Boleh hun duduk?"soalnya. Min Hwa diam tidak bersuara. Sehun menganggap Min Hwa membenarkan lalu duduk di sebelah Min Hwa. Dia memandang ke arah langit dan satu senyuman kecil terukir.

"Dulu kita selalu naik duduk dekat rooftop sambil tengok langit. Min ingat tak yang Min cakap,suatu hari nanti kalau dah graduate Min nak jadi pramugari dan berharap dapat jumpa oppa Min yang dah lama menghilang"

Min Hwa tunduk,matanya merundum.

🌫️

"Hun,nantikan kalau kita dah graduate Min nak apply jadi pramugari la"ucap Min Hwa sambil memandang langit. Sehun berkerut dahi.

"Kenapa pula?"

"Min nak cari oppa Woo Bin,dah lama dia menghilang sejak kejadian yang kapal terbang dari Spain nak balik Korea terbabas 11 tahun lepas. Eomma kata oppa dah mati,tapi Min dapat rasakan yang oppa sebenarnya masih hidup"jelas Min Hwa.

Sehun berpaling memandang Min Hwa yang masih memandang langit. Dia tersentak apabila terlihat air mata mengalir dari mata Min Hwa. Dia bangun.

"Tak boleh"ucapnya dingin. Min Hwa memandang Sehun yang sudah duduk. Perlahan-lahan dia turut bangkit duduk. Pelik.

"Wae?"

Sehun bersilang tangan. Dia memandang Min Hwa tajam.

"Nanti banyak namja nak mengorat,Hun tak suka"bantah Sehun. Min Hwa tertawa kecil.

"Jaelous?"Min Hwa cuba memancing.

Sehun mengangguk,dia berhenti mengangguk apabila menyedari bahawa dia tanpa sengaja mengaku perasaan sendiri. Dia malu.

Min Hwa tertawa kecil. Lucu dengan tetalah Sehun. Comel je.

🌈

"We're happy back then"luah Sehun,matanya masih menatap langit.

Min Hwa bangun. Dia perlu pergi. Sehun memandang Min Hwa yang sudah berdiri.

"Mi..."

"Mian,aku kena pergi. Aku baru ingat yang saem Kang nak jumpa"pamit Min Hwa laju.

"Min! Hun tinggalkan Min bersebab"Sehun cuba direct explain namun,Min Hwa tidak menghiraukannya. Sehun mengeluh lalu memandang kelibat Min Hwa yang sudah menghilang di balik pintu masuk menuju ke bumbung sekolah yang mereka berada kini.

----------

"Finally habis pun giliran kita perform"ujar Taehyung lega. Seok Jin mengangguk lalu mengusap perlahan belakang lehernya. Penat.

"Nervous betul aku tadi,sebelum start perform terus teringat masa debut dulu"ujar Jimin.

"Dah jom lah balik ke bilik persalinan,penat ni kalau boleh aku nak balik terus"Namjoon kini bersuara. Mereka semua bersetuju lalu berlalu menuju ke bilik persalinan mereka.

Dalam perjalanan menuju ke bilik persalinan, tiba-tiba IU penyanyi solo terkenal menegur mereka.

"Tahniah korang,korang perform bagus tadi"puji IU. Mereka hanya senyum.

"Kamsahamnida,IU seonbaenim"ucap Jimin.

"Baiklah kami minta diri dulu seonbaenim"pamit Namjoon yang berada di barisan paling hadapan sambil tunduk hormat dan berlalu pergi,diikuti oleh yang lain.

"Seonbaenim hwaiting!"sokong Hoseok. IU hanya senyum dan membalas tunduk hormat mereka,sehingga la tiba giliran Jungkook.

"Jungkook ah"panggil IU. Jungkook menoleh.

"Ne?"

"Kamu nampak kacak hari ni"puji IU. Jungkook hanya tersengih dan tersenyum nipis.

Yoongi yang berada di belakang sekali hanya memerhati tajam. Ada sesuatu pada IU yang membuatkan dia tidak sedap hati. IU senyum pada Yoongi.

"Yoongi ah senyumlah sikit"pinta IU dengan senyuman manis yang tidak lekang di bibirnya. Yoongi hanya menurut dan senyum paksa.

Sebaik sahaja mereka selesai melewati IU,Yoongi menoleh ke belakang di mana IU bakal bersedia untuk gilirannya yang seterusnya.

"Yoongi!"panggil Hoseok yang sudah berada di hadapan bilik persalinan. Yoongi tersentak dengan pantas dia menuju ke arah Hoseok. Sebelum dia masuk ke bilik persalinan,dia sempat menoleh sekilas ke arah IU.



BERSAMBUNG...

BIAS [ON GOING + BEING EDITED]Where stories live. Discover now