ICE SKATER & THE TRANSLATOR (BAHAGIAN 3)

34 3 3
                                    

"Kak Naddy, salahlah!" Tangan Nadia ditampar buat kesekian kalinya.

"Ish, Ema buatlah sendiri. Semua akak buat, semua salah." Nadia mengomel sendiri.

"Maksu ni cepat betul give up." Wafiy membebel sambil menyiapkan gubahan bunga telur. Mereka duduk di dalam bilik Nadia yang akan menjadi bilik pengantin pada esok hari.

"Kak Naddy ni. Cuba tengok kak Wafiy dengan kak Lia. Laju ja depa buat." Ema membebel lagi dalam bahasa Kedah pekatnya.

"Haish, hang ni. Banyak songehlah. Macam makcik-makcik. Betoi (Betul) ka hang ni umoq (umur) 20 tahun?" Nadia sudah duduk di atas katil.

"Maksu! Jangan mengelat!" Wafiy melaung.

"Ya ALLAH, orang suruh buat bunga teloq (telur), bukan suruh perang anak dara oi!!" Mak Wan menggeleng kepala di muka pintu.

"Bukan salah Ema, Mak Wan. Ni, Kak Naddy dengan kak Wafiy ni. Bukannya Mak Wan tak tau." Ema sudah terlebih dahulu menjawab.

Mereka hanya ketawa kecil. Mak Wan berlalu dan seketika kemudian, Ameer pula uncul di muka pintu. "Wafiy, tu buah hati pengarang jantung dah sampai." Adelia menyiku lengan Wafiy yang sedang khusyuk menyiapkan gubahannya.

"Abang, kenapa?" soal Wafiy.

"Ika bangun. Dia tak nak abang tidurkan dia balik." Ameer memberitahu.

"La, cepatnya. Anak bujang abanglah ni punya kerja." Wafiy menggeleng sendiri dan berlalu mengekori langkah Ameer menuju ke bilik mereka.

"Tu dia, laki dia bawak pelari dah sorang." Nadia duduk di tempat Wafiy.

"Kak Nadia dengan Kak Lia habiskan okay. Ada lagi sepuluh je. Nanti Ema susun. Ema nak pergi makan jap. Lapar." Ema pula berlalu keluar.

"Lia." Nadia bersuara setelah hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di situ.

"Kenapa?"

"Lepas ni, aku dah tak boleh nak lepak-lepak dengan kau dah." Nadia buat muka sedih.

"Itu sepatutnya ayat aku, okay. Ayat kau ialah, 'Ala, Nafiz sporting. Mesti dia bagi setakat aku nak lepak dengan kau. Kalau dia tak bagi, aku lari balik rumah mak aku.' Kan?" Adelia membalas.

"Lia."

"Apa lagi, cik Nadia?" Adelia menggeleng sendiri.

"Bila kau nak kahwin?" Nadia bertanya.

"Entah. Nanti kalau jumpa angel jatuh dari langit, aku pinanglah dia." Adelia menjawab selamba.

"Kau ni. Itulah, aku nak buat matchmaking dengan Wafiq tu kau jual mahal. Eh, apa cerita si Wafiq tu sekarang?" Nadia bermain dengan hujung cadar.

"Wafiq tu dah ada girlfriendlah." Jauh kedengaran suara Adelia.

"Mana kau tahu? Pandai je kau ni buat spekulasi." Nadia mengerut dahi

"Aku tak buat spekulasilah. Kau ingat aku ni wartawan Melodi ke?" Adelia mencebik.

"Dah tu, mana kau tahu?" soal Nadia.

"Dia cakap." Adelia menjawab malas.

"Dia cakap?" Nadia tersenyum nakal dan menghampiri sahabatnya itu. "Bila dia cakap? Kau ada cakap dengan dia ye..."

"Bukanlah. Haritu dia pergi Kursus Intensif Korea. Aku ganti slot Kak Ida, jumpa dia. Then, dia nak balik jalan kaki. Aku tumpangkanlah." Adelia akhirnya bercerita. Dengan Nadia, tidak ada apa yang boleh disorokkannya.

"Jalan kaki?" Nadia mengerut dahi.

"Naik teksi. Kau ni skemalah." Adelia menjulingkan matanya.

"Sejak bila pulak kau pandai ajak orang tumpang ni?" Nadia ketawa mengusik.

ICE SKATER & THE TRANSLATORWhere stories live. Discover now