BAB 13 💛

18.2K 895 10
                                    

"Okey, saya rasa sampai disini sahaja, kamu semua boleh bersurai." ujar Irfan kepada semua pekerjanya.

Lalu semua pekerjanya pun meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Kini, hanya tinggal mereka berempat sahaja didalam bilik tersebut.

"Wehh, ada 10 minit lagi sebelum lunch, korang nak makan dekat mana?" soal Daniel kepada rakannya.

"Makan dekat tempat biasalah, dekat mana lagi?" jawab Raziq lalu meluku kepala Daniel.

"Kau pehal beruk? Dah lama hidup ke?" geram Daniel dengan sikap rakannya satu itu. Raziq hanya buat muka menyampah, asyik-asyik ugut, tapi tak berani juga nak bunuh, elley.

Iskandar dan Irfan hanya menggelengkan kepala mereka dengan perangai kebudakkan mereka. Tapi jangan pandang perangai mereka begitu okey, mereka berdua sangat berguna dalam kumpulan Mafia.

Telefon bimbit milik Irfan berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Laju sahaja dia menjawabnya. Setelah panggilan disambungkan, mukanya yang tadi tenang berubah menjadi tegang. Urat-urat hijaunya sudah kelihatan, menandakan bahawa dirinya sedang marah.

Raziq, Daniel dan Iskandar hanya beriak biasa memandang wajah tersebut, sedikit pun mereka tidak berasa takut atau gerun. Jika anakbuah Irfan sudah tentu kecut perut melihat wajah tersebut.

"Shit! Kau perhatikan je gerak-geri dia, apa-apa info kau beritahu aku. Ingat, jangan ada sedikit pun terlepas pandang, kalau tak, kepala korang aku pancung termasuk keluarga korang." ujar Irfan dengan berbaur amaran. Lalu panggilan tersebut dimatikan, kepala diurut perlahan.

"What's wrong bro? Apa info yang kau dapat?" tanya Iskandar ingin tahu apa yang dikatakan anakbuah Irfan kepadanya.

"Micheal, dia dah datang semula, shit! Tak apa, biarkan dia enjoy dulu, lepastu baru kita buat 'kerja,'" jawab Irfan kepada Iskandar lalu bibir mengukirkan senyuman sinis.

Mereka bertiga bila mendengar nama tersebut, menimbulkan rasa amarah mereka terhadap lelaki itu. Kerana ada kisah silam mereka bersama lelaki tersebut. Disebabkan lelaki itu, mereka kehilangan seseorang.

"Micheal, finally you came out of your hideout, tak sabar nak jumpa kau"









"Adik, bangun dik." kejut Iskandar kepada adiknya yang sangat lena tidurnya. Mata Putri dibuka secara perlahan-lahan. Dia lihat abangnya sedang tersenyum kepadanya.

"Emm, abang bila masuk sini?" soal Putri lalu membetulkan tudungnya yang sudah senget.

"Baru je tadi, pergi basuh muka dulu, lepastu kita turun makan, kawan-kawan abang dah tunggu kita." kata Iskandar lalu membantu membetulkan tudung adiknya. Putri tersenyum melihat sikap abangnya yang sangat menyayanginya.

"Okey, abang." kata Putri lalu meninggalkan abangnya dan menuju kebilik air untuk membersihkan mukanya.




"Asal lambat sangat mereka sampai ni? Perut aku ni dah lapar tahu tak?" bebel Raziq sendiri. Daniel menjulingkan matanya. Elley lapar konon, lapar nak tengok muka adik Is, bukan lapar sebab makanan, fikir orang tak tahu ke?.

"Tak payah nak acah-acah laparlah, ada juga nanti aku hempuk kepala kau. Fikir orang tak tahu ke? Yang kau tu dah jadi angau nak tengok muka adik Is tu." kata Daniel kepadanya. Raziq sudah tersengih, haih! Kantoiilah pula, tak pandai nak simpan rahsialah beruk ni.

Irfan yang tadinya sibuk dengan telefon bimbitnya, terus sahaja wajahnya memandang wajah Raziq. Tajam anak matanya memandang Raziq. Raziq yang melihat pandangan itu hanya beriak biasa sahaja.

Biar betul beruk sekor ni, kenapa harus Putri juga yang dia suka? Banyak kot perempuan lain, memang nak kena ni. Aipp, asal syah, dah jatuh cinta ke?

Daniel yang perasan pandangan Irfan kepada Raziq menimbulkan rasa pelik. Dah kenapa Irfan tenung Raziq macam nak makan je.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now