Bab 17

43 15 0
                                    

PAGI itu Farisya bangun awal untuk pergi ke sekolah seawal jam6 pagi. Seperti biasa Farisya ke bilik ahli.

"Nampaknya aku paling awal hari ini" gumam Farisya.

Dia menguak daun pintu. Rasa terujanya terus mati apabila matanya terpandang beberapa orang di situ.

Syafie enak tidur di atas sofa. Husna pula sedang bermain instagram. Mimi sibuk dengan kertas not muziknya. Haruka dan Wendy.. jap apa? Wendy? Apa dia buat kat sini?

"Waa saya dah kata yang ini seronok"

"Betul kata awak. Kalau gitu, saya nak tengok episod ni sampai habis"

Farisya menghembus keluhannya.

"Eh, Kak Farisya. Bila sampai?" sapa Mimi.

"Baru je" jawab Farisya sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Hari ni awak awal dari biasa" ujar Husna namun matanya masih tertancap pada skrin telefon.

"Emm saya ingatkan, sayalah orang pertama datang ke sekolah" kata Farisya jujur.

"Kau dah okey ke?" tanya Haruka.

"Dah. Ah, kejap ya"

Farisya menunjukkan begnya, "Tengok! Aku pakai keychain yang kau pilihkan untuk aku kelmarin"

"Kan aku dah kata, ia sesuai untuk kau" komen Haruka.

"Alamak! Yang ni ada keluaran baharu lah" sampuk Wendy, sejurus perhatian Haruka terus beralih kepadanya.

Farisya menahan perasaan sumbangnya. Dia ni potong stim betul lah!

Husna yang menyaksikan kejadian tersebut tertawa kecil. Farisya memandang ke arah seniornya.

"Jom ke tandas sekejap" ajak Husna.

"Okey" kata Farisya setuju sambil meletakkan begnya di dalam almari.

Mereka berjalan seiringan ketika ke tandas.

"Saya nampak reaksi awak tadi" kata Husna memecah kesunyian.

Pantas Farisya menoleh memandang wajah seniornya itu. Apa? Dia perasan? Dia dapat agak perasaan aku pada Haruka ke?

"Awak sepatutnya lebih mesra dan faham minat orang" pesan Husna lembut.

Farisya hanya menunduk. Sejujurnya, dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh seniornya itu.

"Bila awak faham minat orang, orang itu akan serasi dengan awak" lanjut Husna.

Farisya tersentak, "Apa? Maksud awak, mereka tak serasi dengan saya ke?"

"Bukan macam tu.. Cuma awak tak mesra dengan orang" tekan Husna.

"Tak mesra?" Farisya berfikir seketika. Aku rasa aku okey je dengan orang sekeliling.

Sesampainya mereka di tandas, Husna hanya membaiki tudungnya di cermin.

"Awak tak masuk tandas ke?" soal Farisya kehairanan walhal Husna boleh saja bercermin di bilik ahli kerana ada cermin yang disediakan di situ.

"Tak. Saya bawa awak ke mari sebab saya saja nak cakap dengan awak, face to face" terang Husna.

"Jadi apa yang saya kena buat?" keluh Farisya berbalik semula pada persoalan tadi.

"Cuba awak tengok Wendy. Kenapa dia mesra dengan semua orang?" tanya Husna.

"Sebab dia comel?" Yelah. Aku rasa Haruka selesa dengan Wendy sebab dia comel. Haruka selalu melukis anime yang comel, mestilah dia nak dekati Wendy.

"Comel? Kalau sebab comel, apa kurangnya awak Farisya? Dah lah ayu, manis.." puji Husna membuatkan Farisya kembang kempis dipuji sedemikian.

"Takdelah. Tapi Haruka pernah cakap yang saya ni gelojoh" Farisya masih ingat semasa latihan bola keranjang dahulu.

".. Lagipun aku dah masak sangat dengan perangai gelojoh kau ni" masih terngiang-ngiang suara itu dalam kepala otak Farisya.

"Itu lah yang buatkan kau comel" ujar Husna. Farisya mengerutkan dahinya tidak faham. Macam cerita We Bare Bears pun ada di episod Panda jadi comel masa dia bersin tu. Tapi Panda tak nak jadi comel, dia nak nampak cool.

"Semua orang comel lah.. kecomelan tu datang dari manaaaa saja. Ada yang comel sebab muka dia comel, ada juga yang comel sebab dia kelakar. Jangan risaulah" lanjut Husna.

"Comel apa kalau nak berkawan mesra pun tak pandai?" getus Farisya.

"Cubalah awak dalami minat orang. Saya akan bantu awak" ucap Husna. Mata Farisya bersinar penuh harapan.

[C] Oh My Crush!Where stories live. Discover now