Bab 25

45 14 0
                                    

"APA??" jerit Farisya. Sungguh dia tidak percaya mendengar kenyataan tersebut.

Mereka langsung tak beritahu perihal pertunangan Haruka dan Mana kepadanya walhal mereka tahu bahawa dia punya hati pada Haruka.

"Sanggup korang..." Farisya mengalirkan air matanya semula. Dia menganggap dirinya telah ditikam dari belakang oleh sahabatnya sendiri.

"Dengar dulu, Isya" kata Sofea menenangkan.

"Ingat lagi tak beberapa hari sebelum hari perlawanan sebenar bola keranjang? Hari di mana kau orang terserempak kat perpustakaan?" cerita Jenny .

"Masa tu kau lari keluar dari library tinggalkan kitorang. Masa tu lah aku, Sofea dan Haruka berbual"

"Fasal?" tanya Farisya ingin tahu.

"Memula tu dia cakap kat kitorang yang dia sukakan kau sejak latihan rasmi bola keranjang bermula" ujar Jenny.

Spontan darah dalam saluran berderau, jantung berdetak kencang, tubuh terasa panas. Farisya hanya mengunci bicara membiarkan Jenny meneruskan bicara.

"Masa tu lah dia mula kenal kau sebab kau adalah manager dorang. Haruka cuba berlagak biasa dengan membahasakan diri aku-kau. Dia terpaksa sombongkan diri pada kau dan orang lain. Sebab kenapa? Sebab dia tak boleh tahan diri depan kau. Orang lelaki, Isya. Kita tak tahu" ujar Jenny.

"Hari tu dia kata dia jatuh cinta pada sebuah karakter anime. Nama dia Nanase, bukan? Dia suka Nanase sebab dia sedar perangai korang sama. Dan cuba memanggil kau Ain sebab dia nak jadi yang istimewa pada kau. Yelah, sape pulak panggil kau Ain? Dalam episod terakhir anime tu, Haruka kurang senang dengan Nanase yang sudah mempunyai boyfriend. Dia takut kalau kau betul-betul sudah berpunya, jadi dia memanggil kau Farisya semula seperti biasa"

"Dia cuba luahkan perasaan dia pada kau Isya, tapi dia sedar dia adalah tunang orang. Jadi, dia minta kitorang buat satu cerita supaya kau faham keadaan dia" cerita Jenny panjang lebar.

"Maka wujudlah Hasrul dan Maya" lanjut Sofea sambil mengawang tangannya.

"Jadi? Macam mana pula tragedi pagi tadi betul-betul terjadi? Macam mana korang boleh ramal apa yang terjadi esoknya?" tanya Farisya bertalu-talu.

"Sebenarnya benda tu aku reka sendiri je, Isya. Aku tak sangka pula ia benar-benar terjadi" jawab Sofea.

Farisya memandang Sofea seakan-akan tidak percaya, "Boleh percaya ke kau ni? Ke kau..."

Sofea menepuk paha Farisya, "Eh kau ni! Aku masih ada agama lah. Takkan lah pula aku nak menilik atau meramal kejadian esok hari?" bidas Sofea.

Farisya masih kelihatan seperti tadi. Terjugil mata dibuatnya Sofea.

"Farisya! Demi atap dan lantai yang menyaksikan perbualan kita, demi Malaikat Raqib dan Atid di kanan kiri kita, dan demi Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menyaksikan, Maha Mengetahui Lahir Batin! Aku tak menilik macam apa yang kau fikirkan" tegas Sofea bersungguh-sungguh.

"Yelah yelah. Aku percaya kau. Takkan lah kau nak buat begitu, bukan" ucap Farisya.

Jenny tersengih seraya menggeleng-geleng kecil melihat kelatah sahabatnya.

"Haa tengok maggie kita! Dah kembang tau, habis sup diserap mi" alih Jenny.

"Eh yelah" kata Farisya dan Sofea serentak.

"Korang ada beritahu Haruka ke yang aku suka kat dia?" tanya Farisya ingin tahu.

"Tak" jawab Sofea dan Jenny serentak.

"Jadi macam mana dengan Mana dan Haruka sekarang?" tanya Farisya sambil menghirup mi maggienya yang  kembang itu.

"Kata Haruka tadi, dia ke rumah Mana minta putuskan pertunangan" beritahu Sofea.

"Serius?" tanya Farisya terperanjat.

"Emm" Sofea mengangguk mengiyakan.

Setelah menghabiskan maggienya, pantas Farisya mencapai telefon bimbit. Dia membuka aplikasi Whatsapp ingin menghantar mesej pada Haruka. Namun niatnya tergendala ketika melihat semua grup tertulis 'Haruka left' di sana, termasuk grup bilik ahli.

"Err guys" panggil Farisya.

"Kenapa Haruka left dari grup?"

Pantas Sofea dan Jenny meluru ke sebelah Farisya.

"Dia left ke?" ternyata Sofea dan Jenny juga musykil.

"Cuba chat dia" cadang Jenny.

Farisya:
Haruka?

"Alaaa dia tak online tu" keluh Farisya.

"Tunggulah ajelah" kata Jenny.

"Eh? Dah bluetick tu" beritahu Sofea.

"Eh yelah. Dia on!" ujar Farisya.

"Dia mula typing tu" kata Jenny.

Haruka:
Ya?

"Eh apa aku nak jawab ni?" tanya Farisya buntu kepada sahabatnya.

"Kau tanyalah khabar dia dulu" suruh Sofea.

Farisya:
Kau okey ke?

Haruka:
Ok je.. knpe?

Farisya:
Eh takdelah..

Seminit..

Dua minit...

Tiga empat lima enam minit...

"Dah enam minit kita tunggu, dia bagi bluetick je" keluh Farisya.

"Kau tanyalah dia lagi" cadang Jenny.

Farisya:
Knpa kau left dri grp?

Bluetick

Typing...

Online

Online

Online

Buat kesekian kalinya Farisya merungut, "Dia tak balas chat aku lah!"

"Itu apa?" tanya Jenny.

"Huh?" tanya Farisya semula tidak faham.

"Tu tengah typing" tunjuk Sofea.

Farisya melihat semula ke arah skrin telefonnya. Yelah! Haruka sedang menaip.

Haruka:
Aku akn ingt semua kenangan kita.
Sayonara~

"Jap.. ape?" Farisya mula mengerutkan dahinya.

"Apa maksud Haruka?" tanya Jenny turut kehairanan. Sama seperti Sofea.

Farisya:
Mksud kau?
Lain aku tnya, lain pla kau jwb😂

One tick
One tick

Eh? Asal lak..

"Isya,  aku rasa.." Jenny mematikan ayatnya.

"Kau kena block" lanjut Sofea.

[C] Oh My Crush!Where stories live. Discover now