03

10K 336 5
                                    

Klinik dalam kem askar.

Harraz pov.

"Bila cedera ni?" Tanya Dr. Hazira, salah satu doktor yang bertugas dalam kem askar.

"Hari tu masa Harraz bertugas," kata aku jujur.

"Nampak macam teruk," Dr. Hazira memandang Harraz. Harraz tersenyum kecil.  

"Harraz kenapa baru datang hari ni, semalam kan dah balik sepatutnya terus jumpa akak. Boleh kena jangkitan kuman tahu tak?" Dr. Hazira hanya menggeleng kepala perlahan.

"Adik Harraz masuk hospital." Jawab aku perlahan.

"Allahuakbar! Sakit ap-" Belum sempat Dr. Hazira habis kan percakapan dia, tiba-tiba pintu dikuak dari luar.

"Doktor ada patient dekat luar!" kata pembantu Dr Hazira.

"Ramai ke?" tanya Dr. Hazira

"Ada dalam empat lima orang macam tu," jawab pembantu tu. Dr. Hazira mengangguk.

"Okey, boleh cakap dekat diorang tunggu sekejap?" Pembantu itu terus mengangguk lalu terus keluar. Pintu ditutup semula.

"Akak tinggal cuci luka jek ni, Harraz tunggu sekejap boleh? Akak settle kan patient luar dulu." Jahitan terakhir Dr Hazira di kemaskan.

Lagi sekali pintu yang sama dikuak untuk kali kedua. Aku dah Dr Hazira pandang ke arah pintu serentak.

"Ops sorry! Ada patient dekat dalam ingat baru nak mula," kata gerangan yang hadir tadi. Kepala aku ditoleh kan menghadap ke hadapan.

"Hah alang-alang dah datang tolong cuci luka patient akak ni, akak ada ramai patient kat luar!" Dr. Hazira meminta pertolongan dari orang tu membuatkan aku mengerutkan dahi.

Sejak bila dia ada pembantu lagi?

Aku nampak Dr. Hazira dengan seorang perempuan berdiri di hadapan aku. Mata dia tak lepas memandang aku membuatkan aku rasa tak selesa.

Dah kenapa pulak minah ni, buang tebiat agaknya? Pandang orang macam nak makan.

"Harraz ni adik ipar akak, dia pon doktor jugak. Memandangkan hari ni macam tak cukup kaki tangan, akak minta tolong dia boleh?" Soal Dr. Hazira lembut.

"Ouhh o-okey," aku sedikit tergagap. Mata aku memandang perempuan itu. Dia still dalam keadaan yang sama. Pandang aku macam nak makan. Aku terus mengalihkan muka.

"Okey lah, akak keluar dulu,"

Lagi sekali aku curi memandang dia.

Serius lah mata dia memang tak boleh alih ke? Tak selesa lah.

_______

Ina pov

Ya Allah!

Aku tak percaya manusia di depan aku ni bunian ataupun orang?

Perfect sungguh.

MasyaAllah.

"Ina tolong akak boleh?" Soal Kak Zira. Aku memandang Kak Zira. 

"Of course!" Kata aku teruja.  Aku tersenyum lebar.

Gila kau tak nak! Macam ni aku pon nak bukak klinik sendirilah, ramai mamat hensem boleh jumpa. Alang-alang sekali buat jodoh terus.

Mak pon dah bising aku tak cari-cari jodoh. Adik aku pon dah tunang ni kakak dia single mingle lagi. Tapi aku bukan tak laku ea, cuma aku yang tak mau.

"Akak  dah jahit, tinggal nak cuci. Ina tahu nak buat apakan so macam gitu akak keluar dulu," Aku hanya mengangguk kan sahaja. Lepas tu Kak Zira terus keluar.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now