s a t u

434 64 28
                                    



"Cikgu! cikgu!"

Aku menoleh Iman yang sedang berlari terkedek-kedek ke arah aku dengan buku di tangan. Budak ni, berlari macam jauh sangat je meja aku dengan meja dia.

"ya kenapa?"

"tengok ni! Dah siap!"

Buku warna di tangannya aku ambil.

"Wahh! Cepatnya Iman colour! Cantik"

Dia tersenyum bangga. Kembang kempis hidung, ada tahi hidung pula tu.

"Icad pun siap dah cikgu!"

Sorang lagi anak murid aku bernama Irsyad datang.

"owh! Cantik"

Tersengih-sengih dia kena puji, sebenarnya tak cantik pun AHAHAHA.

"okay dah pergi duduk"

Arahku kepada Iman dan Irsyad. Aku tengok jam dinding, lagi 5 minit nak balik dah. YESHH!

"okay siapa yang belum siap simpan masuk beg, esok hantar. Dah kemas barang, amik botol air, bekal semua, kita nak balik"

"Yeyeyeyey balikk!"

"yeeeeyyyyyyy!"

"weh cepat-cepat nanti boleh main"

"cikgu tengok ni Ajiq dia kacau kitaa!"

Aku pandang Haziq, dia ni memang nakal sikit ni. Time nak baliklah nak kacau kawan dia kemas.

"Haziq"

Sekali je aku panggil, dia terus tersengih-sengih. Nasib baik comel kalau tak aku suruh dia buat slowmo budak 46 selama 5 minit.

Selesai semua kemas, kami beratur di ruang tengah. Aku mengajar 4 tahun, ada dua lagi cikgu yang mengajar 5 tahun dan 6 tahun.

Ya, aku cikgu tadika. Dah hampir 2 tahun setengah aku mengajar kat sini. Tahun lepas aku ajar 6 tahun, untuk tahun ni aku ajar 4 tahun, jadi next year aku ajar murid 5 tahun pula.

Guru besar kata biar tukar-tukar cikgunya mengajar, bagi pengalamanlah kata. Aku tak kesah pun, aku ikut je asalkan aku dapat kerja.

Malangnya sekolah tadika ni bakal ditutup oleh kerana tuan tanah tempat kami menyewa ni nak buat rumah asuhan. Dan dan tulah nak buat rumah asuhan hmp 🙄.

Sebenarnya owner ni dah janji nak bagi tempat lain untuk kami menyewa tapi tulah, janji melayukan, semua serupa taik. Dahlah tak hensem.

Maka kami dengan berat hatinya terpaksa memberitahu para ibu bapa untuk segera mencari sekolah yang baru untuk anak-anak. Tahun depan takde dah. Mujur sekolah ni ada 3 cawangan, takdelah guru besar rugi.

Tapi kan tulah, aku bakal jadi penganggur 😭. Dahlah aku sayang gila dengan kerja ni. Aku suka budak-budak. Aku sayang semua anak murid aku. Lepastu suasana kerja pun best je, cikgu-cikgu semua baik macam family.

Susah hati betul, manalah aku nak cari kerja lepas ni. Haihh.

"Lyss, ni mama Iman nak jumpa"

Panggilan cikgu Laila mematikan lamunan aku. Terus aku bangun dan berjumpa dengan puan Izara kelihatan begitu vogue ini.

"ye puan?"

"cikgu, maaflah ye, nak tanya betul ke sekolah dah nak tutup? Kenapa ya?"

Soal puan Izara. Aku senyum dan mengangguk.

Dasar EX-CRUSH BEDEBAH ! || KTHWhere stories live. Discover now