e m p a t

265 39 12
                                    

Mereka terdiam seketika apabila mata bertemu mata. Kalau jantung Ell berdegup laju kerana terkejut, Ashraf pula berdegup laju kerana gadis yang di nantikan untuk bertemu ada di hadapannya sekarang.

.....

....

...

WATDE—???!?

Jerit Ell dalam hati. Terus begnya ditarik ke muka untuk menghalang Ashraf dari terus melihat wajahnya. Ell betul-betul terkejut sampak tercarut dalam hati.

WHAT THE ACTUAL FAK?!? MACAM MANA MAMAT NI BOLEH ADA KAT SINI??!?

Tak masalahnya benda dah nampak...kenapa nak selindung dengan beg lagi...

Asharaf dan Iman kerut dahi. Dah kenapa pula ni?

"cikgu?"

Panggil Iman. Ell pejam mata dan bibirnya digigit. Macam mana boleh terserempak dengan Ashraf kat sini?? Dia betul-betul bagai hilang nafas sekarang.

"cikgu kenapa?"

Kedengaran suara Iman lagi. Ell cuba bertenang, dalam hati dah istighfar banyak kali sebab dah tak tahu berapa banyak kali dia mencarut.

Nafas ditarik dan dihembus sebelum begnya perlahan diturunkan ke bawah.

Ya Allah pagi-pagi dah bodohkan diri depan orang.

Beg disarung ke bahu semula. Malu pula rasa, bayangkan tiba-tiba angkat beg ke muka, dahlah berdiri depan-depan. Macamlah Ashraf tu tak perasankan muka dia tadi.

Ashraf pun tidak mahu melepaskan peluang merenung wajah Ell lagi sekali. Dia bagaikan terpanah panahan cinta si cupid. Bibirnya terus menguntum senyuman.

Insan yang dinanti-nanti untuk bertemu akhirnya muncul depan mata. Hatinya berbunga-bunga.

"so-sorry..saya tak kenal encik..sorry"

Ashraf bertambah berkerut mendengar tiba-tiba saja Ell berkata begitu. Ell menundukkan kepalanya agar tidak dapat dilihat oleh Ashraf. Kakinya perlahan-lahan mahu melangkah ke pintu rumah, mahu pecut pulang.

"eh? Nak pergi mana?

Ashraf menghalang laluan ke pintu.

Ell terus mengundur jauh beberapa langkah.

Aduhh dia ni!

"saya er..nak balik"

Ell mahu melangkah lagi tapi dihalang sekali lagi.

"eh kejap"

Ashraf masih tidak lepas dari memandang Ell.

suara dia...macam familiar..?

"kita...pernah jumpa ke?"

Ell tersentak.

MAMPUS!

"er...tak! Tak pernah tak pernah. Saya tak pernah nampak muka encik pun"

Kata Ell kelam kabut dengan pandangannya yang sejak tadi ditundukkan.

"oh.."

Ashraf berfikir sendiri. Mungkin dia berkhayal je kot. Iman disebelah ditoleh.

"ni cikgu Lys Iman kan?"

Bisiknya. Iman pun laju mengangguk.

"eung, nilah cikgu Lys Iman"

Jawab Iman.

Dia menoleh semula Ell yang sememangnya melarikan pandangan darinya. Gadis yang sedang cuak separuh mati itu diperhati dari atas ke bawah.

Ashraf senyum lagi.

Dasar EX-CRUSH BEDEBAH ! || KTHWhere stories live. Discover now