t i g a

257 39 24
                                    


Setelah Iman didudukkan di tempat duduk penumpang, Ashraf bergerak ke bahagian pemandu. Bila diangkat kepalanya, langsung dia nampak wajah Ell yang sedang menutup pintu.

Tangannya yang mahu menarik tali pinggang keselamatan itu terhenti. Walaupun Ell sudah hilang dari pandangan, Ashraf masih melihat pintu tersebut.

Cantik siot.

Bisik hatinya.

"paksu, Iman nak minum air coklat"

Lengannya ditarik lembut Iman membuatkan dia tersedar. Perbuatannya diteruskan.

"ya, ya, nak pergilah ni"

Nasib baik Iman tak perasan dia sedang mengelamun.

"em, tadi tu yang tutup pintu tu, cikgu Iman ke?"

Sterengnya dipusingkan untuk membelok ke kanan.

"haah, cikgu Lys"

Ashraf cuma mengangguk dengar.

"cikgu Lys"

Gumamnya sendiri. Entah kenapa dia seperti tertarik dengan gadis itu walaupun cuma terlihat sekilas saja wajahnya dari jauh.

Dia tersenyum sendiri.

🍀☘️🍀☘️

"apakata lepas ni Shaf je yang amik Iman"

Wajah Ashraf ditoleh oleh seluruh ahli keluarganya. Mereka sedang berada di meja makan sekarang.

Iman yang mendengar terus tersenyum lebar. Lagi dia suka, bolehlah paksunya belanja minum air coklat setiap hari.

"kenapa pula?"

Soal mama.

"kesian kat kak Zara, sebab akak cakap akak selalu kelam kabut kalau time nak amik Iman. Banyak sangat ke tempahan kek kak?"

Makanan di suap ke mulut. Bukan main lagi alasan, penat dia perah otak dari siang tadi nak cari alasan yang munasabah. Izara pula dipandang.

Izara tersengih.

"haah, biasalah dah hujung-hujung tahun ni, ramai orang buat majlis kawin, majlis tunang, semua tempah kek"

Tangannya laju menyuap Irsya makanan.

"Ha elok juga tu, abang pun tak sempat rasanya, selalu tengah hari client ajak makan sama"

Kata Hazran pula yang merupakan suami kepada Izara.

Semakin lebar senyuman Ashraf, nampaknya rancangannya berjaya.

"tapi sekolah tu dah nak tutup dah, berapa hari jelah tinggal ni pun"

Terus mati senyumannya.

"lahh nak tutup? Kenapa?"

Laju saja soalan tersebut keluar dari mulut Ashraf.

"entahlah, katanya pemilik bangunan tu nak amik bangunan sekolah"

Berkerut dahi Aeshraf, boleh pula macam tu eh?

"habistu Iman nak sekolah mana nanti?"

"itulah yang tengah pening ni, nak kena cari sekolah lain pula"

Pening betul kepalanya bila difikirkan.

"habislah Iman takde sekolah nak amik Iman belajar"

Acah Ashraf sengaja menakutkan Iman. Cemberut Iman jadinya, Ashraf pula seronok ketawa.

"Syaf"

Mama beri amaran mata. Ashraf tersengih dan sambung makan.

"ni dah cuti nanti ni, main jelah ni kang"

Dasar EX-CRUSH BEDEBAH ! || KTHWhere stories live. Discover now