e n a m

229 37 7
                                    

2012

🍁🍂🍁🍂

Beberapa minggu kemudian.

Hari ini Ell seorang saja, Suzy tidak hadir ke sekolah dan memandangkan dia pun puasa sunat, maka dia duduk sendirian di taman sains pada waktu rehat.

"ish Sir pun nak buat quiz bab 2 lah, apalah, jap lagi aku takleh duduk kang naya je"

Buku nota sains diselak beberapa muka surat dan dia mula membaca notanya. Mujur dia ada nota, kalau tidak terpaksa bawa buku teksnya yang tebal
itu.

"lahh kat sini awak rupanya"

Sejurus berkata begitu, dia terus duduk di sebelah Ell. Mahu terkejut beruk Ell.

"EH?!"

Automatik dia menjarakkan dirinya dari Ashraf.

"eh sorry-sorry"

Kata Ashraf.

Ell pula seperti biasa, jantungnya berdegup kencang.

"ke-kenapa awak kat sini?"

Soal Ell setelah 2 minit menenangkan diri.

"saya? Saya cari awaklah. Kenapa tak rehat tadi? Tak bawa bekal ke?"

Soal Ashraf prihatin. Pelik juga dia tiba-tiba harini tak nampak Ell. Biasa ada je kat kantin pada waktu rehat.

"oh..taklah..saya puasa harini"

"ohh yeke? Puasa ganti ke?"

"eh taklah, puasa sunat"

"ohh puasa sunat sempena apa?"

"em, puasa sunat hari khamis"

"puasa sunat hari khamis? Ada eh?"

Ell angguk kepala.

"kenapa eh ada puasa sunat hari khamis pula? Memang kena puasa ke?"

Ashraf nampak begitu polos bila bertanyakan soalan-soalan tadi. Dia betul-betul tidak tahu.

"err..dia tak wajib pun, sebab dia puasa sunatkan, so..siapa nak puasa, dia dapat pahala, tak puasa pun takpe, tak dapat apa-apa"

Ashraf terangguk-angguk mendengar.

"em, hari isnin dan khamis kan hari dibentangkan amalan kita, so, kalau kita puasa, lagi dipandang mulia di sisi Allah. Lagipun tu sunnah nabi kan"

Ashraf yang agak blur itu cuma angguk saja. Dia macam—oh yeke?

"oh..ahaha.."

Dia senyum kekok. Malu pula rasa bila tak
berapa arif pasal islam.

"em, so, awak tengah buat apa ni?"

Soalnya lagi mengubah topik.

"baca nota sains, nanti start kelas sir nak buat quiz"

"owhh, okay sini saya check kan, biar saya teka tengok awak boleh jawab ke tak"

Buku nota Ell terus dirampas dan di baca. Terpana sekejap dia melihat buku nota Ell yang begitu kemas tulisannya, juga sangat cantik.

"eh err..tak payahlah"

Ell cuba mengambil kembali bukunya tapi Ashraf mengelak.

"takpe, okay saya tanya emmm"

Ell pula nervous. Sebenarnya dia belum sempat ingat lagi bab 2 tu.

"okay, berapa jenis salur darah yang ada dalam badan manusia?"

Soalnya. Wajah Ell dipandang.

Malu dengan renungan Ashraf, Ell mula memerhatikan pokok-pokok yang ada di sekelilingnya.

Dasar EX-CRUSH BEDEBAH ! || KTHWhere stories live. Discover now