Resah

701 5 0
                                    

"Linaaaaa!" suara itu sergah aku ketika pembaringan. Aku toleh kekanan sambil membelek sesusuk tubuh yang terlantar. Aku menukar kain di atas dahi wanita itu sambil mengesan suhu dengan telapak tangan aku. Terasa masih bahang, lantas meletakkan kain sejuk itu didahi wanita itu selepas ditukar.

"Mak cik.. mak cik ok x?" soalan itu yang mampu diajukan walaupun tahu yang tiada jawapan. Aku termenung jauh pada raut wajah wanita itu. Aku diulit dengan kejadian petang tadi.

.............................................................................................
Hospital

"Cik, yang ni mak cik ke?" ujar doktor kepada aku. Aku geleng perlahan sambil mata fokus pada doktor itu. Doktor mengeluh berat.

"Cik tahu yang wanita ni dah 7 hari kebuluran dan ambil makanan yang dah busuk dan basi. Suhu badan nya meningkat kerana berembun dan selalu kena hujan," ulas doktor. Kepala aku ditunduk ke meja doktor sambil mengetap bibir.

"Jadi, apa perlu saya buat doktor?" kerisauan yang dipaparkan diwajah aku tak mampu diselindungkan lagi. Doktor membelek kertas analisa yang ditulis oleh jururawat sebentar tadi.

"Mak cik ni terpaksa tahan wad buat sementara waktu. Tapi memandangkan dia tiada keluarga terdekat, saya mampu nasihat untuk bawa pulang kerumah cik, " balas doktor dengan pandangan tajam. Mata aku sempat ditoleh kearah wanita yang terlantar di katil pesakit, aku terkaku sejuk. Otak makin giat membuat keputusan sambil memerhatikan wanita tersebut.

"Saya boleh bawa wanita ini kerumah saya, tapi saya perlukan bantuan doktor, boleh?" aku cuba mengatakan walaupon berat. Doktor memberi pandangan binggung sambil menyilang tangannya di dada.
..............................................................................................

Aku mencari telefon aku di laci bucu katil. Aku cuba mencari kenalan rapat aku di telefon. Setelah menjumpai lantas, aku menekan simbol hijau disebelah namanya. Hatu berdebar kencang kerana sudah lama tak berkomunikasi dengan dia.

"Hello?" suara garaunya kedengaran. Aku dengan cemas cuba menutup telefon.

"Ann? Ko ke tu?" tersentak tangan untuk menekan tombol merah.

"Ann? Ko kan? Jawab, Ann.." semakin kencang jantung cube berdegup. Dengan hati yang pasrah aku...

"Khai.. hi.." serak suara menyelubungi bilik perbualan kami.

Pangeran Delima Biru (Malay Story)Where stories live. Discover now