Ugutan

501 13 1
                                    

"Mak cik.. Tenang.. Saya nak bantu, mak cik" pujuk aku dengan kaki terkunci akibat terkejut. Kelihatan pisau lipat yang aku simpan dilaci diacu ke leher wanita itu. Aku mengangkat kedua tangan aku keatas kepala.

"Kau? Tolong aku?" ujarnya dengan kebuntuan raut wajahnya. Aku mengangguk laju sambik kaki mendekat kearahnya. Aku mengekalkan tangan aku keatas dan raut wajah aku cuba untuk senyum dengan paksa.

"Ye mak cik. Semalam mak cik pengsan sebab demam dan kelaparan yang teruk. Saya dah bawa mak cik ke hospital tapi hospital tak bagi mak cik duduk sana sebab tak ada penjaga asli. Mak cik, turunkan pisau tu ye.." kegigilan suara cuba dikawal sebaik mungkin. Langkah aku makin diperbesarkan. Kelihatan wanita itu dalam kebingungan dan memberi peluang aku untuk mengambil pisau ditangannya. Tangan wanita itu aku tampar kebawah seterusnya aku memeluk wanita tersebut.

"Kenapa.. kenapa kau selamatkan aku? Kenapa kau peluk... aku?" Wanita itu soal aku dengan perlahan sambil menepuk bahu aku untuk dilepaskan pelukan. Aku memeluk erat wanita itu walaupon di tolak begitu kuat.

"Saya... saya... saya tolong sebab.. sebab.. SAYA NAK TOLONG.." Jawab aku dengan lantang sambil melepaskan pelukan wanita itu.

"Saya tak ada sebab untuk tolong mak cik. Saya ikut kehendak saya!" Aku cuba menerangkan walaupun tak faham dengan apa yang aku cube fikirkan. Aku cube memandang wajah wanita itu dengan mengangkat wajah aku perlahan2. Kelihatan wanita itu senyum dengan manis sambil linangan air mata membasahi wajahnya.

"Kenapa mak cik nangis? Mak cik sakit lagi ke?" Aku cuba menyeka air matanya dari jatuh kepipinya sambil menahan diri untuk tangisan. Wanita itu menghenti tangan aku sambil menatap wajah aku dengan penuh sayang.

"Kenapa lama sangat untuk muncul? Tahu tak lama Beta tunggu?" Ujarnya sambil mengusap tambut depan aku dengan lembut. Air matanya tidak kering dibasahkan kerana menatap wajah aku. Aku masih kebingungan kerana pertuturannya semakin berbeza dan banyak persoalan yang bermain dibenak aku.

' Tunggu aku? Beta? ' bisik hati kecil aku.
..............................................................................................

Seusai makan bersama wanita itu, aku mengemas pinggan mangkuk yang digunakan. Semasa aku mengemas, wanita itu meminta untuk meminjam telefon bimbit aku. Aku dengan senang hati memberi pinjam kepada wanita itu unutk gunakan. Sedang asyik membilas pinggan mangkuk, aku terdengar perbualan wanita itu ditelefon secara tidak sengaja. Bahasa yang digunakan seperti bahasa lain yang biasa digunakan. Tetapi aku biatkan sahaja, kerana mungkin keluarganya mempunyai bahasa begitu.

"Beta ingin pulang ke tempat Beta, Ann"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pangeran Delima Biru (Malay Story)Where stories live. Discover now