Bantuan

495 5 0
                                    

Aku menyarung pakaian paling sedap mata memandang pada badan aku sambil mata kerling ke arah wanita yang aku perlu jaga. Seusai selesai menyiapkan diri, aku berdekatan dengan wanita itu sambil periksa suhu tubuhnya. Alhamdulillah, makin reda. Aku cuba membersihkan wajahnya dengan tuala baru yang aku bilaskan dengan air. Setelah siap membersihkannya, satu ketukan di pintu rumah kedengaran. Aku dengan perlahan pergi kearah pintu untuk melihat siapa gerangan tetamu yang datang. Pintu rumah dibuka perlahan, kelihatan sesusuk tubuh yang amat aku kenali.

"Oh, Ann! Assalamualaikum" senyuman lebar dilemparkan oleh jejaka tegap itu kepada aku. Aku tertunduk sambil menggaru belakang kepala  walaupun tidak gatal.

"Waalaikumsalam.. Jemput masuk, Khai," ujar dengan lemah sambil berundur kebelakang pintu. Jejaka itu masuk perlahan ke rumah aku sambil memerhati sekeliling. Seusai habis memerhati, dia menoleh ke arah aku. Senyumannya tidak lekang dari wajahnya.

"Oh, mana mak cik tu?" soalan itu memecah suasana janggal antara kami.

"Kat dalam bilik, tengah rehat. Nak tengok?" soal aku sambil menujuk ke arah belakang aku. Dia melihat bilik aku dari luar. Dia geleng lantas mengeluarkan buku nota kecilnya.

"Boleh kita mula?" senyumannya makin pudar dan terus menjadi serius. Aku makin tunduk ke lantai rumah.

"Jemput duduk," ujar aku sambil menunjuk ke arah sofa buruk aku.
..............................................................................................

"Nanti, bila mak cik dah sihat bawak pergi balai untuk buat laporan lengkap. Sebab perlu kenyataan dari mak cik jugak, boleh?" ujar Khai dengan lembut sambil menyepetkan mata nye dek senyum. Aku menganguk perlahan sambil menemannya ke arah pintu rumah.

"Erm, terima kasih Khai. Maaf susahkan ko. Aku tak tahu nak buat apa lagi," mata aku diralit kearah wajahnya dengan senyuman terdesak.

"Oh, tak apa. Tu nama nya KAWAN kan, " ujarnya sambik memakai kasut butnya. Sesuai selesai memakai kasut, dia berdiri sambil meminta izin untuk pulang. Aku mampu senyun dan terus melihatnya hilang dari pandangan aku. Aku mengeluh panjang kerana debaran hati menghentak kuat ketika bersama Khai. Lantas aku menutup pintu rumah dan menjenguk wanita yang aku telah tinggalkan. Aku selak langsir bilik aku.

"Jangan gerak walau selangkah sekalipon!"

Pangeran Delima Biru (Malay Story)Where stories live. Discover now