Episod 28

2.8K 90 2
                                    

"Tapp" pintu bilik dibuka.

"Eh Jie, kau tidur mana semalam?" soalku yang sedang menyiapkan diri untuk ke kuliah. Namun Fauzi tidak memberi respon pada soalanku.

"Jie, kau still marah kat aku ke?" soalku lagi.

Tidak sedikit dia memandang ke arahku. Aku terus datang mendekatinya dan memeluknya. Aku terfikir mungkin dengan cara ini akan melembutkan hatinya. Namun perlahan-lahan dia cuba untuk merungkaikan pelukanku. Aku tak henti-henti memohon maaf padanya. Aku berharap sangat dia dapat memaafkan aku. Aku kemudiannya meninggalkannya sendirian di kamar dan terus bergerak keluar untuk ke sesi kuliah. Tiba di tangga, Khairi sudah pun menunggu kehadiranku.

"Morning Mal" sambut Khairi.

"Morning..." sahutku bersahaja.

"Kenapa ni Mal? Macam tak ceria ja" soal Khairi.

"Eh takdelah.. Biasalah monyok pagi lagi" balasku.

**********

"Ting" kedengaran notifikasi mesej baru daripada kenalan yang aku save sebagai 'Sayang'. Dengan pantas aku mencapainya dan terus membaca mesej tersebut. Aku tak tahu kenapa aku terlalu mengharapkan mesej itu adalah daripada Fauzi sedangkan aku tidak pernah menyimpan namanya sebagai 'Sayang'. Itu yang membuatkan aku begitu teruja untuk membaca mesej tersebut. Aku hampir terlupa yang kenalan 'Sayang' yang pernah aku save itu hanya Fatin seorang saja. Walaupun aku dan Fatin dah breakup hampir 5 bulan, aku tidak pernah memadam atau mengubah nama kenalannya di telefonku.

"Akmal, u free tak malam ni? Lets have dinner together. It's on me."

Aku sedikit kecewa dan menyedari yang mesej itu bukan dari Fauzi. Kemudian aku hanya tersenyum sendirian memikirkan kenapa aku menyangkakan yang 'Sayang' di telefonku itu adalah Fauzi. Aku menggerakkan jari-jemariku menaip untuk jawapan balas kepada mesej Fatin.

"InsyaAllah, I tak berani janji. Apa-apa nanti I'll confirm okay."

"Okay class, that's all for today. Final exam lagi dua minggu, do make sure you guys study ya. Those who still haven't submit your group project assignment, please do so by tomorrow. Remember, that will be your carrymark. I tak nak jumpa you all lagi next semester, so faham-faham jelah ye. Semua boleh bersurai... kecuali Fikri, saya nak jumpa kejap." ujar Madam Syafinaz, Lecturer Multimedia yang juga merupakan coordinator mentor kepada Fikri. Berkemungkinan untuk membincangkan berkenaan ketidakhadiran Fikri untuk beberapa sesi kuliah yang sebelumnya. Aku dan Khairi pun beransur keluar dari bilik kuliah.

"Eh Paan, jom lah join kitorang lunch" ujar Khairi pada Paan yang kelihatan agak kelam kabut meninggalkan bilik kuliah.

"Eh sebenarnya aku ada hal sikit, hangpa dua pi dulu, kalau dan nanti aku join hangpa." jelas Paan.

"Okay." ujar Khairi. Paan pun menyusur pergi meninggalkan kami.

"Kau tak nampak pelik ke tengok Paan tu? Sejak kebelakangan ni lain sikit lah perangai dia" soal Khairi padaku.

"Ya, aku tahu sebab apa dia jadi macam tu." responku.

"Kau tahu? Sebab apa Mal?" tanya Khairi lagi.

"Nanti lah aku cerita, takde mood sekarang" ujarku. Khairi hanya menggangguk faham. Kami hanya terdiam buat seketika.

"Mal, aku ada benda nak cerita ni" Khairi tiba-tiba bersuara untuk menyatakan sesuatu.

"Apa?" ujarku.

"Semalam Fauzi tidur kat bilik aku." ujar Khairi.

"Hahh! Ye ke?" respon spontanku dengan nada yang agak tinggi.

"Ye, semalam Zain takde kat bilik. So Fauzi tidur atas katil Zain. Tapi kenapa kau macam terkejut sangat?" soal Khairi.

"Eh takde apa-apa lah" responku. Aku tak tahu kenapa aku terbayangkan yang Fauzi dan Khairi ada buat 'something' dalam situasi itu.

"Err Khairi, just curious lah, kau ada try ke dengan..." tanyaku.

"Ish takdelah" ujar Khairi sebelum sempat aku menghabiskan soalanku. Aku menarik nafas lega mendengar jawapan Khairi.

"Hmm... Ada lah sikit-sikit." ujar Khairi selepas beberapa ketika.

"Sikit-sikit? Maksud kau?" tanyaku.

"Sikit-sikit lah. Raba-raba, pegang-pegang, hisap-his...."

"Kau... blowjob dia ke?" soalku lagi memintas percakapan Khairi. Dia hanya mengangguk. Aku mula berasa bengang. Aku dapat rasakan yang mukaku mulai merah padam mendengar penjelasan Khairi. Pelbagai perasaan timbul ketika ini yang sukar ku gambarkan. Aku yang terlalu bengang terus meninggalkan Khairi sendirian.

"Akmal, kau nak pergi mana?" ujar Khairi.

"Aku sakit perut" jawabku pantas dan terus bergerak pulang ke kamar. Aku tak tahu apa begitu yang mendorongku untuk terus bersemuka dengan Fauzi.

"Akmal, actually...." pekikan Khairi kesamaran terdengar dari jarak yang agak jauh selepas ku meninggalkannya.

Setelah beberapa ketika aku pun sampai di kamarku. Tanpa berlengah lagi, aku terus memulas tombol dan menguak pintu kamarku. Aku dapati Fauzi sedang berada di atas katilnya sambil memegang telefon bimbitnya.

"Kau ni memang nafsu binatang lah" jerkahku.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba ja, tak habis dengan kau tuduh aku jadikan kau gigolo, sekarang kau tuduh aku bernafsu binatang pulak. Apa motif kau sebenarnya?" jerkah Fauzi kembali.

"Kau tak payah la buat-buat tak tahu. Semalam kau tidur bilik Khairi kan?" soalku.

"So what? Kalau aku tidur bawah jambatan sekalipun, apa kau kisah?" balas Fauzi.

"Dah lah, malas aku nak bertekak dengan kau. Aku dah tak nak kena mengena lagi dengan kau. Jangan tegur aku lagi." jelasku kemarahan.

"Lantak kau lah, kau yang tegur aku. Dah sekarang pergi mampus" balas Fauzi.

Sejujurnya aku amat terkesan dengan kata terakhir Fauzi itu. Aku terus keluar dari kamar untuk mengambil sedikit angin bagi menenangkan aku. Aku kemudiannya duduk sebentar di anak tangga menenangkan apa yang telah berlaku. Aku terfikir sendirian apakah yang membuatkan aku begitu marah sekali dengan apa yang berlaku antara Fauzi dan Khairi malam semalam. Sedangkan aku memang sudah ketahui yang kisah silam Fauzi memang agak liar. Tapi sejak perhubunganku dengan Fauzi menjadi 'rapat', aku mulai perasan yang Fauzi sudah berubah. Dia seperti sudah meninggalkan perangai liarnya itu.

Sebenarnya tuduhanku terhadap Fauzi berkenaan gigolo itu hanya bertujuan untuk sekadar gurauan. Aku tak tahu pula ia di salah tafsirkan oleh Fauzi. Benar, kami ada juga 'bersama' ketika tidur, tapi bukanlah hampir setiap malam. Dan ianya berlaku atas suka sama suka dan bukannya dalam bentuk paksaan. Kami juga bertoleransi dalam hal itu. Namun apabila Khairi telah menceritakan kejadian yang berlaku malam semalam. Aku menjadi begitu marah tidak tentu pasal. Tapi jika ia tidak melibatkan Fauzi, aku tak rasa aku boleh semarah itu. Mungkin kerana aku begitu ambil berat pasalnya dan aku cemburu dengan apa yang telah berlaku. Dan mungkin sebab itu jugalah yang begitu mendorongku untuk terus 'menyerang' Fauzi tanpa soal selidik terlebih dahulu.

"Ting"

Bunyi notifikasi dari telefonku lalu aku buka terus membuka mesej yang diterima.

"Akmal, how about tonight?"

Mesej itu membuatkan aku tersedar yang mungkin ini adalah cara untuk tangani kekecewaanku. Aku harus bergerak ke hadapan. Aku kemudiannya menaip balas mesej tersebut.

"Okay, nak jumpa di mana?"

************************************

Tak lama dah gais...

Sikit lagi ja... promise you...

Keep waiting and sending ❤️ in the comment section if you like it.

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now