20: 𝔨𝔢𝔫𝔞𝔭𝔞

672 24 3
                                    

DAH AKHIR BAB

,

Dalam diam wujudnya kebahagiaan dalam rumah tangga Nelly dan Mustakim, ada yang akan membangunkan masjid buat kali kedua. Dalam beberapa bulan keserasian dapat dipupuk.

Bertarikhkan 20 Disember 2022,akan berlangsung majlis perkahwinan yang gah. Antara Suraya dengan Syakir siapa sangka. Tema soft blue untuk family sungguh padan. Masuk hari perkahwinan Suraya genap juga 9 bulan usia kandungan Nelly.

Nelly memasuki bilik Suraya. Habis majlis, dia akan check in hospital. Suraya yang cantik dengan gaun berwarna blueblack forest indah dipandang mata. Nelly mengambil crown dan diletakkan ke atas kepala Suraya.

"Selamat pengantin baru akak Sue. Nel doakan perkahwinan akak sentiasa diberkati Allah" kata Nelly selepas meletakkan crown di kepala Suraya.

"Thank you budak gemuk ni" balas Suraya lalu mencuit hidung Nelly.

"Eleh, macamlah dia tak gemuk nanti. Tunggulah lepas orang bersalin, kalah Zahirah Macwilson punya body" balas Nelly nak menang.

"Perangai tak pernah berubah ek. Kenapa ek?" kata Suraya lucu melihat pertuturan Nelly.

"Entahlah, kenapa ek?" balas Nelly lalu pecah gelak tawa di situ.

Sedang mereka rancak berbual, masuklah Puan Lili memarahi dua anaknya itu.

"Bertuah punya anak. Pengantin lelaki dah nak sampai boleh pulak borak-borak. Kamu tu Nelly, jalan nanti dahlah terkedek-kedek. Cepat sikit tu" omel Puan Lili.

"Kenapa ek?" balas Nelly lalu pecah lagi ketawanya bersama Suraya.

Gambar diambil berkali-kali. Nelly yang tidak dapat banyak membuat gaya hanya akur sahaja dengan menggayakan tangannya sahaja.

Usai bergambar, semua beransur berlalu untuk menjamu selera. Dalam semua sibuk-sibuk untuk menjamu selera, Nelly mengganggu konfrontasi mereka.

"Lo... Love. Sakit! Love!!!" jerit Nelly memanggil suaminya yang sepuluh langkah darinya itu.

Mustakim yang mendengar, cepat-cepat menghampiri Nelly. Tidak dilupakan juga mama dan papanya dan bapa dan umi mertuanya. Kakaknya yang bersanding turut bangun untuk melihat keadaan Nelly. Tetamu yang hadir pula hanya memanjangkan leher mereka sahaja.

"Sayang, awak nak bersalin ni. Jom pergi hospital" kata Mustakim lalu mengangkat isterinya itu ke kereta.

"Abang, biar saya dengan Alia dan Khalif pergi. Awak tolong tengokkan majlis ni sampai siap. Majlis malam kita tunda dulu" kata Puan Lili meminta izin.

Selepas mendapat anggukan dari Encik Anuar, Puan Lili pun berangkat dengan dipandu Khalif. Mustakim terlebih dahulu pergi untuk memastikan anak dan isterinya baik-baik sahaja.

Hospital Saya Suka dituju. Troli pembawa pesakit disorong pantas ke bilik bersalin.Doktor Fitrah yang mengawal cukup tegas dan lembut kepada Nelly untuk meneran lebih kuat. Melihat kepala bayi yang hampir keluar, doktor Fitrah terus memberi arahan.

Mustakim yang melihat Nelly berpeluh meneran sehabis mungkin untuk keluarkan bayi tersebut turut terkesima. Kini baru dia sedar bahawa, sakit sungguh seorang ibu yang melahirkan anak. Ini kerana, Mustakim turut merasakan kesakitan tersebut apabila Nelly menggenggam kuat pergelangan tangannya. Sakit woo! Rasa macam nak tercabut. Darah pun hampir tak jalan.

My Husband,My Enemy (COMPLETED) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon