13-peluang

37 4 0
                                    


Lari!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lari!

Itu perkara pertama yang terlintas di fikiranku sebaik sahaja melihat dia. Ya, aku nak mengelak dia. Bukan sebab aku takut dengan dia tetapi sebab aku takut yang aku akan..

" Hai?" tegurnya. Suaranya kedengaran mesra.

tap ,tap ,tap.

Bunyi kasutnya kedengaran lembut melangkah menghampiri ku. Bau perfume dia pula wangi seperti bau epal hijau. Cukup menyegarkan. Seperti dirinya~.

Ah, bukan! maksudku, aku perasan kesemua details itu sebab aku tidak memandangnya;  saat ini, aku hanya tunduk merenung lantai. Kebiasaan yang terjadi bila aku tidak berani membuat eye contact, dan berhadapan dengan orang.

" Sesi terapi awak nampaknya tak berkesan lagi ."

Aku diam. Masih tidak berani memandangnya.

" Look at me."

Dengan lembut, jarinya  perlahan-lahan mendongakkan dagu ku, agar memandangnya. Anak mata kami bertentang dan hatiku terus terasa gementar.

Lantas aku menjerit kuat! 

Aku tepis tangannya tetapi dia lebih pantas memegang tanganku, menarik ku rapat ke dirinya.

" Teruskan menjerit and i will kiss you, here."

Aku terus terdiam, merenung dia yang kelihatan tidak bergurau dengan amarannya.

Tiba-tiba dia senyum. Dan entah kenapa senyumannya itu mengusik hatiku,  lalu ku kalihkan pandangan mataku.

Dia mengugutku dan mengancamku. Aku patut takut tetapi sebaliknya aku tersipu malu apabila berhadapan dengannya? What is wrong with me?

Beberapa orang yang memerhatikan kami disebabkan jeritanku tadi, telah kembali dengan hal masing-masing. Tidak lagi mempedulikan kami.

Dia melepaskan tangan, lembut.

"Tugasan awak semalam tu, awak nak tak buat lebih banyak lagi 'kawan'  pada hari ini?"

Aku pandang dia. "Apa maksud awak?"

"Saya menawarkan sesuatu yang boleh membantu progress terapi awak. An opportunity. Awak just perlu keluar dengan saya lagi hari ini, seperti semalam."

Terus aku teringatkan pesan Dr.Asnidar.

< Sya, semalam awak dah keluar dari zon selamat awak. I would says its 50% progress, and another 50% is up to you. Sekarang ni, its all depends on you,how you want this progress to go forward or backwards.>

Aku ragu-ragu. Boleh ke aku?

Semalam aku hampir diserang panik, hanya disebab kan aku berada di shopping complex . Hari ini nak tempuhi benda yang sama, bertemu lagi orang baru? Ah, fikirkan itu sahaja, sudah buat aku rasa tidak tenang.

Tak boleh.

Aku tak cukup kuat.

Aku tak cukup berani.

Mana mungkin, aku boleh?

<How can i go forward doctor?>
<Sya perlukan tekad, azam dan keberanian yang kuat.>
<Bagaimana kalau saya ada semua itu tetapi masih tidak dapat move forward?>

" This time, i will always be by your side. I promise." janji L, tiba-tiba.

Janjinya.

Menenangkan diri ini.

<Then, you just need to be pushed out. A little push by someone. >- Dr. Asnidar.

Cermin Cinta NarcissusWhere stories live. Discover now