Bab 8

15.7K 795 2
                                    

“Mira, macam mana dengan pinangan tu? Mira terima tak?” Mira yang tengah menonton televisyen berpaling kearah mamanya. Sebenarnya dia banyak berfikir tentang perasaannya terhadap Amar, dia tahu dia sudah mula mencintai Amar. Dia sudah membuat solat istikharah dan semalam dia sudah pun mendapat jawapannya. Semalam, dia bermimpi dia memakai cincin yang diberi oleh kawan uminya. Ini bermaksud aku harus terima pinangan itu. Dia redha andai inilah yang terbaik untuknya kerana perancangan Allah adalah lebih baik daripada perancangan manusia.

“Umi..” Mira menarik nafas sebelum memberi jawapan. Okey, Bismillah…

“Mira terima dengan hati yang terbuka” Dia harus korbankan cintanya terhadap Amar untuk membahagiakan semua orang.

“Alhamdulillah! Terima kasih ya, Mira, tak sabar umi nak bagitau kawan umi, umi nak telefon dia kejap” ucap Tengku Azlina dengan muka yang gembira dan terus menuju kebiliknya untuk menelefon kawannya.

Apabila Mira nak duduk di sofa, telefonnya berbunyi yang menunjukkan ada gerangan orang yang berhantar mesej kepadanya. Dia pun memebuka mesej tersebut.

Assalamualaikum Mira, blh kita jmpa kjp kt tmpt biasa ada ssuatu yg aku nk ckp, and this is IMPORTANT!

~ Reez ~

Ianya mesej daripada sahabat baiknya, apa yang penting sangat? Pakai caps lock pula tu! Jarang dia macam ni…. Dia pun membalasnya dengan kata setuju.

Dia pun terus menuju kebiliknya untuk bersiap dan memberitahu uminya yang dia nak keluar sekejap berjumpa kawannya.

Setelah lima belas minit perjalanan, dia pun sampai di Tasik tempat yang mereka selalu lepak. Dia mencari susuk tubuh Amar dan tidak lama kemudian dia nampak Amar duduk dibangku berhampiran dengan tasik. Ramai yang melihat-lihat Amar terutama sekali para gadis mungkin kerana kekacakan yang dimiliki oleh Amar. Selama ini sebelum Amar mengubah penampilan seorang pun tidak memandangnya, ada lah juga yang memandangnya tetapi pandangan itu penuh dengan sinis. Dia pun menghampiri Amar dan duduk disebelah Amar dengan jarak yang agak jauh, seorang lagi dapat duduk diantara mereka.

“Assalamualaikum Reez, apa yang penting sangat tu?” tanya Mira setelah dia duduk. Dia melihat gadis-gadis tadi melihat kearah mereka berdua, mungkin mereka kata bertuahnya perempuan tu dapat teman lelaki yang tampan macam tu.

Amar hanya menjawab salam Mira dengan perlahan tetapi selepas itu dia berdiam diri. Mira yang menunggu kata-kata Amar hanya berdiam diri melihat Amar.

Setelah sepuluh minit berdiam diri Amar menoleh kearah Mira.

“Mira…” kata Amar perlahan, walaupun perlahan Mira dapat mendengarnya. Mira yang tadinya memandang tasik kini beralih menghadap Amar.

“Mungkin apa yang aku cakapkan ni akan mengubah persepsi kau terhadap aku, tapi aku harap lepas ni kita tetap akan jadi sahabat” dia menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya. Mira yang mendengar hanya diam memerhati Amar.

“Aku…Aku..Aku cintakan kau Mira!” kata-kata itu bagaikan kilat yang memetirkan jantung Mira. Kenapa sekarang kau bagitau aku, kenapa tak dulu sebelum aku terima pinangan kawan umi aku?! Tapi kata-kata itu hanya bergema dihatinya.

“Mira, aku tahu mungkin… kau fikir aku bergurau tapi ini benar, aku cintakan kau Mira!”’ aku pun cintakan kau!’ jerit Mira dalam hati.

“Mira, cakaplah sesuatu Mira, jangan diam macam ni!” rintih Amar dengan muka yang muka yang penuh pengharapan.

“Aku tak boleh” kata Mira perlahan tetapi masih didengari oleh Amar. Kata-kata itu menghiris-hiris hati Amar.

Sayangku Mr. NerdTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon