Bab 12

15.7K 792 4
                                    

“Mira dah sedia, rombongan lelaki dah datang” kata umi disebalik pintu. Tengku Azlina memandang wajah anaknya. Wajah anaknya begitu jelita dengan memakai alat solek, kerana sebelum ini anaknya belum pernah memakai alat solek. Mungkin pernah tetapi hanya memakai bedak tipis termasuklah juga pada hari pertunangan anaknya.

“Dah Umi” jawab Mira dengan tenang tapi tak setenang yang berada dalam hatinya.

“Jom” mereka pun keluar dan semua orang terpaku melihat wajah Mira. Sungguh comel! Bagi sesiapa yang melihatnya pasti geram, nak je dicubit-cubit pipi Mira.

Tiba-tiba pandangan Mira tertumpu pada beberapa orang lelaki yang duduk disebelah bakal suaminya. Bakal suaminya membelakanginya, tetapi lelaki-lelaki itu duduk menghadap sebelah kanan bakal suaminya, jadi dia nampak dengan jelas muka lelaki-lelaki itu.

Lelaki-lelaki itu memang sangat dikenalinya kerana mereka adalah sahabat baik, Amar tetapi macam mana boleh mereka datang sini, aku tak jemput pun, sepatutnya mereka yang datang pada pernikahan Amar. Tak mungkin…

“Aku nikahkan dikau Amar Fareez bin Fadhil dengan anakku Tengku Mira Adriana binti Tengku Mikhael dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai”

“Aku terima nikahnya Tengku Mira Adriana binti Tengku Mikhael dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai” Dengan sekali lafaz Mira sudah menjadi Isteri kepada Amar Fareez.

Sekarang masa untuk sarung cincin. Setelah itu Mira menyalam tangan suaminya dan suaminya mencium lama dahi isterinya. Tidak kurang juga suara usikkan dari saudara-mara mereka. Mira hanya diam walaupun ketika ini tangannya digenggam erat oleh suaminya.

Selepas majlis selesai, mereka masuk kebilik masing-masing, untuk bersedia untuk majlis presepsi pada malam ini di hotel lima bintang. Pengatin baru pun masuk ke dalam bilik. Saudara-mara pula tidak henti-henti untuk mengusik.

“Mira…” ujar Amar perlahan. Ketika itu Mira sedang mengambil bajunya dan tuala untuk mandi.

“Saya tak  ada masa nak cakap, kalau awak nak cakap nanti malam je, saya penat, saya nak mandi dulu” kata Mira.Mira sudah mengganti panggilan kerana panggilan sebelum ini kasar jika digunakan untuk berbicara bersama suaminya. Dia mesti hormat kepada suami yang dicintainya dalam diam. Amar hanya mengeluh perlahan.

Sayangku Mr. NerdWhere stories live. Discover now