Bab 1

98 9 5
                                    

Orked menarik nafas dalam. Air bergenang pada tubir mata akhirnya jatuh jua. Kenapa ini harus terjadi dalam hidupnya? Dia mengeleng berkali-kali. Berharap lelaki itu masih mengingati dirinya. Sayangnya itu hanya mimpi. Dia harus menghadap realiti sebenar.

"Al Ryan." Nama itu terbit dari bibir. Air mata yang mengalir dibiarkan. Tersedu sedan dia menangis hiba.

"Tak guna menangis. Ryan tak akan ingatkan kau." Ujar puan Rahimah lancang. Langsung tidak kasihan pada gadis yang bakal menjadi menantu dia ini.

"Kita boleh cuba mama. Lagi pun ingatan Ryan bukan sepenuhnya hilang tapi separuh." Balas Orked.

"Kau tak reti bahasa Orked? Dia tak nak pun pandang muka kau. Nama kau pun dia tak ingat."

"Kita boleh cuba mama. Tolong bagi Orked peluang." Orked merayu lagi.

Puan Rosmah pandang Orked atas dan bawah. Dia tersenyum sinis. Mustahil Al Ryan akan mengingati Orked sedangkan anaknya itu melekat dengan bekas tunangnya. Cara Al Ryan pandang Lana dia sudah tahu seolah-olah cinta mereka berputik kembali.

"Kamu tu perempuan. Sedar diri sikit! Jangan perigi cari timba."

"Orked sanggup mama asalkan Al Ryan ingat Orked kembali." Ujar Orked bersungguh. Ya dia rela jadi seperti itu walhal prinsipnya dulu bukan itu. Al Ryan itu tunangnya yang bakal dia berkahwin beberapa minggu lagi. Dia tidak akan berputus asa untuk pulihkan ingatan Al Ryan.

"Murah ya maruah kamu ni." Sindir Puan Rahimah.

"Mama!" Seoktaf suara Orked naik. Tak sangka sanggup puan Rahimah berkata begitu. Kenapa hari ini Puan Rahimah berubah sekelip mata? Wajarkah dia bersyukur perangai sebenar itu keluar sebelum mereka berkahwin lagi. Orked mengeluh perlahan. Dinding putih hospital dipandang sepi. Mata melirik pada bilik wad tempat Al Ryan ditempatkan.

"Berani kamu naik suara pada aku! Belum jadi menantu dah tunjuk perangai."

"Maafkan Orked mama." Ucap Orked kesal. Dia terduduk di lantai hospital. Bagaimana lagi mahu yakinkan puan Rahimah? Dia mahu berjumpa dengan Al Ryan lagi. Dia mahu tunjuk jari manis yang dihiasi cincin emas.

"Bagilah Orked peluang mama. Orked janji tak akan menyusahkan mama." Pinta Orked.

"Ikut kamu lah Orked. Aku ni cuma kasihan kamu dah tak dipandang. Sebab tu aku larang kamu jumpa lagi. Tapi kamu beria sangat. Satu je aku nak pesan ni. Cinta pertama dia sentiasa ke hadapan dan kamu akan kalah. Usahalah setinggi mana pun. Tak akan berjaya."

Orked mengangguk. Baiklah dia akan cuba. Jika gagal tidak mengapa sekurang kurangnya dia pernah mencuba. Orked gagahkan diri untuk berdiri. Perlahan lahan dia melangkah ke arah bilik wad.

Tidak mampu masuk ke dalam. Dia hanya melihat dari cermin kaca luar. Hati bagai dirobek robek bila melihat 2 manusia sedang bergurau senda. Orked pejam mata. Dia pegang dada kiri. Terasa sakit seperti ditikam tikam. Hati memujuk. Al Ryan tak sakit. Dia baru sedar selepas beberapa hari dalam koma. Ingatan dia hilang kerana kemalangan itu. Bukan salah Al Ryan jika tak ingat pada Orked.

Orked mengundur setapak. Kepala berpaling ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat 2 manusia itu bersama.  Ingatan melayang pada peristiwa pagi tadi.

Syukur Al Ryan sudah sedar. Dia berlari selaju mungkin untuk berjumpa Al Ryan. Info itu baru sahaja diberitahu oleh jururawat sewaktu dia berada di kafe untuk beli makanan. Beberapa hari jaga Al Ryan membuatkan jururawat hafal wajah dan nama dia.

Orked sampai tepat di hadapan bilik wad Al Ryan. Dia tak cukup nafas. Termengah mengah kerana berlari laju. Dia menarik nafas dan hembus beberapa kali. Tisu di dalam beg diambil lalu mengesat muka yang berpeluh. Dia kemaskan pakaian dan tudung. Orked tak nak kelihatan buruk di depan Al Ryan. Dia mahu cantik di mata Al Ryan. Apabila sudah bersedia, Orked menarik tombol.

"Al Ryan." Nama tunang dipanggil lembut. Berpenat lelah dia menjaga Al Ryan selama 5 hari akhirnya Al Ryan sedar. Dia mengucap syukur berkali-kali.

Al Ryan menoleh ke arah Orked. Dahi berkerut. Siapa wanita ini? Belum pernah lagi dia berjumpa dengan wanita ini.

"Kau siapa?" Soal Al Ryan.

Orked mengukir senyuman lebar. Walaupun sakit tetapi Al Ryan sempat bergurau dengan dia. Orked melangkah setapak demi setapak. Ini saat yang ditunggu. Al Ryan sedar dari koma. Setiap hari dia berdoa agar Al Ryan sedar. Betapa kecewanya hati bila melihat Al Ryan terbaring di atas katil. Tak sia sia pengorbanan dia duduk di hospital ini untuk menjaga Al Ryan.

"Alhamdullilah. Awak dah sedar. Gembiranya saya. Mama pun sama." Ujar Orked.

"Dia ni siapa mama?" Tanya Al Ryan kepada Puan Rahimah. Hairan dengan tingkah laku wanita ini. Dia cuba mengingati siapa wanita ini. Akan tetapi  tiada satu ingatan yang ada tentang wanita ini.

"Kau siapa? Mama dia ni siapa?" Soal Al Ryan lagi. Pandangan wanita itu seperti ada sesuatu. Redup dan penuh pengharapan.

"Ooh. Pekerja you je ni. Kebetulan datang hospital nak lawat you." Balas Lana.

"Al Ryan." Nama itu di sebut dari bibir Orked. Dia tidak sedap hati. Kenapa Al Ryan seolah olah tidak kenal dia? Tak mungkin! Al Ryan hilang ingatan. Tolong jangan! Mungkin gurauan. Dia cuba untuk tenangkan hati walaupun jantung sudah berdegup laju.

"Ohhh pekerja Ryan ni. Kebetulan lalu sini nak ziarah anak mama ni." Puan Rahimah beri jawapan yang mampu hancurkan hati Orked.

"Mama." Orked terkedu bila puan Rahimah tergamak katakan itu. Kenapa tidak kenalkan dia sebagai tunang? Kenapa sebagai pekerja? Apa maksud semuanya ini? Otaknya jadi blur.

"Mama? Pekerja Ryan?" Al Ryan mula keliru. Mata tajam pandang  wajah Orked.

"Ohhh. Ingatan you kan terhad sampai 3 tahun lepas. Mungkin masa tu perempuan tu baru masuk. Tu tak ada dalam ingatan you." Ujar Lana. Mata terjengil pandang Orked. Dia tidak suka Orked datang ke mari dan perkenalkan diri sebagai tunang. Sekarang ini dalam ingatan Al Ryan hanya terukir nama Lana. Dia tidak akan biarkan Orked merosakkan rancangan dia.

"Aaaa betullah tuuuu." Sokong Puan Rahimah. Tangan beri isyarat menyuruh Orked keluar. Orked jadi keliru. Dalam sekelip mata semuanya berubah.

"Ryan. Mama..." Nama itu disebut.

"Kenapa dia panggil macam tu?" Soal Al Ryan hairan. Seluruh perhatian masih pada Orked. Sesungguhnya dia langsung tidak ingat siapa wanita ini. Dari gayanya seperti perempuan kampung. Berbaju kurung dan bertutup litup. Jika ini pekerja dia. Mengapa wanita ini berani panggil mama dengan panggilan mama manakala diri dia dengan panggilan nama.

"Dia kurang betul sikit." Bisik puan Rahimah. Risau Al Ryan akan terus bertanya. Dia sudah mati akal untuk tipu lagi.

"Hei kau perempuan. Orang baru bangun. Macam macam lakonan kau buat eh. Dah keluar dari sini." Halau Lana. Dia berdiri dan menuju ke  Orked. Tangan Orked ditarik lalu menolak badan itu menyuruhnya untuk keluar.

"Jangan sibuk kat sini perempuan. Al Ryan tu ingat aku. Kau langsung tak ada! Sedar diri sikit eh perempuan kampung." Kata Lana bersama mengukir senyuman sinis. Akhirnya berjaya juga Al Ryan berlembut dengan dirinya. Peluang yang tak akan dia sia siakan. Dia akan raih kembali cinta bekas kekasih hati.

Ingatan kejadian tadi hilang. Kini, dia terpaksa akur dengan realiti. Air mata jatuh lagi. Pedih yang tak boleh diungkapkan melalui kata kata. Kenapa ini harus terjadi pada dia disaat beberapa minggu lagi dia dan Al Ryan bakal menikah? Hari ini, pelbagai soalan yang terlintas dalam otak.

"Takdir." Bisik Orked. Dia harus kuat untuk tempuhi dugaan ini. Dia tidak boleh mengalah. Tidak mengapa jika puan Rahimah tidak menyokongnya. Dia ada keluarga yang sentiasa sokongnya dari belakang.

Lemah longlai Orked melangkah. Otak dan fizikalnya penat. Biarlah dia pulang dulu ke rumah untuk berehat. Esok dia akan datang lagi menziarahi Al Ryan. Dia tidak fikir lagi cara bagaimana untuk buat Al Ryan ingatkan dia. Sekarang ini dia perlukan ibu dan ayah untuk luahkan perasaan.



Kembali CintaWhere stories live. Discover now