Bab 4

26 7 0
                                    

Tekad atau keputusan yang terburu buru? Dia sendiri keliru. Pendirian diri juga seakan goyah. Hati kata lain. Otak kata lain. Dia tak nak jadi seperti pepatah. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kini, dia akui melawan hati memang susah walaupun otak telah berkali-kali bagi amaran. Penat! Lelah bila bermain rasa.

Mangkuk tingkat digengam kuat. Cerita yang disampaikan oleh Adi membuatkan dia rasa tercabar. Dia menutup mata sebentar dan menarik nafas dalam. Cuba mentafsirkan adakah keputusan dia ini betul.

"Betul ke tindakan aku ni?" Desis hati Orked.

Orked merenung mangkuk tingkat yang di isi dengan makanan kegemaran Al Ryan. Asam pedas ayam campur bendir dan ikan pekasam. Lauk kegemaran yang Al Ryan minta pada setiap minggu ketika mereka dalam ikatan pertunangan.

"Masakan ni mampu beri ingatan pada dia untuk ingatkan aku?" Soal Orked pada diri sendiri. Jawapan yang tiada penghujung. Sendiri yang terluka.

"Memori bahagia sentiasa ada dalam memori saya." Dia masih ingat kata kata ini ketika mereka bertunang. Pandangan ikhlas Al Ryan terhadap dia. Senyuman manis yang terukir pada bibir.

Orked pegang dada kiri. Dia menumbuk dada beberapa kali. Kenapa rasa sakit dan perit? Bahagia yang dia rasa hilang sekelip mata bila Al Ryan lupa padanya. Oh ini rupanya yang terjadi bila orang yang disayangi lupa akan dirinya.

"Bukan salah Al Ryan." Otak mula mengingatkan kembali.

Orked gagahkan diri mengangkat kaki menuju ke wad Al Ryan. Biarlah apa akan terjadi sebentar nanti. Dia hanya mahu bagi lauk kegemaran Al Ryan sahaja. Perasaan yang keliru tak endahkan.

"Assalamualaikum." Orked memberi salam bersama senyuman manis. Lana yang duduk di hujung katil masam mencuka melihat figura Orked. Riak Al Ryan pula berbeza hari ini. Tiada riak sinis mahu pun keliru. Dia lemparkan senyuman manis. Orked agak terkejut tetapi riak wajah dikawal sebaik mungkin.

"Waalaikumusalam. Kenapa berdiri kat situ? Marilah sini. You bawa apa tu?"Soal Al Ryan mesra. Pandangan mata jatuh pada mangkuk tingkat. Perut pula tiba tiba berbunyi. Tak sabar untuk mengetahui lauk yang di bawa oleh Orked.

"Saya bawa lauk. Asam pedas ayam dengan ikan pekasam." Ujar Orked bersama senyuman. Rasa sedikit lega bila Al Ryan sambut dia dengan senyuman manis. Pandangan mata tajam Lana tidak diendahkan. Dia hanya pentingkan cara Al Ryan menerima dia disaat ini.

Mangkuk tingkat diletak atas meja makan. Orked menyusun satu per satu untuk memudahkan Al Ryan.

"You tahu kan Ryan sakit. Kenapa bawa makanan tak sihat?" Soal Lana garang. Mata membulat pandang pada Orked. Tak serik lagi Orked datang ke sini walaupun puan Rahimah melarang. Dasar perempuan tak tahu malu! Kutuk Lana dalam hati.

"You hanya pekerja I?" Tanya Al Ryan ingin kepastian. Mata merenung wajah ayu itu. Wajah itu nampak tenang seperti tiada apa apa.

Orked kaku seketika. Bagaimana cara mahu menjawab? Ya atau tidak? Dia sendiri bingung. Risau jika sikap gelojoh dia ini akan mendatangkan bencana pada hari mendatang. Dia harus bijak menghadapi situasi.

"Ya pekerja." Jawab Orked ringkas. Tangan kanan mencedok nasi ke dalam pinggan. Seketul ayam bahagian paha diletakkan lalu dihulurkan pada Al Ryan. Dia sedar yang Al Ryan tak berhenti menatap wajah dia dari tadi. Gerak geri dia juga diperhatikan.

"Cukup?"

Al Ryan mengangguk. Wajah itu seolah olah kecewa dengan jawapan Orked. Dia berharapkan sesuatu yang lebih. Jika benar Orked adalah seorang pekerja kenapa gadis itu prihatin. Pada hari pertama dia sedar, Orked memanggil namanya dengan lembut. Renungan mata itu sesuatu. Hari ini renungan mata itu sudah tiada lagi. Hanya biasa biasa sahaja. Al Ryan jadi keliru.

Kembali CintaWhere stories live. Discover now