Bab 2

44 8 0
                                    

Orked melangkah menuju ke wad Al Ryan. Pagi tadi semangat berkobar kobar untuk berjumpa dengan Al Ryan. Entah kenapa bila tiba di perkarangan hospital sahaja. Dia jadi takut untuk berhadapan dengan Al Ryan. Dia paksa kaki untuk melangkah pantas. Akan tetapi jadi semakin perlahan. Hatinya juga terasa tidak enak seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Dia cepat beristighfar dalam hati.

"Kalau dia tak nak Orked. Tidak mengapalah. Itu bukan jodoh Orked."
Masih terngiang lagi di telinga pesanan ibu. Hanya ibu yang mengerti perasaan dia sekarang ini.

Kaki yang melangkah perlahan kian terhenti. Dia kaku di situ. Orked memerhati lelaki dan perempuan sedang bergurau senda di luar bilik wad. Oh mungkin ini hatinya tadi rasa tidak enak. Dihadapan mata dia, mereka bermesra. Dia cuba untuk senyum tetapi tidak boleh.

Orked hidup dalam kepuraan dulu! Nanti segalanya akan baik baik saja. Otak dan hati mula berperang sesama sendiri.

"Ryan." Luncur nama itu dari bibir. Orked mengukir senyuman palsu. Sakitnya hati bila melihat perempuan itu senyum sinis. Tangan Al Ryan di usap usap seperti sengaja menunjuk nunjuk.

Al Ryan dalam kebingungan. Perempuan semalam yang ziarah dia sewaktu dia sedar. Kenapa dia datang lagi hari ini? Mata jatuh pada tangan wanita itu. Terdapat mangkuk tingkat dan bungkusan plastik.

"Kau kenal aku?" Soal Al Ryan. Wajah Al Ryan tetap kacak walaupun tidak bermaya. Badan itu sudah susut sedikit. Tidak seperti dulu tegap.

"Ya saya kawan awak." Ujar aku bersama senyuman. Perkataan tunang yang ingin Orked ucap tidak terlepas dari mulut. Biarlah mungkin ini yang terbaik. Mungkin masa ini tidak sesuai untuk menuturkan perkataan "tunang."

"Semalam mama kata kau pekerja aku. Hari ini tiba tiba kau kata kawan. Mata satu betul?" Soal Al Ryan kasar. Mata pandang Orked atas dan bawah. Tidak mungkin dia ada kawan seperti ini.

Orked terkedu. Otak ligat berfikir cari alasan.

"Dia bukan kawan you. Pekerja je." Jawab Lana.

"Nama kau siapa?" Soal Al Ryan pada Orked.

"Orked."

"Orked? Nama kampung." Al Ryan gelak kecil.

"Nama bunga." Balas Orked.

"Ya aku tahu. Lagi pun aku tak ada kawan perempuan kampung macam kau." Lancang mulut Al Ryan mengeluar kata. Mulut berkata begitu tetapi hati berlainan. Dia ingin tahu siapa wanita ini yang ada bersama dari semalam. Siapa sebenarnya dia? Kenapa wajah itu menunduk muram?

Orked angguk faham. Sebelum mereka kenal dan bertunang. Sifat Al Ryan seperti ini angkuh dan berlagak. Dia tidak akan berkawan dengan orang sebarangan. Dulu dia dipandang sebelah mata. Perempuan kampung seperti dia bukan citarasa Al Ryan. Al Ryan berminat perempuan moden.

"Maaf saya tak sedar diri. Encik adalah majikan saya."

"Kau ni betul ke tak?" Soal Al Ryan geram. Mata mencerlung pandang aku. Lana bekas tunangnya mengusap perlahan dada Al Ryan. Pasangan yang secocok dan sesuai dari pandangan Orked. Boleh terbang sama tinggi.

"Boleh tak you jangan kelirukan dia." Marah Lana.

"Maaf saya pergi dulu." Orked minta diri. Tak sanggup berlama disini. Beberapa minit lagi air mata Orked akan tumpah.

"Aku rasa pernah nampak kau." Ujar Al Ryan.

"You ni pun kannnn. Dia tu pekerja you. Memanglah pernah nampak." Lana menyampuk. Takut benar dia jika ingatan Al Ryan kembali pulih.

"Orkeddd." Nada suara Al Ryan berubah lembut.

"Kau bawa apa tu?" Tanya Al Ryan. Mata tertumpu pada mangkuk tingkat. Perut sudah berbunyi. Dia tidak lalu makan makanan hospital. Bila minta pada Lana untuk makan makanan lain. Lana tak bagi katanya tak elok makan makanan luar.

Kembali CintaWhere stories live. Discover now