Bab 5

36 7 1
                                    

3 bulan telah berlalu. Semenjak dari hari kejadian itu. Orked langsung tak jejak kaki ke hospital apatah lagi dengar perkhabaran Al Ryan. Sihat kah dia? Baik baik sahaja kah dia? Pertanyaan yang tak akan terjawab. Orked masih disini. Setia bekerja di syarikat Al Ryan demi mencari rezeki.

"Orked." Sapa Adi bersama senyuman. Terukir lesung pipit di pipi kiri dan kanan. Mata fokus pada wajah Orked. Dia tidak dapat baca wajah tidak beriak itu. Adakah Orked dalam keadaan baik sahaja?

"Adi."

"Kau okey?"

Orked mengangguk.

"2 bulan lebih aku tak ada disini. Kau baik baik je ke?" Soal Adi sekali lagi dengan ayat yang lain.

Orked mengangguk lagi. Senyuman tidak terukir pada bibir. Otak melayang ke alam lain. 3 bulan sudah berlalu, mungkin bulan ini Al Ryan akan masuk kerja.

"Al Ryan masuk kerja hari ini." Ujar Adi. Sengaja memancing perhatian Orked.

"Hah."

Seluruh perhatian tertumpu pada Adi. Dia mahu dengar lanjutan percakapan seterusnya .

"Dia masuk hari ini dengan syarat."

"Syarat?" Soal Orked. Berkerut dahi dengar ayat Adi.

"Kau tak tahu?"

Orked mengeleng.

"Semua orang dalam pejabat ni diberi amaran supaya jangan cakap apa apa tentang kau dan dia. Jika terdengar di telinga puan Rahimah. Orang tu akan dibuang." Ujar Adi.

"Hmmm."

"Kenapa kau tak tahu?" Tanya Adi.

"Biarlah. Aku nak buka buku baru. Aku datang sini nak cari rezeki halal. Bukan nak mengatal dengan anak dia." Balas Orked. Dia jadi bingung kenapa dia seorang sahaja yang tahu tentang itu. Puan Rahimah ada rancangan lain untuk buang dia dari kerja? Dia ikutkan perjalanan masa. Lagi pun dia bercadang beberapa bulan lagi dia akan berhenti kerja dan balik ke kuantan. Dia akan ikut ibunya balik ke kampung dan menguruskan rumah pusaka aruah atuk dan nenek.

"Orked."

"Aku okey Adi." Orked mengukir senyuman nipis. Dia tidak mahu Adi risau akan dirinya. Dia baik baik sahaja. Ketika Adi dihantar ke luar kawasan. Hampir setiap hari Adi bertanya tentang dirinya. Mungkin Adi bimbang jika dia lakukan tindakan bodoh.

"Jom minum dulu." Pelawa Adi.

Mata Orked terpaku pada satu sudut. Jasad yang lama hilang dari penglihatan mata kini kembali ada. Si dia yang tersenyum manis bersama  perempuan itu. Bergelak ketawa. Bahagia mungkin dapat bersatu kembali.

"Orked." Nama itu dipanggil untuk menyedarkan Orked dari terus leka. Malangnya mata itu menatap dari awal sehingga akhir. Apabila tubuh itu sudah hilang dari penglihatan mata. Barulah mata itu beralih ke arah lain.

"Kau okey?" Buat kali ketiga. Adi bertanya lagi.

"Aku tak tahu." Jawab Orked.

Kenapa dia muncul ketika belum bersedia lagi? Mahu mengelak tapi caranya bagaimana? Nanti terserempak juga.

"Kau cuti dulu hari ini." Cadang Adi. Risau dia melihat wajah muram itu.

"Aku akan okey je kan? Kalau aku lari. Nampak sangat macam aku ni penakut."

Adi menarik nafas panjang. Bingung mahu memujuk Orked.

"Orkeddd. Aku tahu kau tak okey."

Orked mengukir senyuman. Selama mana dia mahu sembunyikan diri dari Al Ryan? Bila-bila masa sahaja mereka boleh berjumpa atas dasar kerja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kembali CintaWhere stories live. Discover now