what happen!!!??

19 2 0
                                    

"aishh,dia tidak jawap panggilan saya"kata yoona dengan kesal bila panggilannya tidak diangkat oleh taeyeon

"tidak apa,kita tunggu dia pulang nanti dan dengar penjelasan dari dia "kata mrs kang dengan tenang
.
soshi mengikut kata mrs kang menunggu taeyeon untuk pulang ke rumah,mereka juga tidak keluar dari rumah itu atas arahan taeyeon dan yoona
.
jam menunjukkan pukul 8 malam dan taeyeon masih belum pulang ke rumah

trinkkk~

yoona lantas melihat mesej yang masuk

Yeon;)

-yoong(8:05pm)

-tolong bagitau eomma yang saya akan balik lambat(8:06pm)

-saya berada di area ***** sekarang,saya perlu berjumpa dengan seseorang di sini(8:06pm)

-jangan risau,saya akan pulang nanti..saya serahkan semuanya pada kau(8:07pm)

-dan..tolong jangan bagitau mereka saya di mana(8:07pm)

siapa yang kau mau jumpa?(8:08pm)-

yahh!pastikan kau pulang dengan baik(8:10pm)-

END CONVO CHAT

ketika yoona sedang membaca mesej dari taeyeon semua ahli soshi ikut membaca apa yang dihantarkan taeyeon pada yoona

yoona berasa cemas kerana tidak dapat menyimpan rahsia taeyeon pada mereka

"kau dan taeyeon pasti sangat rapat sampai dia hanya bagitau kau dan rahsiakan dari kami"kata jessica sambil menggambil beg tangannya

"jess,tolong jangan mulakan"jawab yoona dengan tegas

"kau mau pergi mana jess?"tanya tiffany bila melihat jessica yang mahu berlalu pergi selepas menggambil beg tangannya

"cari dialah"jessica

"tunggulah dia pulang,kan dia cakap jangan keluar"kata yoona sambil menarik tangan jessica

"tunggu?macam semalam?"kata jessica sambil melepaskan pegangan dari yoona

"dia pu-"kata-kata yoona terhenti bila terdengar deringan dari telefonnya

"taeyeon telefon"kata yoona membuatkan jessica menunggunya untuk menyambut panggilan itu

tett

"hello,tae..kau di mana sekarang??"kata yoona tapi tiada siapa yang menjawab di panggilan itu

"tae???kau balik kan?jessica mahu pergi cari kau ni ..kau akan balik kan?kami tunggu kau balik ni"kata yoona lagi sambil memandang jessica

"yahh!!kenapa kau tidak bersuara ni..ka-"yoona

tett

sebelum yoona menghabiskan katanya panggilan tersebut telah diputuskan

"apa dia cakap?"tanya jessica dengan tegas

"di-"sekali lagi yoona terhenti bercakap apabila terdengar bunyi deringan dari telefonnya

"dia buat panggilan video"kata yoona

[COMPLETE] Purpose'Where stories live. Discover now