1986 part 5

331 16 0
                                    

Lagu Rise Above cover Black Flag dari band Ali bernama Punk Cock (kalau main barai macam gampang, kitorang panggil band pungkoq) sedang perform di gig punk di HouseNoizy.

Budak-budak punk sedang moshpit dan bertolakan.

Natasha ketakutan, terus dia memeluk Azlan tak lepas jaket kulitnya.

"Alan, dorang gaduh ke tu?"
"No, dorang moshpit."
"This is scary. My mor will angry me about this."
"I ada, jangan takut."

Lepas Ali perform, dia lepak belakang, berlenggeng seorang diri dengan tayang tattoo keris bersilang dan gagak merah di dada, mengeringkan diri dari peluh, kemudian dia suntik dirinya dengan dadah.

Bila Natasha nampak Ali suntik jarum, dia tutup mata dan menyorok belakang Azlan.

"Alan, I don't want to see him taking drugs. My daddy will kill me. Please?"

Azlan sedikit mengeluh.
"Alright, it's okay. I'll talk to him, kejap?"
Natasha buat muka, tapi biarkan sahaja Azlan bertemu Ali.

"Ali, apa ni?" Azlan cekak pinggang.
"Ala, rilek la Lan!"
"Kalau Pengetua tau ni, mampos kau."
"Lantak dia laaa! Dia bukannya kisah pun pasal aku. Kau ya laaa!"
"Ali, berhenti la main jarum ni. Kena AIDS nanti."
"Alah kau ni Lan, kau jangan risau la, ni jarum baru la!"
"Aku kisah dengan kau Li. Berubah la. Aku balik dulu."

Azlan meninggalkan Ali yang sedang khayal dengan heroin yang disuntiknya.

"Kirim salam awek lu tu, beb!" jerit Ali dari jauh.

--

Ali tahu, Natasha takut dengannya. Dia dah tak peduli siapa, kecuali Azham, Izham, dan keluarga Syafie I'zzat.

Misinya, untuk menjadi orang paling kanan dengan Azham, dan apabila Izham menyertai politik, dia dapat juga naik, sekurang-kurangnya pegang ahli majlis perbandaran.

Kerja Ali ialah mengutip 'cukai' perlindungan. Cukai ini digunakan untuk keadilan dan ketenteraman di Underworld.

Setiap hari, kerja Ali ialah ke pasar-pasar, kerjanya kutip cukai kawasan Gagak Merah.

Selain itu kerjanya ialah main band punk, cat banner banter pasukan lawan, bakar rumah orang, rompak rumah musuh, culik anak Datuk untuk ugutan politik, semua kerja Ali dah buat, dan dah ikut dan brother senior.

Hobinya minum beer, bergaduh, tengok wrestling, berjudi, bertumbuk, moshpit, pijak muka orang, belajar menembak, lumba motor, kaki scam jadi bomoh, semua dia dah pernah buat.

Ali mengaku, kadang-kadang dia rasa seperti dia berada dalam golongan terbuang. Terpisah dengan ayahnya sejak kecil, hidup mengemis dengan ibunya sejak kecil, kemudian berpisah dengan ibunya, hidupnya seperti dedaun kering di tepi jalan, ada atau tidak ada, orang tidak peduli.

Apabila orang seperti Azlan masih mahu berkawan dengannya, dia rasa gembira, namun dia rasa antara Azlan dan dia, ada satu jurang yang besar.

Dan dia rasa memang sukar untuk dia ikut cakap Pengetua, walaupun Pengetua yang menjaganya menerusi abang Azham.

--

Izham dan Azham adalah dua orang adik beradik. Izham yang tua, Azham yang muda. Izham lebih berfikiran korporat, banyak berurusan dengan golongan elit dan CEO multinasional, sementara Azham pula banyak berurusan dengan golongan buruh dan mereka yang bekerja di bawahnya.

Keduanya membantu Datuk Syafie, ayah mereka dalam perniagaan. Sejak Datuk Syafie menyertai politik mengikut jejak ayahnya, Datuk Izzat, pemimpin Parti Kongmegayu pada zaman pra-kudeta 1969, urusan perniagaan diuruskan oleh Izham.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now