1988 part 1

282 17 0
                                    

New Year's Eve 1988

Ali keluar dari pusat tahanan. Dengan jaket jeans, seluar jeans jenama Wrangler, dan singlet, Ali menjerit:

"Yahoo! Aku dah bebas!"

Perkara pertama Ali nak buat ialah berjumpa Azlan.

Dia tengok dalam walletnya cuma ada dua ringgit je. Dia berjalan kaki dari Sungai Banol ke Teluk Tenang yang jaraknya dalam 30 kilometer.

Brotherhood punya pasal, takde hal beb.

Lagipun kasut Aliph ni tahan lasak. Ali berjalan dengan tenang sambil sekali sekala belajar buat moonwalk sebab nak tiru gaya Michael Jackson.

Selepas empat jam setengah jalan kaki (ada berhenti dua kali), Ali tiba di depan rumah Tok Aki.

"Assalamualaikum, Azlan!"

Tok Aki keluar dari rumah.

"Waalaikumsalam, Azlan tak ada kat rumah. Anak ni, siapa ya?"

"Saya Ali. Kawan Azlan."

Tok Aki nampak Ali ada tattoo gambar gagak merah di lengannya.

"Oh," Ali terus sarung jaket.

"Azlan keluar dengan endut dia, kat pantai."

"Terima kasih, pakcik!"

Tok Aki kaget sebab ini first time dia jumpa Melayu bertattoo kat bumi Melaut ni. Melaut ni merupakan antara negeri paling konservatif dalam Gelanggayu.

Sampai saja di pantai, dia nampak Azlan dan Natasha sedang menikmati cinta. Rindu dah lama terpendam. Bil air pun tertunggak.

"Assalamualaikum, saya pegawai Jabatan Pencegah Maksiat Negeri Melaut!" Ali menyergah.

Terpelanting dua insan bercinta ni berlari tanpa baju akibat terkejut.

"Bodoh lah kau ni, Ali! Babi! Hahaha!" jerit Azlan dalam ketawa, tahu dirinya kena troll dengan kawan baiknya.

Azlan lekas-lekas sarung boxer, dan Natasha menyorok tepi batu besar untuk salin pakaian.

"First time aku tengok pencegah maksiat ada tattoo," kata Azlan.
"Selama ni dah biasa buat maksiat ke?" tanya Ali.

Natasha buat muka muncung, lepas tu dok kepit-kepit panties dengan hadang penglihatan Ali dari nampak benda yang tak elok ditengok.

"Bila kau sampai?" tanya Azlan pada Ali.
"Ni la aku baru sampai ni."
"Dari Sungai Banol ke sini, kau naik apa?"
"Jalan kaki la."

Kalau kau ada member sanggup jalan kaki 30 kilometer, sanggup bertarung nyawa ni, ni bukan member beb, ini brotherhood.

"Jom la, pergi rumah. Jap, bagi aku pakai baju jap."

Ali hanya geleng kepala saja tengok perangai Azlan dan Natasha ni.

"Tadi kan, aku pergi rumah kau, aku nampak ada orang tua. Tu atok kau ke?"

"Bukanlah. Tu Tok Aki. Dia dulu jaga arwah abah aku. Baik-baik, dia tu kawan baik Pengetua."

"Pengetua ni misteri orangnya. Baik bos lama aku dulu, baik menteri-menteri, semua macam rasa Pengetua ni misteri. Macam Freemason pulak aku tengok," kata Ali.

"Apa yang you tahu pasal Freemason?" tanya Natasha.

"Dia macam Illuminati. New world order. Macam ustaz aku dalam tahanan cakap."

"Jangan percaya sangat dengan conspiracy theorist ni, Ali. Hari tu kata nampak UFO, mana ada?" Natasha balas balik.

"Tapi aku percaya, imperialis masih wujud lagi. Kolonialisme masih lagi wujud."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now