1- 외관 ; Appearance

399 123 204
                                    

Crunch Cafe

Prang!!

Dulang yang berisi Biskut Chip Chocolate terjatuh ke atas lantai .

"Yah!? Kamu ni kenapa selalu cuai! Rugi la kalau macam ni! " kata seorang majikan Cafe tersebut .

"Maaf Puan Babie, tapi saya tak sengaja" yeoja tersebut berusaha untuk meraih sedikit simpati yang masih tersisa.

"Apa maaf!? Ini sudah kali yg ke 18 kamu cuai! Nak kene kali yang 19 pulak ke!? Sudahla biskut itu hangus! Kecut! Sudah, Kamu bersihkan sekarang Sebelum saya pecat kamu " Kata Puan Babie yang mukanya sudah merah membahang menahan marah.

"N-nae.." kata pekerja tersebut dengan rasa yang bersalah, iyalah mana taknya Puan Babie marah, biskut hangus, jatuh pulak tu! Padan la kena marah! Modal untuk menyiapkan satu dulang biskut itu mahal! Takut Cafe pula yang Bankcrup.

Song Jina POV

"N-nae.."jawabku dengan perasaan takut - takut, bukan salah aku, oven tu yang sudah rosak! Aku pulak disalahkan, nasib kau lah Jina! Memang dari kecik sampai ke besar nasib malang memang keliling pinggang!

Tanpa berlengah aku mula mengutip satu persatu biskut yang terjatuh tadi .

Tapi bila tengok biskut ni, teringat pula pada si dia.

Tanpa sedar setitik demi setitik air mata jernih mula keluar dari tubir mata bundar milik Jina . Dia pun tidak tahu kenapa dia terlalu emosi bila teringat pasal si dia .

+++

(Flashback )

"Yeobo! apa awak dah buat ni!! "
Mula lah aku nak geram bila tengok biskut Favourite aku dah licin dalam dulang.

Dengan muka membahang aku pergi naik keatas cari si dia .

"Y-yah!! Sakit la chagi! Urmm lepaslah aauw! Sa-sakit!"Aku dengan geramnya taring cuping telinga seketul ni .

"Yeobo! Kenapa awak makan biskut Chocolate Chip chagi! "

"Eeei yeobo lapar laa tadi, tapi yeobo nak buat suprise kat chagi! Cuba chagi pergi tengok dalam oven .." belum sempat si dia mahu habiskan kata - kata , laju saja aku meluru kedapur dengan senyuman yang tak lekang dari bibir .

Dengan rasa gembira bagai ada unicorn turun ke bumi, dengan kelajuan semaksimum mungkin aku bukak Oven dan ..

Aku ambil dulang dan terus wajah ku membahang kemerahan .

"JEON JUNGKOOK !! "

Jungkook POV

"JEON JUNGKOOK !! "

Baru nak push rank tiba - tiba singa laut menjerit dekat dapur .

Mampus kau Jungkook, kubur dah memanggil - manggil .

Dengan langkah berhati - hati, aku turun ke dapur .

"Pfft, HAHAHAHA! " meletus tawaku tengok muka Jina yang dah macam cili yang bulat tengah marah , eh cili bulat ke? Ah lantak .

"Yah! Kenapa biskut ni hangus! Awak buat apa hah!? "

"HAHAHAHA, bersyukurlah , sekurang kurangnya, boleh la jugak ditelan " sakatku untuk memarakkan lagi api kemarahan Jina, mukanya hmmp! dah merah membahang!

"Apa awak kata? Syukur? ..ini dia syukur!! "

Satu tembakan dari Jina tepat kena muka aku yang Handsome + macho + glowing .

"Ha! Rasakan! "

Tanpa berlengah aku terus dapat kan Jina yang cuba untuk membuat tembakan yang kedua, walaupun hanya biskut hangus yang jadi peluru, tetap sakit tau! Kang muka aku yang Handsome lagikan Cute ni sudah tidak suci!

Dengan pantas aku mendapatkan Jina, dan dengan peluang yang ada, aku terus memeluk erat tubuh genitnya .

Dan aku mula membisik di telinga Jina.

"Lagi sekali Chagi tembak, Yeobo tak teragak agak nak kiss awak tau. " bisiku dengan menggoda .

Ya, kelemahanya ialah bila aku start On perangai pervert aku. Huehuehue BF siapa la ni, sila kutip .

"Y-yah byuntae!!"

"Yang byuntae ni jugak awak nak suka kan .." balasku sambil mengusap leher Jina yang terdedah. Ouwh! Make me Turn On .

"Yeobo, kalau nak buat pun , jangan dekat sini ." Jawab Jina dengan malu malu, dapat aku rasakan suhu di muka Jina sudah membahang, and yes muka dia dah merah gila .

"Serius? Chagi on x on? "

Jina balas dengan anggukan dan tanpa berlengah terus saja aku mengangkatnya dengan gaya Bridal Style ke bilik .

Wow , tak dapat makan biskut, Jina dah cukup untuk buat aku kenyang, Auumm!

Lets get it baby!

End Flashback

+++

Dalam diam aku menangis sambil teringat akan kenangan manis bersama si dia .

Tanpa sedar tinggal satu sahaja lagi biskut yang tersisa.

Aku ambil dengan perasaan sebak di dada, mengingat kan memori indah bersama Jungkook, ya, sakit, lagi lagi bila orang tu sudah pergi dalam hidup kita buat selama lamanya .

"J-jungkook ..hiks-hiks..saranghae .."

Dengan dalam keadaan biskut terakhir masih lagi didalam genggaman, aku maratap dan tanpa sedar namanya selamat aku ucap di bibir dengan penuh harapan agar jejaka itu masih ada disisi.

Dan tidak semena mena itu, satu cahaya bersinar dan punca cahaya tu dari ...

Tangan aku.

Dan biskut itu sudah pun lesap dari genggaman.

Dengan tidak semena mena itu, satu suara yang bagiku agak familiar menyapa aku yang sudah terduduk kaku di atas lantai .

"Song Jina..."

+++

Please Vote and Comment ! Saranghe !

[√] Until We Meet Again | JungkookOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz