3- 바람둥이 ; Flirt

184 104 56
                                    

Perjalanan dari Cafe ke rumah hanya di isi dengan kesunyian yang berpanjangan.

Masing masing melayari perasaan mereka. Jina, fikirannya masih lagi runsing memikirkan kejadian yang telah berlaku tadi.

Jungkook yang kini duduk bersebelahan Jina hanya termenung keluar cermin kereta.

Jungkook merasa bahu sebelahnya seperti ada bebanan. Pabila ditoleh memandang ke bahu, segaris senyuman terbit di bibir miliknya .

Nampak gayanya Jina sudah pun dibuai mimpi.

"Jina, saya akan sentiasa ada di sisi awak, sebab awak yang pilih saya untuk mengisi hidup awak, terima kasih , sayang...tapi alangkah bagusnya jika masa dapat diputarkan kembali....."

Chup >

Pipi gebu milik Jina di kucup sekilas .

Tanpa sedar mereka sudah pun berada di depan kediaman milik Jina.

Terus jungkook membayar tambang dan meluru keluar dan Jina pula Jungkook angkat gaya Bridal style .

+++

Tubuh Jina di letakkan elok di atas sofa empuk .

Sudah 1 jam berlalu, tetapi Jungkook hanya mengisi masa terluangnya dengan menenung wajah mulus milik Jina, sungguh wajah itu sangat sempurna baginya.

+++

Bau yang menyelerakan menusuk hidung membuatkan Jina terjaga dari tidur.

Mahu di katakan sleeping beauty, boleh juga, hampir 5 jam Jina tidur, mungkin penat kerja sehari suntuk.

"Iyaah! Sakit nyer tidur kat sini, urmm, sakit badan aku....eh kejap, macam mana aku boleh ada dekat sini?? , eh , t-tak m-mungkin ..tadi tu betul terjadi! " terus Jina mengorak langkah laju ke dapur .

Sudah pasti si dia ada dekat dapur kan?

Song Jina POV

Mata tertumpu pada susuk tubuh seseorang dan semestinya ia Jungkook .

Kusyuk sangat dia masak sampai tak perasan aku dah ada dekat belakang dia, tapi tidak mungkin ini benar! Tapi jika ini hanya mimpi, aku mohon jangan kejutkan aku, aku...aku tidak sanggup hilangnya buat kali kedua.

Tapi, sekarang ini bukan masa untuk bersedih, hm, jom fun fun nak tak? Ehe, satu.. dua...tiga!

Bbaaa !!

"Mak kau hijau, bapak kau pink! "

"HAHAHA padan muka HAHAHA " terbahak bahak aku gelak, tak fikir dah yang ada manusia dekat depan aku ni, eh kejap, dia ni sure ke manusia??

+++

"Y-yah! Terkejut saya tahu? Kalau saya kena heart attack macam mana ? " Tanya Jungkook yang masih tangan nya mengusap -usap dadanya yang turun naik akibat terkejut tadi .

"Eh? Kookie macam awak ni boleh kena heart attack ke? "

"Apa awak fikir yang saya ni takde jantung ke?? Eyyy kang- "

"Kang apa?? Kang haneul ke?? "

"Siapa tu? Kang ha apetah tadi awak cakap.."

"Yaish! Nothing. "

"Atotototo, ala busyuk busyuk dia tu, meh sini, Oppa Kookie bagi free hug." Pujuk jungkook dengan tangan nya didepakan kearah seketul Jina.

"Siapa busyuk?? Saya wangi lah!! Yaish! Awak yang busuk! "

"Yes saya busuk and awak pun, so jom man-"

"Hah ..takde takde, awak jangan nak mengada, kita baru kenal tak sampai sehari nak ajak mandi sekali. "

"Alaaa, apa salahnya ?"

"Eh eh, No, awak pergi mandi dekat bilik awak, saya mandi dekat bilik saya,,"

Well rumah Jina ni sebenarnya, 2 tingkat, so takde la miskin sangat.

"Makanan ni macam mana pulak ?? Penat saya masak, awak tidur je tadi hmm " balas Jungkook dengan wajah yang di buat buat ingin menangis.

"Y-yah, awak ni, pabo la! Simpan lah makanan tu dekat meja makan, after mandi, kita makan la sama sama eung? " balas Jina dengan senyuman yang manis .

Bagi Jungkook, ni first time dia nampak Jina senyum, dari tadi asyik serius je muka tu pastu nak marah marah, taccod bethol .

+++

"Aaah ~ leganya,, " ucap Jina dalam bilik mandinya .

"Fuh, hangatnya air dalam bath tub ni, habis hilang rasa strees, lenguh lenguh " ucap Jina sambil badannya di rendam dalam air .

"Tapi aku still tak boleh brain la macam mana biskut, boleh jadi Jungkook?? Kalau aku citer ni dekat sepupu aku, mesti dia cakap aku gila or sakit mental ..ish, tak patut tak patut."

"Eh japp....baru ingat somethi-..Omo ! " terus Jina bangun dari berendam dan berkemban guna towel.

+++

"Aduh, aku terlupa pula nak cakap dekat Jungkook yang aku tak simpan baju lelaki dalam rumah ni ..."

Bagusnya lah tak spare awal awal baju untuk tetamu, apa lah nasib Jungkook. Inilah contoh isteri mithali, tak simpan baju lelaki kan?? Eh -

Krek..

Jina menolak pintu bilik Jungkook dengan perlahan.

Yang peliknya, hampir segenap ruang bilik ini gelap dan tiada bunyi seperti orang mandi dalam bilik air .

"Jina..."

Satu suara tiba tiba kedenganran di cuping telinga.

Dan tak lupa juga, tangan Jungkook mengusap usap lengan milik Jina yang terdedah.

"J-jungkook ..saya n-nak cakapp n-ni .." ucap Jina yang dah tegagap gagap disitu, dah gugup sangat ni, gemuruh.

"Cakap apa?"

"B-baju, ha yes baju awak, s-saya takde simpan baju spare untuk awak pakai. A-wak p-pakai baju saya dulu boleh? " tanya Jina yang dah memerah mukanya bila Jungkook kini sudah berdiri di depan Jina.

Dan

Dia

Tak pakai baju, just lilit towel dekat pinggang ...and terserlah abs jungkook yang bagiku sangat menggoda .

"Eh boleh je, kalau tak pakai baju pun bole-"

Terus Jina campakkan baju tidur pajamas BT21 Cooky pada muka Jungkook .

"Y-yah!! Dasar biskut byuntae!! "Terus saja Jina berlari masuk kedalam biliknya.

Tak jauh pun bilik jungkook and Jina , sebelah sebelah je.

"Aahh~ gwiyeopta. "

+++

Vote & comment ! Please !
Saranghae ♡

[√] Until We Meet Again | JungkookWhere stories live. Discover now