6- 불다 ; Confess

134 86 21
                                    

"Apa hak kau untuk suruh kitorang berambus dari rumah ni? " kata omma tiri Jina.

Jina ialah anak kandung bekas suaminya, tetapi masih mahu menafikannya, bagai menegakkan benang yang basah.

"Woi pompuan murah, kau ingat kitorang akan bagi syarikat Song dekat kau senang senang je ke? Blah la kau" potong adik tiri Jina pula.

"Aku datang sini cara elok, tapi ni ke cara korang layan aku, mak tiri tak mak tiri, hak aku, aku tuntut! "

"Ya betul apa yang Jina cakap tu, haknya mesti dituntut , sebab dah tertulis di surat wasiat yang Jina akan dapat 60% dari harta peninggalan tuan Song "

"Dan kamu berdua, merangkap bekas isteri dan anak tiri kepada mendiang En. Song, kamu hanya mendapat 40% dari harta itu"

"Jadi, jika dibahagikan pada dua, setiap sorang hanya akan dapat 20% "

Panjang lebar peguam jelaskan pada mereka.

Dengan rasa yang tidak percaya, terngaga adik dan mak tiri Jina.

"Ha!?" serentak anak beranak itu menjerit .

"Terima jer la hakikat, yang korang tu miskin, tapi ni baru sikit, korang masib boleh hidup ..tapi lepas ni, korang akan aku pastikan mereput dalam jail. " ugut jina, dan muka diperketatkan.

Tidak lupa juga, Jungkook yang dari tadi hanya berdiam diri di sebelah Jina.

Jungkook sedikit terkejut dengan perubahan statik dari personalitinya .

Yang dulu seperti bidadari syurga, kini berubah seperti pembunuh bersiri yang sudah hilang separuh kewarasannya.

Parcakapan Jina sungguh tidak di tertapis, tetapi itu tidak membuatkan Jungkook takut untuk terus setia bersama Jina tidak kira apa pun.

Sedang mereka rancak berbincang bincang,

Ada sepasang mata yang memerhati dari jauh dengan hati yang bagai di remuk remuk sehingga terkoyak.

"Not lucky this time but, i make sure you will be mine babe, just wait and see..."

+++

Angin sepoi sepoi bahasa menerpa wajah mulus milik Jina, Kini dia berada pantai bersama Jungkook.

Dengan hasrat, ingin menagih sedikit ketenangan dari kekusutan dunia.

Hanya bunyi hempasan ombak yang menemani mereka di pantai yang agak sunyi .

"Kook, saya nak mintak maaf " kata Jina sesusai sahaja matanya melihat ke langit yang sudah kemerah merahan, menunjukkan waktu senja .

"Apa maksud awak, ' mintak maaf ' ? A-awak tak ada buat apa apa pun la sayang " jawab jungkook pula kerana nada suara Jina kian berubah menjadi agak suram.

Pertanyaan Jungkook di gantung seketika.

Melihat Jina yang seperti tidak ingin menjawab pertanyaan tadi, tanpa ragu atau segan silu, terus saja Jungkook menarik jina masuk kedalam pelukan hangat miliknya .

"Sssh, walaupun saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan, tapi ingatlah, walau apa pun yang terjadi, cinta saya pada awak akan tetap utuh sampai bila bila. "

Chup♡

Dahi Jina di kucup lama olehnya, mencurahkan segala persaannya yang terbuku di hati terhadap jina melalui kucupan lembut itu.

Jina dari tadi hanya kekal diam membisu dan tidak pula dia menolak pelukan istimewa jungkook .

Petang senja itu, dihiasi dengan maksud yang tersirat dan diiringi dengan suasana hangat yang bagi mereka yang teramatlah tenang .

Matahari pula memainkan peranan, menutup tirainya pabila senja menjelama .

Hangat .

Itu yang dirasakan oleh pasangan itu, terasa mahu saja memberhentikan masa, untuk menikmati rasa bahagia yang tidak tahu bila lagi mahu singgah di dalam hidup .

Jika di beri kesempatan untuk meminta, permintaan jina hanyalah satu.

Untuk hidup tanpa adanya pahit dan tawar dalam kehidupannya.

Dagu milik jina di tarik, hingga menampakkan muka jina yang kelihatan sembam dek kerana menangis .

"Saya cintakan awak jina"

"Saranghae"

Chup♡

Akhirnya bibir mereka bertemu.

+++

Vote and comment !
Saranghae !

Petang senja yang redup dihiasi dengan adegan suwit but ada isi tersirat disimpan di dalam percakapan milik jina . (っ ͡◉ ͜ʖ ͡◉)っ

Nak tau apa ? Nantikan !

[√] Until We Meet Again | JungkookWhere stories live. Discover now