3

920 76 25
                                    

KAORU yang berjalan terjengket-jengket di bahagian utara dalam mansion milik King berasa pening kerana dia berasa dia sudah sesat dalam rumah itu. Bagaimana dia mahi lari dari semua ini jika dia masih belum dapat jumpa jalan untuk turun? Sampailah dia berdiri di hadapan sebuah pintu bilik yang ukiran begitu menarik perhatiannya.

"Are you lost, babygirl?"

Dengarkan suara itu jantung Kaoru bagai mahu berdetak laju di luar kawalan dan ia bagai mahu meletop. Kaoru dapat merasakan lelaki itu benar-benar berada di belakangnya kerana dia dapat dengar hembusan setiap nafas milik lelaki itu. Oh, tidak!

"Run away?" Kali ini Kaoru tak perlu beritahu apa perasaannya apabila kepala milik lelaki dingin semalam sudah berada di bahu kanannya. Kedua-dua tangan milik lelaki itu melekap pada pintu dan ia terus memerangkap Kaoru dari melarikan diri.

Kaoru cuba menolak wajah King yang benar-benar dekat dengan wajahnya dan cuba mengecilkan diri dari terperangkap antara King dengan pintu. "Aw... awak..."

King smirk.

"Don't you ever enter this room or you want to be mine, babygirl." Gulp! Adakah ia satu ugutan yang menjerat lehernya? Kerana sekarang dia benar-benar berasa terjerat saat bibir King sudah mencium rambutnya yang baru kering.

Kaoru pejam mata. King yang melihatnya hanya tersengih sekejap. Dia terus melepaskan gadis itu dari terus terperangkap. "Follow me." Hanya dengan satu arahan Kaoru terus membuntuti langkah lelaki itu.

Apabila melihat langkah lelaki itu sungguh besar sehingga meninggalkan dia di belakang Kaoru berlari anak dan akhirnya hidung dia mencium belakang tubuh King. "Auch!"

"Yang kau berlari kenapa?" soal King dengan penuh dingin dan mendatar.

"Yang awak brek tiba-tiba kenapa? Ni mesti bawa kereta macam orang gila kat atas highway," rungut Kaoru sambil menggosok hidungnya. King yang malas mahu melayan gadis itu meneruskan langkahnya yang terhenti seketika.

Mereka menuruni tangga sehinggalah King membawa Kaoru masuk ke ruang makan. Kaoru yang berdiri di belakang King cuba mengintai dengan menyengetkan kepalanya sedikit. Kelihatan tiga lelaki semalam sedang menjamah sarapan.

"Come and join us, Rell. Eh? Kepala langsuir mana tu kat belakang kau?" tegur Shawn apabila sedar kehadiran King. Dan, suara Shawn menarik perhatian Ken dan Gabriel. King beriak tenang lalu duduk di tempatnya. Manakala, Kaoru masih terkebil-kebil berdiri disitu sambil diperhatikan tiga orang lelaki tanpa berkelip.

King yang sedang mengunyah potongan penkek menghela nafasnya dengan perlahan, "Stop staring at her, guys." Tiga jejaka kacak tadi sengih tak bersalah lalu fokus mereka kembali kepada makanan.

"And you... tak lapar ke?" Sebaik sahaja mendengar pertanyaan King terus perut milik Kaoru berbunyi dan ia terus menyepikan suasana disitu. Shawn cuba menahan ketawa manakala Gabriel tersengih. Ken pula mukanya sudah merah kerana tidak dapat menahan tawanya. Hanya King sahaja masih beriak tenang dan dingin.

"Aku rasa kau patut join kitaorang. Well, perut kau pun menjerit kuat tu." Shawn berkata sambil menarik kerusi di sebelahnya sambil menjemput Kaoru untuk menjamah sarapan sekali.

Kaoru duduk dengan senyuman nipis. Dia tidak dapat tahan dari menahan lapar sejak semalam dan makanan yang terhidang di hadapan matanya begitu menyelerakan. Tapi... tak apa ke dia makan makanan orang lain? Kaoru kembali menundukkan kepalanya.

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now