8

1K 57 10
                                    

⚠️ WARNING ⚠️
Bahagian ini mengandungi bahasa kasar. Harsh words.



GABRIEL memerhati setiap pergerakan Kaoru yang mulut tidak berhenti membebel sambil tangan sibuk menyiram pokok bunga di laman. Sejak Kaoru hadir ke mansion King laman yang lapang dan kosong telah berubah menjadi kebun bunga yang kecil.

            “Kau pandang apa?” soal Shawn yang baru berdiri di sebelah Gabriel.

            “Cuba kau tengok minah tu.”

            Shawn memandang ke arah Kaoru yang ditunjukkan oleh rakannya. Mukanya berkerut. “Kenapa dengan dia?”

            “Aku syak dia gila.”

            “Tak lawak, Gab. Kau yang gila tiba-tiba cakap macam tu.”

            Gabriel mendengus, “Kau tak nampak ke dia membebel dari tadi? Tak habis membebel. Aku pun tak faham. Mental ke apa minah tu?”

            Kepala Shawn kembali terarah ke Kaoru. “Something is weird. But... aku ada idea.” Senyuman nakal tersungging pada bibir Shawn. Gabriel membalas pandangan rakannya lalu turut tersengih lebar.

            “Jom.”

            Kaoru duduk di atas rumput. Sejak kebelakangan ini anginnya langsung tidak baik tanpa sebab. Jadi hari ini dia mahu ceriakan dirinya dengan meluangkan masa di kebun bunga miliknya.

            Krak!

            Bunyi kaki orang terpinjak ranting membuat dirinya mahu berpusing ke belakang. Zzzap!

            Jantungnya bagai mahu terhenti apabila pandangannya menyapa dua entiti yang menyeramkan ditambah lagi dengan jeritan dari entiti tersebut.

            “Arghhhhhhhhh!”

            Pengsan.

            “Kaoru! Weh! Gabbbb!”

            Ken di dapur kelam kabut berlari ke arah jeritan Kaoru. Arell baru menuruni anak tangga pelik melihat Ken berlari lalu dia mengekori sahaja.

            Shawn dan Gabriel panik melihat Kaoru pengsan gara-gara kejutan mereka. “Macam mana ni?”

            “Shawn! Gab!” jerit Ken lalu melihat satu tubuh yang dikenali terbaring kaku di hadapan dua rakannya itu.

            “What's wrong with Kaoru?” Tubuh Kaoru didekati lalu Ken memandang ke arah Shawn dan Gabriel. Alangkah terkejutnya dia melihat topeng yang dipakai oleh kedua-dua rakannya itu.

            “Laknat! Korang memang sial! Patut dia pengsan!”

            “Apa jadi ni?” Suara Arell bergema di setiap ruang pendengaran semua orang disitu. Gulp!

            “Kitaorang main-main je dengan Kaoru tapi dia pula pengsan. Hahahha kelakar kan?” ujar Gabriel. Arell jatuhkan pandangannya ke arah gadis berbangsa Jepun itu sambil dipangku oleh Ken.

            Ken menepuk pipi Kaoru perlahan, “Bangun. Kaoru! Kaoru!”

            “Kau fikir kelakar ke main macam tu dengan dia? Pakai topeng segala jadah haram tu. Pergi buang sekarang!” arah Arell dengan tegas.

            “Nak main je pun. Kecoh ah!” Shawn mengomel.

            Arell memandang Shawn lalu menjegil matanya. “Apa kau cakap?”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now