4

844 78 10
                                    

KELOPAK matanya dibuka dengan perlahan dan apa yang dia dapat rasakan dia berada dalam sebuah kereta. Kepala diangkat lalu berpaling ke arah pemandu yang duduk di sebelahnya. Seorang lelaki yang mempunyai aura dingin. Wait...

"Awak nak bawa saya ke mana?" soal Kaoru apabila dia pasti dia tidak salah orang. Lelaki yang angkatnya di tepi jalan ialah Arell Hayden.

Arell hanya senyap tanpa sebarang reaksi. Fokusnya hanya memandu kereta sport miliknya membelah angin malam. Kaoru tidak betah duduk berdiam lalu dia buka mulut sekali lagi, "Kenapa awak angkat saya? Kenapa tak biarkan je saya kat situ. Kenapa awak..."

"Kaoru Hanashi."

Arell menjeling gadis itu sekilas lalu, "Shut up." Serta merta Kaoru menutup mulutnya dan segala soalan yang singgah di mindanya mula hilang satu persatu.

Kaoru hanya memandang suasana malam di luar kemudian dahinya mula berlapis-lapis. Ini bukan jalan ke mansion lelaki itu. Lampu jalan sudah mula kelihatan dan mereka seolah sudah jauh dari mansion Arell.

"Awak."

Arell memberhentikan kereta saat satu bangunan tinggi terhidang di hadapan mata. Manakala, deretan bangunan kedai di sebelah kanan tidak dihiraukan. Tali pinggang dibuka lalu matanya merenung Kaoru yang terkebil-kebil memerhati setiap tingkahnya.

"Kau jangan keluar dari sini selagi aku tak balik. Ingat tu." Kaoru menganggukkan kepalanya dengan laju. Arell keluar dari perut kereta dan dia terus hilang ke dalam bangunan yang berwarna coklat dengan kemeriahan lampu.

Kaoru meneliti satu papan tanda di bangunan tersebut. Laisere's Hotel. Mengapa Arell masuk ke dalam hotel itu? Pelik.

Mata Kaoru tidak lepas memandang sekeliling dan akhir sekali matanya terpaku ke suatu arah. Sebuah trak makanan ringan yang dikunjungi dengan orang ramai. Perutnya pun sudah berpesta meminta diisi. Tidak salah kan kalau dia keluar sebentar untuk melihat beberapa trak makanan yang tersusun di hadapan deretan kedai itu?

***

BANG!

Laio merengus kasar lalu segelas arak yang dipegangnya dihentak kasar ke atas meja. "Kau nak apa datang sini, King?"

King tersenyum sinis melihat sekujur tubuh iaitu salah seorang anak buah Laio sudah terkulai layu di hadapannya. Kemudian, Laio dipandang dengan tajam, "Aku nak bincang sesuatu dengan kau."

"Tapi perlu ke kau nak ganggu orang aku?"

"Saja."

Laio menuang arak ke dalam satu gelas lalu dihulur kepada King nun hulurannya tak disambut. "Cakap, apa yang kau mahu bincangkan." Laio meneguk arak sambil memandang King di hadapannya. Nasib King itu rakan baiknya dalam perniagaan, kalau tidak sudah lama dia bunuh.

"Aku bukan nak bincang tentang business luar kita. Tapi, business dalam." Laio menganggukkan kepalanya perlahan. Dia faham akan maksud kata-kata King. Business dalam itu bermaksud kerja haram yang mereka lakukan.

"What is it?"

"Identity card."

"Untuk siapa?"

King senyum sinis, "Kaoru Hanashi." Kening Laio bertaut apabila nama tersebut langsung dia tidak pernah dengar selama ini. Siapa Kaoru Hanashi?

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now