6

972 67 4
                                    

AMOGH Carbine dihala ke arah sasaran lalu satu das tembakan dilepaskan dengan kadar laju. Tidak sempat sasaran mahu mengelak, peluru menusuk ke pahanya.

Bang! Bang! Bang!

Satu pertempuran berlaku antara dua kumpulan terbesar di Itali. Shawn yang mendapat info dari Ken bahawa ada beberapa orang musuh cuba menyelinap dan menyerang dari pintu belakang terus menyasarkan M14 miliknya ke arah beberapa musuh di bawah sana. Dia sebagai Eagle atau lebih tepat headhunter hanya tersenyum sinis bila darah kusuh mula terpercik.

Bang! Entah dari arah mana satu tembakan dilepaskan ke arah Shawn menyebabkan lengan lelaki itu ada calar lalu satu cecair merah mula mengalir. Mulutnya mencarut melepaskan kemarahan dan pantas mencari arah tembakan itu.

"Gab. Belakang kau!" jerit Ken apabila ternampak satu kelibat musuh mereka cuba menyerang Gabriel yang sedang berlawan dengan musuh lain. Pantas Gabriel melompat lalu berpusing dan mengangkat kaki kanannya untuk menyepak tengkuk musuh dari belakang. Tiba-tiba Gabriel berlari ke arah Ken dengan laju dan tangannya cuba menahan atas bahu Ken dan satu sepakan khas diberi kepada salah satu musuh yang bangkit dari pembaringan dan cuba menumbuk Ken.

"Be careful, Ken."

Ken mengangguk faham. Kelihatan musuh-musuh mereka mula tumpas dan kedengaran bunyi penumbuk dan sepakan dilepaskan membuatkan Gabriel dan Ken memandang ke arah King yang masih bergelut. Baru saja Gabriel ingin membantu namun tangan Ken cuba menghalang.

"Let him be. You know how strong he are." Satu senyuman sinis terlorek indah pada bibir Ken membuatkan Gabriel mencebikkan bibirnya.

Bang!

"Shawn!" Gabriel berlari pantas untuk menyambut rakannya yang ditembak lalu jatuh tergolek dari bumbung. Tanpa membuang masa Ken pula mengambil senapangnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah musuh yang menyerang rakannya itu.

Gabriel memangku kepala Shawn kerana tubuh itu terhentak ke atas tanah ketika jatuh. "Kau okey tak?" Shawn hanya tersengih memandang Gabriel yang risau dengan keadaannya.

"Oi! Aku tanya okey ke tak? Yang kau sengih macam tu apahal? Aku siku juga dia ni nanti." Gabriel terus menekan luka di bahu Shawn yang mengalir darah membuak. "Kau luka teruk ni."

Ken menerpa ke arah Gabriek dan Shawn, "Shawn okey tak?"

"Hmm luka teruk ni. Dia pula macam kau tak kenal je, asal kena tembak sengih macam orang gila." Gabriel menampar pipi Shawn kerana geram. Dasar mamat gila!

"Tell your fucking headmaster if he want to destroy Red Rose, he should fight with me not send all the bastards to my place. Or maybe, you only can tell when you die."

Bang! Sekujur tubuh terbaring apabila sebutir peluru menembus pada badannya. Anak-anak buah King yang lain hanya tersenyum sinis dan ada yang sedang cuba bangun dibantu dengan yang lain.

"King," panggil Ken.

King memandang tanpa beriak, "Get some rest and call our doctor if you need." Seusai berkata sedemikian kepada anak-anak buah Red Rose, King berlalu pergi diikuti dengan Ken, Shawn dan Gabriel.

***

SHAWN dipapah oleh Gabriel memasuki mansion milik King of Red Rose. Baru sahaja setapak mereka melangkah masuk pintu utama mereka disergah oleh Kaoru.

DEADLY ROMANCEWhere stories live. Discover now