KT12

19 2 0
                                    


You'll never be brave if you don't get hurt. You'll never learn if you don't make mistakes. You'll never be successful if you don't encounter failure.




🌸







Syaf berusaha untuk membuka pintu store sekolah dari luar. Hari ini dia bertugas untuk memantau pelajar yang membersihkan store sekolah. Lepas sahaja dibersihkan, tugasnya untuk memeriksa Store tersebut.

Tadi dia sendiri yang menutup pintu itu kerana hendak ke bilik air. Sayangnya, Dia terlupa untuk memeriksa tombol pintu itu. Jadinya pintu itu terkunci dari dalam. Dan menjadi masalahnya saat ini kunci  store ,buku laporan dan botol airnya tertinggal didalam.

Dia menilik jam dipergelangan tangannya,lagi beberapa minit waktu rehat akan habis. Kalau dia pergi untuk melapor hal ini, pasti dimeritnya akan dipotong.Tentunya bukan sedikit yang akan dipotong kerana kecuaiannya. Mengumpul merit bukannya senang. kena bertungkus lumus. Apalagi untuk pengawas sepertinya. Nilai merit sangatlah penting.

Tapi untuk sekarang ini dia juga buntu harus meminta bantuan siapa. Dia juga sudah mencuba untuk mencucuk tombol pintu itu tapi tetap tidak berhasil.

Bunyi loceng didengar dan keluhan dilepaskan sebelum dia terduduk memeluk lutut dihadapan pintu Store itu.

Malang nasibnya hari ini. Rasa ingin menangis pun ada.

"kenapa tidur depan store? ." mendengar teguran itu, pantas kepalanya didongakkan melihat Lelaki yang tegak berdiri dihadapannya. Dia tidak perasan pula bila lelaki itu berdiri disitu. Terus dia turut berdiri tegak.

Bila masa pulak dia tidur.

"erk" Dia masih ragu-ragu sama ada hendak memberitahunya ataupun tidak. Kalau diberitahu pastinya meritnya ditolak secara orang yang dihadapannya ini adalah ketua pengawas. Kalau dia tidak memberitahunya bagaimana pula masalahnya akan selesai.

"tak dengar bunyi loceng ke?" Lelaki itu bertanya lagi untuk kali kedua. Selepas melihat Syaf menggaru dahinya. Entah betul gatal atau pun tidak.

"erk pintu store ni terkunci barang saya dengan kunci store tertinggal dekat dalam. Jadi pintu tak boleh bukak." Dia menggigit bibir bawahnya. Bersedia menadah telinga untuk mendengar perkataan orang dihadapannya.

"macam mana pintu boleh terkunci pulak?" wajah tanpa riak lelaki itu menatapnya.

"saya pergi bilik air tadi tak perasan pula tombol pintu ni tertekan."wajah bersalah dia tayangkan. Dia bukannya sengaja.

"lain kali jangan cuai. Ini bukan kali pertama tau. Jangan suka menyusahkan orang lain. " selamba saja lelaki itu berkata tidak sedarkah Syaf sedang makan hati dengan perkataannya.

Syaf hanya berdiam diri. Dia kelu lidah. Terasa hati dengan Fairuz. Dia hanya memandang Fairuz yang melangkah untuk membuka pintu store itu. Memang Fairuz lah  yang memegang kunci spare.

Dia tahu dia cuai tapi dia bukannya sengaja. Sudahlah merit ditolak, kena marah pulaktu. Dapat paket lengkap.

Selepas sahaja Fairuz membuka pintu, terus lelaki itu berlalu pergi. Syaf hanya memandang sepi pemergiannya. Dia menghembuskan nafas perlahan.

"Fairuz memang macamtu. Jangan ambil hati ya. Dia tu sebenarnya baik. " Teguran disamping Syaf membuatnya menoleh ketepi pula. Aizat dilihat selamba berdiri dengan memasukkan kedua tangannya ke kocek seluarnya.

Aizat memang berkawan rapat dengan Fairuz sejak tingkatan satu lagi. jadi tidak hairan kalau mereka sudah mengenal hati budi masing-masing. Cumanya sifat mereka agak kontra. Aizat yang sentiasa Happy go lucky tapi sentiasa terlihat cool dan santai.  Dia hanya serius bila menjalankan tugas

kerana T A K D I R [OG]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt