23

5.4K 253 10
                                    

30minit masa sudah berlalu... tetapi bayangan Izaty pun masih lagi tidak kelihatan.

Peluh-peluh kecil mula membasahi kulit lelaki yang berona putih itu. Sambil-sambil dia menunggu gadis itu kembali, dia curi-curi baca salah satu novel itu. sudah 30 muka surat dibaca. Wajahnya juga kelihatan serius kerana cuba untuk memahami isi novel tersebut. Kadang-kadang dia ketawa seorang diri di bahagian yang kelakar. Sampaikan masa berlalu sudah lama dia langsung tidak sedar.

Lagi empat buah novel diletakkan di tepinya. Dia dari tadi langsung tidak berganjak dari kerusi panjang itu. Dia terus baca dan baca dan baca tanpa hiraukan keadaan keselilingnya. Dia mula dapat menjiwai watak novel tersebut.

"Best jugak baca novel cinta cintun melayu ni. Takdelah sampah sangat macam dalam TV tu."  Perlinya sendiri sambil membaca novel melayu ditangannya itu.

'Uish, mana dia ni. Entah-entah dia dah blah? Tapi, takkanlah, novel dia ada dengan aku, takkan dia nak biarkan je? Ada lima buku kot? Mau beratus buku-buku ni.' Katanya dalam hati.

Dia tetap besabar menunggu gadis itu kerana dia percayakan si gadis bertudung merah itu akan datang kembali tidak lama lagi. Lagi pula dia memang tengah bosan jadi tak ada salahnya dia bazirkan masa untuk membaca novel melayu ini.

"Hoi Encik Stokin Mickey Mouse, nah saya dah belikan untuk awak! Mesti awak suka punyalah." Terjah Izaty sambil menunjukkan beg plastik berwarna hitam ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Penat tau saya beli, dapat juga yang murah-murah." Usik Izaty kepada lelaki itu sambil tersenyum-senyum.

Lelaki itu menyeringai. Dia menjeling sesaat ke arah Izaty.

"Cis, ingatkan pergi lama-lama beli kasut yang mahal-mahal. Rupa-rupanya pergi beli yang murah punya. Puih!"

"Ehh... banyak bunyi pulak, saya tolong beli ni pun cukup baguslah tu. Nah pakai." Izaty mengeluarkan kasut itu daripada beg plastik lalu, ditunjukkan kepada lelaki itu.

"Tadaa... cantik tak?" Kata Izaty dengan wajah sangat gembira.

Kasut Itu digoyang-goyangkan di hadapan mata lelaki itu.

"Hah? pink?!" Lelaki itu separuh menjerit.

"Awak ingat saya apa?" Sambung lelaki itu dengan rasa mula nak marah kembali.

"Alah, warna pink aje pun. Lelaki zaman sekarang pun ramai yang pakai warna pinklah. Encik kan dua alam. Takkan tak suka warna pink?" Kata Izaty dalam menyindir.

"Amboi, amboi. Perli nampak?" Lelaki itu membutangkan matanya ke arah Izaty.

"Ish, cepatlah pakai." Izaty mula rasa masanya sudah membazir terlalu lama petang ini.

Lelaki itu merampas selipar berwarna pink itu daripada tangan perempuan di hadapannya, lalu dia menyarungkan ke kakinya dengan muka tidak berpuas hati.

"Haa... kan cantik. Sesuai dengan jari kaki encik. Comel sangat! Saya beli di kedai RM2 je tadi. Hahaha..."

"Ceh..." Lelaki itu mengerutkan wajah sebaik sahaja tahu harga sebenar selipar itu. Rasanya pula memang langsung tidak selesa apabila disarungkan ke kakinya.

"Sekarang saya boleh pergikan?"

"Belum."

"Lah... kenapa? Kan, saya dah belikan kasut?" 

"Eh, tu bukan kasut okay tu selipar!" Kata Lelaki itu sambil memeluk tubuhnya.

"Ah! Kisah pulak saya? Sama je kan." Izaty menengking kembali.

"Tak!"

"Sama!"

"Tak!"

"Argh! Fine!" Izaty mengalah memang betul itu selipar bukan kasut.

Lelaki itu tersenyum puas setelah menang lawan mulut. Senang sangat nak gula-gulakan gadis bertudung merah di hadapannya ini.

"Belanja saya makan pulak." Kata lelaki itu. Lelaki itu sudah tersenyum kecil sambil menggigit bawah bibirnya.

"Eh! Apa ni? Encik ni macam-macamlah. Habis pokailah saya macam ni."

"Tak kira. Kan dah janji?" Kata lelaki itu sambil menunujukkan jari kelinkingnya.

Izaty mengembuskan nafasnya sambil menjelingkan bola matanya ke atas.

"Eghh!!! Okay!"

"Yeah, naik kereta sayalah macam tu." Kata lelaki itu sambil sudah mengeluarkan kunci keretanya.

"Eh, tak payah! Jangan ingat saya ni bendul sangat nak ikut cakap awak je semua. Kang awak buat benda tak elok kat saya tak pasal." Kata Izaty sudah mengetap giginya.

"Haish, macamlah kita ni kemaruk sangat dengan dia tu. Kita kemaruk dengan abang-abang gym jelah. Hehe!" Kata lelaki itu dengan senyuman nakal.

"Eww, gelilah! Dah jangan nak merapu! Kita pergi dekat-dekat sini je. Ugh!" Kata Izaty sambil mulakan langkahnya dengan kaki dihentak kuat ke tanah.

Lelaki yang ketinggalan di belakang Izaty itu memerhatikan sahaja gerak-geri gadis itu kerana menahan rasa marah terhadapnya. Lelaki itu tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Maka lelaki itu dengan senang hatinya, dia mengikuti sahaja gadis yang dia tidak kenali dari belakang dengan langkah yang ceria dan gembira.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now