Eh Siapa tu .

52 4 0
                                    

Hai .

Memandangkan ini adalah minggu akhir aku intern di sebuah syarikat . Jadi aku perlu menghasilkan satu report kepada panel (pensyarah) .  Dan kebetulan kawan baik aku dapat panel yang sama , kita orang banyak vc guna whatsapp , kadang aku teman dia , dia teman aku nak buat report .

One day ni , dia vc pukul 10 lebih tak silap . Aku macam biasa angkatlah vc tu . Masa itu dia tengah lipat baju , aku tengah baring pandang dia , kitaorang berborak . Tiba-tiba aku perasan ada kepala orang termasuk dlm vc tu camera dari dia . Banyak kali , masa tu aku tengah carut kat dia , punyala terkejut mak dia muncul . Aku pun jadi sopan cakap " assalammualaikum makcik " . " Makcik assalammualaikum " .

Selang beberapa saat kawan aku bersuara " wey tersekat la Tak dengar kau cakap " . Aku pun cam " ohhhh , tadi aku cakap , assalammualaikum makcik ". Dia tersentak , pandang aku dan berdiri sambil pegang telefon . Aku  cakaplah " kenapa mak kau masuk bilik , aku ingat adik lelaki kauu " . Dia cakap " Safiyyah , aku sorang dalam bilik " . Ohhhh damnnnnn .

Serious aku ingatkan mak dia jenguk aku . Yelah, positif gak sebab aku selalu lepak rumah dia , tak ada benda pelik pun kalau mak dia muncul kan? . Rupanya ! Dia seorang sahaja kat bilik . Hmm Tak pepasal aku kena teman dia gosok baju dan tidur . Hm manalah aku tahu tu bukan manusia .

Hehehhehehe

Hijab SafiyyahWhere stories live. Discover now