AsramaPSAS (1)

14 4 0
                                    

Hai , aku kredit kan poli sendiri wiwkiwkwik .

Tak silap aku pada tahun 2017 , aku melanjutkan pelajaran di politeknik dan menempatkan aku ke asrama bagi pelajar sem 1 . Sem seterusnya aku duduk rumah sewa  ( lain hari okay?) .

Bilik aku di aras 1 tak ingat bilik ni berapa . Memandangkan aku register lambat jadi blok aku ni adalah yang paling belakang sekali dan kurang penghuni , paling tinggi pun kami ni hahh sampai aras 1 sahaja ( kemasukan pelajar senior lambat ) ,  jiran-jiran aku ni semua member aku yang sekarang . 

Okay , bila dah masuk bilik ini , aku ingatkan adalah roomate , hampehh , banyak-banyak orang aku juga yang takda roomate . Satu bilik boleh share diaorang . Tandas biasa kat luar lah . Memandangkan member aku ni hahh bilik sebelah suka balik , ada yang setiap minggu , tengok lah diorang nak balik bila . Aku ini orang yang merantau jadi balik pun bila ada cuti seminggu .

  Ada satu minggu itu tak ingat bila , ramai yang balik , kiranya bilik sebaris aku memang tiada orang , aku sorang yang tinggal tapi bilik bertentangan masih ada orang ( kak fasi) . Sebelum kejadian yang tak diduga ini , piqa ini ada buat lawak . Piqa cakap " hati-hati duduk sensorang , nanti ada orang kejutkan kau subuh" . Yeah bilik sebelah selalu kejutkan aku . Masa chat itu aku gelak je . Masa ini aku tak bagitahu hijab aku terbuka.

  Malam itu takda apa berlaku  macam biasa set alarm kul 6.45 am dan aku tidur . 'tok tok tok tok , tira bangun subuh ' pintu bilik aku kena ketuk , aku jenis yang mamai , malas nak buka pintu mesti si piqa ni kejut aku subuh . Aku duduk tengok bayang-bayang piqa bawa pintu , tengok jam eh baru kul 5.55am awal nya dia kejut . Aku pun bangun buka pintu , bila buka pintu depan bilik aku berkabus , ohhh yaa positif ja sebab duduk atas bukit kan . Toleh kanan , toleh kiri takda juga  eh piqa dah takda , cepatnya masuk padahal masa dia panggil itu cepat-cepat aku bangun . Positif . Aku sambung tidur .

Pagi tu aku bangun balik aku fikir . Siapa ketuk bilik? Piqa dah balik . Aku wassap akak fasi (solehah) yang bilik depan mungkin dia ketuk . " Akak ? Akak kejut kita subuh ke?" Akak tu cakap takda .

Itu ialah sapaan pertama salam pengenalan penghuni V6.

  

Hijab SafiyyahKde žijí příběhy. Začni objevovat