Kau asal terkejut ?

18 4 0
                                    

Hai readers ! .

Pada malam yang dingin ini , aku nak bercerita mengenai rumah 'permanent' yang aku hidup selama 15 tahun . Rumah berpuaka tapi perlu tinggal sebab bapak aku suka , banyak kemudahan . So tutup mata jelah pasal hantu ini semua .

Safiyyah :

Aku bukan nak buat sesi pengenalan secara menyeluruh pasal rumah aku . But aku just nak cerita seton yang menyerupai ' lelaki tinggi , badan yang biasa , berbaju putih dan berkulit gelap'. So aku bahasa kan benda ni sebagai 'jantan'. Jadi aku akan mulakan dengan cerita aku dulu dan diikuti cerita dari keluarga aku .

Ini bukan kali pertama aku terserempak jantan , mula terjumpa sekitar tahun 2018-2019 ketika aku cuti sem . Cuma tak ingat berapa kali , okay macam ini . Waktu itu maghrib , di rumah ini cuma ada aku dan mama . Bilik aku jenis menghadap seperti satu ruang segi empat yang akan menjadikan perantaraan 3bilik . Bermakna 2bilik saling menghadap  , satu lagi menghadap dinding (Bilik a,b,) . Jadi aku dari bilik A ( bertentangan Bilik B) untuk masuk ke bilik C.

Bilik c ni pintu terbuka tapi ada langsir putih yang menutupi dalam bilik. Aku ni baru ja mandi kelam kabut nak masuk bilik . Masa aku tengah selak langsir nak capai plak lampu kat dinding dalam bilik belah kanan itu . Aku bertembung dengan si jantan ni . Sumpah aku terkejut bukan takut . Yelah , kau keluar bilik dengan berkemban nya tetiba terserempak lelaki . Jantan tu still lelaki an . Aku terkejut jantan pun terkejut , sebab aku terpandang jantan . Aku tak tipu muka jantan terkejut , jantan tu siap ke belakang lepastu ghaib .

Mungkin jantan pikir boleh ghaib la tu sebelum terserempak aku  . Dua kali aku jumpa jantan kat tempat yang sama . Masalahnya aku tak boleh blah! Dia terkejut . Pebenda siaaaa .

Kadang mereka ni menghiburkan. Kadang menakutkan.


Mama :

Okay baiklah , cerita mama pula . Kami ini bertiga suka tidur ruangtamu . So susunan tidur adalah mama , aku dan kakayang yang berada di bahagian terdedah ( maksud aku laluan nak ke dapur gitu) . Disebabkan mama ini selalu bangun tengah malam untuk ke tandas , mama ternampak jantan , yang elokkkkkk baring sebelah kakayang . Baring tegak je menghadap depan . Masalah sekarang ini , mama jenis yang separa sedar aku taktahu nak percaya ke tak pada mulanya . Setelah aku pikir panjang mungkin ya juga , sebab aku pun jumpa dan aku tak pernah cerita bentuk si jantan cuma cakap " haritu nampak setan tu katbblabalabla ". Macam aku cakap mak aku ni separa sedar jadi dia fikir itu adalah boyfriend akak aku , sebabnya boyfriend akak aku gelap ( huhuhu) .

Mak aku cerita pun selepas dengar cerita abang ipar aku . Dan aku turut kongsi kan pengalaman aku kepadanya.

Abang ipar :

Jadi begini , kejadian ini malam dalam pukul 9pm , mama minta bil aku untuk ambilkan daun purut di belakang rumah. Bil pergi berteman anak buah aku (Janna) . Kami pula , tengah duduk di ruangtamu berborak memandang semua balik rumah 'permanent' ini . Bil aku masuk rumah dengan Janna . Muka bil aku ni macam teruja tau nak ceritakan sesuatu kat kami . Bil aku cerita masa bil nak ambil daun limau purut itu . Bil aku terserempak dengan jantan ( describe jantan ) ternyata sama dengan aku dan mama nampak ! . Bil kata bil buat-buat tak nampak si jantan yang tengah berdiri sebelah daun purut . Meremang dibuatnya ! .

Hijab SafiyyahWhere stories live. Discover now