《1》

261 47 32
                                    

Nama aku Jung Hwa-Young.Aku berumur 17 Tahun.Aku tak bersekolah macam orang lain sebab tugas aku bukan untuk belajar tapi untuk jadi kuli orang.Aku tinggal dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri.

Ibu kandung aku meninggal dunia masa lahirkan aku.Selepas ibu aku meninggal,ayah aku seperti hilang arah.

Pada umur aku 10 tahun,ayah aku memasang niat untuk berkahwin dengan alasan risau aku tidak mendapat kasih sayang yg secukupnya dan dia minta izin aku Dan aku setuju.Lagipun aku tak sanggup tengok ayah aku murung sepanjang masa.

Genap umur aku 16 tahun,ayah aku pula pergi tinggalkan aku kerana terlibat dalam kemalangan.Jadi sekarang aku tinggal dgn ibu tiri dan kakak tiri aku yang melayan aku tak ubah seperti pembantu rumah.Jijik dan lemah.

"Hwayoung!!!"

Kedengaran suara memanggil nama aku.

Aku segera menutup diari aku dan terus keluar bilik.

"Ya,eomma.."Aku berdiri di depan Ibu tiri aku sambil menunduk.

"Apa?Eomma?!Aku kata panggil aku Puan kan.Kau dah lupa ke yang eomma kau dah lama mati??!!" Kepala aku ditunjal.

"Maaf,Puan.."

"Dah tak perlu tunduk-tunduk sangatlah!!Sekarang,kau pergi masak.Jangan ingat nak goyang kaki je!!"Puan Dasom menjeling aku.

"Tapi Puan,barang dapur dah habis."Takut-takut aku membalas.

"Pergilah beli.Otak ade taknak guna!!"Puan Dasom menengking lagi.

"Duit??"Minta aku perlahan.

"Pakai lah duit kau sendiri.Apa ingat aku cop duit ke??!!"

"Tapi,duit dalam poket. Dahh. Dah. Habis."

"Hey,perempuan.Mak bapak kau kan kaya.Pergilah ambik dekat bank tu!!"

"Tapi duit tu,Hwayoung nak..."Belum sempat Aku menghabiskan ayat aku,Puan Dasom menyampuk.

"Takde,tapi2.Palliwa,aku dah lapar ni!!"Puan Dasom tengking lagi dgn suara petirnya itu.

"Omma,apa bising2 ni?"Kedengaran suara di tangga rumah.

'Aduh..Dah bangun pulak minah tk betul ni..'

"Ni haa...Omma suruh beli barang,bnyak pula alasan dia."Puan Dasom memandang anknya sekilas lalu memandang aku dgn tajam.

"Yahh,perempuan!!Pergi jelah.Omma aku suruh tu kan.Dasar pemalas!!"Kakak tiri aku iaitu Kim Yeji menengking aku pulak.

Aku akhirnya mengalah dan terus keluar dari rumah untuk membeli barang dapur.


<<<<<<


Aku berjalan untuk pulang ke rumah dengan tergesa2.Tgnku penuh dgn plastik barangan dapur.

Masa tengah pecut tiba2 aku tersepak satu cermin antik yang agak cantik.

Masa tengah pecut tiba2 aku tersepak satu cermin antik yang agak cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memerhati sekeliling.Takde orang.Siapa punya pulak ni.Aku mencapai cermin itu setelah pasti cermin itu tiada pemilik.

Aku membelek2 cermin itu dgn teliti.Di belakang cermin terdapat tulisan.


'Secret Garden'


Plastik barangan aku terjatuh sedikit di tar,mengingatkan aku tentang tugasku.

Aku memasukkan cermin itu ke dalam hoodie aku.Nasib baik muat.

Aku terus berjalan menuju ke rumah dgn segera.

Sampai di rumah,kedengaran suara petir Puan Dasom di ruang tamu.

"Hah,baru balik!!Aku suruh kau beli barang je,bukan buat barang.Yang lama sangat tu kenapa?!!"Puan Dasom bercekak pinggang.

"Err,Maaf Puan."

"Tu Jelah kau pandai.Dah pergi cepat masak!!aku denganYeji dah lapar ni!!"Puan Dasom menengking aku lagi.

Aku segera masuk ke dapur.Aku letak barang diatas kabinet dapur.

Air mata aku mengalir setitik demi setitik.Aku dah tak dapat tahan dengan sikap Puan Dasom Dan Yeji.Aku menutup mulut supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi.

'Kenapa hidup aku tak pernah bahagia.Kenapa hidup aku tak macam orang lain.'

'Dulu,aku kehilangan omma,appa lah penguat aku.Bila appa dah pergi,siapa nak jadi penguat aku.Siapa nak bagi semangat dekat aku.Aku takde siapa2.'

'Appa,kenapa appa tinggalkan Hwayoung terlalu cepat.Hwayoung dah tak tahan duduk dalam rumah yang dah macam neraka ni.'

"Hwayoung!!Aku tak dengar apa2 bunyi pun!!Kau memasak ke berangan,haa bengap!!"Aku segera mengelap air mataku.

"Maaf,puan.Hwayoung masak sekarang."Aku senyum manis.Aku taknk nampak yg aku lemah depan orang.

Aku terus memasak sarapan untuk dua org manusia itu.

•••••

[C] Secret Garden ( PARK JISUNG )Where stories live. Discover now