《3》

176 39 21
                                    

'Aku kat mana ni??'

Aku memerhati tempat yang asing bagi aku.Sekeliling aku hutan.Aku berdiri.

Aku ternampak sebuah pintu kayu yang dipenuhi pokok-pokok yang menjalar.

Aku menolak pintu itu perlahan.Kaki melangkah dengan penuh berhati-hati.

Kawasan ini cantik dan dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik.Aku memang sukakan bunga.

Aku pergi ke arah bunga-bunga di bahagian tepi.

"Cantiknya bunga ni."Aku memetik sekuntum bunga ros berwarna merah.Aku menghidu bunga yang harum tu.Aku bergerak ke arah lain dan memetik bunga ros berwarna putih pula.

"Woi!!Pencuri!!"

Aku menoleh.Seorang lelaki berpakaian Tanpa lengan menampakkan otot di lengannya Dan bajunya yang melekap di tubuh menampakkan tubuh badannya yang sasa.Dia memandang aku dengan pandangan yang menyeramkan.

Aku segera melepaskan bunga itu dan lari.Lelaki itu mengejar dan aku mula berlari selaju yang boleh.

"Jangan larilah pencuri!!"Suara lelaki itu kedengaran lagi.Aku memaksa kaki aku untuk berlari walaupun dah penat.Aku berlari dikelilingi dgn bunga-bunga yang cantik dan indah.

Bukk!!

Aku terlanggar seseorang dan jatuh terduduk.Lelaki itu memandang aku kosong.Aku menyeret punggung aku untuk mengundur ke belakang.

"Jisung,Tangkap pencuri tu!!'Kedengaran suara lelaki yang mengejar aku tadi.

Aku menyorok di belakang lelaki yang bernama Jisung.Kenapa aku berani sangat ni.Entah-entah lelaki ni pun nak tangkap aku.

Nasib aku baik kerana Jisung mendepakan tgnnya menghalang daripada lelaki itu mendekati aku.

"Kau kenapa??Aku nak tangkap dia ni!!Dia ni curi bunga2 kita!!"Lelaki itu berdiri di depann Jisung dgn dada yg berombak kerana penat.

"Kau yakin dia ada niat nak mencuri?Manusia mana boleh senang-senang masuk dalam ni.Mesti ada sebab dia boleh ada dekat sini."Akhirnya lelaki bernama Jisung itu bersuara.

'Omg suara dia bikin gue cair'

"Apa-apa jelah.Tapi ingat!!Aku perhatikan kau!!"Lelaki itu merenung aku.Aku semakin menyorokkan diri belakang Jisung yang tinggi lampai.

"Dah lah Hyung.Kau buat dia takut.Jomlah,bawa dia pergi jumpa Noona."Lelaki yang mengejar aku tadi mengangguk.

Mereka berdua jalan di hadapan.Aku hanya ikut mereka.Lagipun aku tak tahu jalan dekat sini.

>>>>>


Aku berhenti di hadapan pintu yang agak besar.Aku fikir ni dewan.

Jisung menyuruh pengawal di luar membuka pintu Dan pintu pun dibuka.Terserlahlah dewan yang sangat cantik dan mewah.Terdapat banyak barang antik di situ termasuklah hiasan bunga-bungaan yang Segar,wangi Dan cantik.

Dewan tapi dah macam lobi hotel.Suasana di situ tidak terlalu bising.Aku terpaku dgn keindahan dewan itu.

Kami terus berjalan.Aku hanya mengikut langkah mereka berdua,namun mataku sibuk mejelajah kawasan ni.

Jisung dan kawannya berhenti secara mendadak menyebabkan aku terlanggar belakang badan Jisung.

Aku memandang depan tidak menghiraukan rasa sakit melanggar badan Jisung.

[C] Secret Garden ( PARK JISUNG )Where stories live. Discover now