BACAAN BAB AWAL SAHAJA-Sinopsis ( novel version ) Inspektor Edlynna Lovelyn Jentony, seorang penembak tepat 'Special Branch' mengorbankan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang di milikinya. Baginya, tidak ada yang lebih penting selain keselamatan Glennys Lavender. Bersama-sama sahabat baiknya, mereka melarikan diri ke bumi Sabah demi melindungi Glennys Lavender daripada pandangan penculik upahan misteri. Walaupun kehadiran Glennys Lavender membuatkan dia hampir di buang keluarga dan tali pertunangannya di putuskan, itu tidak menghalangnya dari terus berjuang melindungi anak kecil itu. Perkenalannya dengan seorang penjenayah kacak membuatkan hatinya kacau bilau. Sedaya upaya dia menolak namun dia tidak mampu menghalang hatinya daripada terus jatuh cinta dan menyayangi jejaka bernama Jaysen Jared Jake itu. Keadaan menjadi lebih teruk apabila nyawa keluarganya terancam bahaya. Dia nekad untuk menyelamatkan mereka tanpa bantuan sesiapa. Siapa sebenarnya Glennys Lavender? Kenapa anak kecil itu di buru? Bersatukah cinta di antara Jaysen Jared Jake dan Edlynna Lovelyn Jentony? Persoalannya, mampukah dia melindungi orang-orang yang di sayanginya atau dia bakal terkorban dalam misinya? Semuanya bakal terjawab di dalam novel GLENNYS LAVENDER.
6 parts