Part 3-Doktor Rio

241 32 4
                                    

Part 3-Doktor Rio

# glennyslavender

Tengah malam tu saya tiba-tiba terbangun. Saya tengok jam di hp. Baru jam 2 pagi. Entah kenapa hati saya rasa tidak selesa masa tu. Macam ada sesuatu yang buruk saja akan berlaku. And I trust my instinct.

Saya ambil pistol saya di bawah bantal. Sebelum keluar dari bilik, saya text Florence yang ada di bilik sebelah. Saya harap dia baca text saya.

'Flo, saya tidak sedap hati. Get ready! Saya turun bawah cek dulu. Kalau dengar bunyi, masuk bilik Lavender. Bring your gun too. '

Perlahan-lahan saya keluar dari bilik. Pintu bilik Florence dan Lavender bertutup. Saya masuk bilik Lavender. Dia tengah tidur sambil peluk teddy bear dia. Saya masuk bilik Florence untuk pastikan dia sudah dapat text saya. Florence mengangguk kecil.

Saya keluar dari bilik dan turun ke bawah. Samar-samar dari luar saya nampak ada beberapa orang sedang berlarian menuju ke belakang rumah. Shittt!! Pantas saya naik atas balik.

" Flo, mereka lebih daripada 2 orang. Bawa Lavender keluar dari sini secepat yang boleh. Lari pergi sana rumah mama saya. Barang-barang yang penting ada dalam beg sandang saya. Pastikan kau tidak kena ikut. Kalau ada yang ikut, drive pergi balai polis. Saya akan cuba keluar dari rumah secepat yang boleh. Please, Flo.. jaga Lavender! "

Florence menganggukkan kepala tanda faham.

Kami keluar dari bilik Florence dan terus masuk di bilik Lavender. Saya duduk di katil dan kejutkan Lavender perlahan.

" Lavender, wake up baby! " saya tepuk-tepuk pipi dia lembut.

" Mamy.. " Lavender bersuara sambil menggosok mata.

Nasib saja Lavender tidak menangis atau buat perangai. Dia memang senang di jaga dari baby lagi. Tidak banyak ragam.

" Yes baby. "
" Why? "
" Something wrong! Follow mamy Flo ok? "

" Blood? " Lavender bertanya lagi.

Lavender tahu bila saya cakap ada something, automatik dia akan cakap blood. Lavender faham apa yang berlaku di sekeliling dia.

" Yes, baby. " dan saya tidak mahu sembunyikan apa-apa dari Lavender.

Biar dia tahu semuanya supaya bila sampai waktu saya tidak boleh protect dia lagi, dia akan gunakan akal dia untuk menyelamatkan diri.

" I love you mamy! " Lavender peluk saya.

" I love you too Lavender! You will always be my baby. " saya kiss pipi sama dahi dia.

" Siapkan dia Flo. Saya tukar pakaian saya dulu. "

Saya keluar dari bilik untuk menukar baju. Takkan saya pakai baju tidur berlawan? Sudahlah seksi, pakaian dalam pun tiada.

Lepas saja saya bersiap, saya masuk balik ke bilik Lavender. Saya bagi Florence beg sandang saya dan juga kunci kereta. Kunci motorsikal pula saya masukkan ke dalam poket seluar saya yang berzip.

" Ingat apa yang saya pesan tadi ton. "
" Becareful ton! " Florence peluk saya.

Saya balas pelukan Florence. Saya peluk Lavender dan kiss dahi dia.

" Ikut belakang saya ar ton? Get ready sama kau punya pistol. Saya akan iring kau sampai kereta. Tapi kita kena buat slowly. "

Florence menganggukkan kepala. Kami keluar dari bilik Lavender bersama-sama. Saya pegang tangan Lavender. Perlahan-lahan kami turun di tangga. Sampai di ruang tamu, kami semua merangkak sampai di pintu besar. Saya buka lock pintu perlahan-lahan.

GLENNYS LAVENDERWhere stories live. Discover now