Part 2-George

310 36 4
                                    

Part 2-George

# glennyslavender

" Apalah kita mau buat sekarang ni ton? Sampai bila kita mau lari sana sini? " Florence bertanya.

" Saya pun tidak tahu ton. Saya sudah berusaha cari mama Lavender, tapi tidak berhasil. " saya jawab.

Saya sudah berusaha semampu saya untuk mencari kakak itu tapi hampa. Saya tidak ada gambar dia. Saya meminta bantuan daripada orang di jabatan kami untuk melakar wajah kakak itu mengikut ingatan saya. Bila lakaran itu siap, saya cuba mencari dalam pangkalan data namun, tidak ada satu pun yang match dengan lakaran itu. Banyak alternatif lain yang saya cuba namun semuanya hampa. Tidak berhasil. Untuk mencari secara terang-terangan, saya tidak mahu mengambil risiko. Itu hanya akan membahayakan nyawa Lavender dan juga saya.

" Kesian oh kan Lavender ni. Kecil-kecil lagi hidup dia sudah berdepan sama bahaya. Sentiasa jadi buruan. I think kan ton, you should find father for her yang boleh protect kau sama Lavender. "

" Gila kau ton? kau tidak ingat pasal George? Berabis kita percaya sama dia, tahu-tahu dia pun cuba rampas Lavender. Saya hampir mati ton, tak kan kau tidak ingat? " air mata saya hampir saja menitis.

Pengalaman yang cukup mengajar saya untuk tidak mudah percaya sama orang lain. Tapi satu perkara yang sukar saya elakkan, hati saya. Ia terlalu mudah untuk jatuh hati.

Florence tunduk. Cuba mengingati kejadian yang hampir meragut nyawa temannya itu.

*Flashback*

" Sebelum saya tembak, kau serahkan Lavender sekarang! " ugut George.

" Kau gila George! Edlynna percaya sama kau tapi apa yang kau buat? She love you George. Don't do this to her!! " marah Forence.

" Do I care? Saya ada mission saya and I have to complete it. Enough with your chit chat! Serahkan budak tu. "

" No!! " Florence teriak.

Lavender yang berada di belakang Florence sedang menangis ketakutan. Ketika kejadian, umur Lavender baru mencecah 3 tahun.

Saya tahu mengenai kejadian ini semua pun sebab saya dan Florence install CCTV di rumah dan saya connectkan dalam hp saya. Apa guna ada hp canggih kalau tidak di manfaatkan dengan sebaik mungkin.

Malam itu kami ada operasi dan saya terlibat. Silap saya sebab terlalu percayakan George. Saya yang call George untuk menemani Florence dan Lavender malam itu.

Habis saja operasi, hati saya terdetik mahu call Florence tapi entah kenapa, hati saya mahu betul melihat CCTV. Berdebar-debar jantung saya apabila nampak kejadian dalam rumah.

Tanpa meminta izin daripada orang atasan, saya terus sahaja memecut laju motorsikal Kawasaki Z250 yang kami gunakan. Apabila tiba di kawasan perumahan, saya menghentikan motorsikal selang 2 buah rumah. Saya berjalan perlahan-lahan mendekati kawasan rumah tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Ketika saya melangkahkan kaki masuk ke halaman rumah..

" Popp!! " bahu saya di tembak.

Sakit jangan cakaplah. Rasa macam kulit saya di bakar. Tiada bunyi tembakan yang saya dengar, so saya assume yang penembak pakai penyenyap bunyi.

Arghh!!

Saya pantas duduk bersandar dekat gate sambil menahan kesakitan tapi demi Lavender, saya harus bertahan. Saya perlukan bantuan. Saya tiada cara lain.

' Sarjan, I need help! Hati-hati penembak hendap. '

Saya hantar pesanan melalui SMS kepada Sarjan Alif. Dialah partner in crime saya di balai.

GLENNYS LAVENDERWhere stories live. Discover now