Part 1-Glennys Lavender

593 58 12
                                    

Part 1

Part 1-Glennys Lavender

# glennyslavender

" Kanapa kau hitam Na? Macam anak Negro sudah mama tengok. " mama bertanya dalam masa yang sama bergurau.

" Ihh mama ni. Ada pula cakap begitu sama anak sendiri. Kalau saya anak Negro, mama sama bapa pun Negro lah kan? " saya ketawa terbahak-bahak melihat reaksi mama.

" Bukan kau karja pajabat kah Na? Urang kampung bilang duduk guyang tangan saja. Kanapa boleh hitam? " bapa pula bertanya.

" Jangan macam tu bha pa! " saya bercakap dalam nada-nada mahu merajuk.

Mama dan bapa terus sahaja meletuskan tawa mendengarkan kata-kata saya.

Saya tatap wajah mereka satu persatu. Sudah terlalu lama saya tidak bersua muka dengan ahli keluarga saya. Hanya panggilan telefon yang menghubungkan kami.

Lepas sahaja saya tamat pengajian dulu, saya tidak terus balik ke Sabah. Saya terus sahaja menetap di Kuala Lumpur. Ahli keluarga saya ada datang ketika majlis graduasi saya tetapi hanya berada di Kuala Lumpur 2 malam sahaja.

Mama sama bapa ada juga bawa saya balik Sabah tapi saya cakap yang saya sudah dapat tawaran bekerja. Dengan alasan, saya akan balik ke Sabah bila dapat cuti.

" Siapa kawan kau balik Na? " Edry pula bertanya.

Edry ni abang saya. Kami cuma 2 orang saja adik beradik.

" Sama Florence lah, siapa lagi? "
" Kenapa kau tidak bawa dia masuk? "
" Dia pening kepala. Lagipun saya sekejap saja di sini. "

" Aikkk? Kau tidak tidur di sini? " mama pula bertanya.

" Err rasanya tidak ma! "

Sewaktu kami sedang rancak bercerita, Florence tiba-tiba sahaja meluru masuk.

" Ton.. " nada suara Florence agak cemas.

Saya menoleh ke arah Florence.

" Kenapa ton? " saya bertanya.

" kau tengok ni.. " Florence menghulurkan hp kepada saya.

' Sampai lubang cacing pun saya akan cari kau! hahaha '

Laju saya mengangkat wajah memandang Florence. Florence terlihat cemas dan wajahnya memucat.

" Mana Glennys Lavender? " saya bertanya panik sama Florence.

Saat itu, jantung saya berdegup laju memikirkan keadaan Glennys Lavender. Baru sahaja saya dan Florence mahu melangkah untuk mendapatkan Glennys Lavender, kelihatan dia sedang berlari masuk.

" Mamy!! " lalu kaki saya di peluk erat.

Pantas saya mencangkung di hadapannya dan memeriksa seluruh tubuhnya.

" Are you hurt? Anywhere? " panik suara saya bertanya.

Comel saja dia menggelengkan kepalanya. Dada saya terasa lapang dengan gelengannya namun sekali lagi jantung saya berdegup laju apabila mendengar suara mama bertanya.

" Siapa budak tu Na? Kanapa dia panggil kau mamy?" mama bertanya.

Damn! Saya tutup mata sambil mengetap gigi. Saya tarik nafas dan menghembusnya perlahan sebelum saya berdiri dan menoleh ke arah mama.

" Ma, dia.. "

" Pappp!! " pipi kiri saya menerima tamparan dari mama.

" Ma.. "

" Kami buang duit hantar kau pergi balajar, Na. Sanang-sanang kau habiskan duit kami dan menyundal di sana? Apa yang ada dalam otak kau ni Na hah?!! " mama memarahi saya sambil menolak kepala saya dengan jari telunjuknya.

GLENNYS LAVENDERWhere stories live. Discover now