Dia tak pernah duduk diam dalam istana. Sering saja menjadi buruan Pengawal Diraja kerana asyik hilang dari Istana Barakah. Dari umurnya belasan, sampai sudah mencecah 20-an, sering saja buat ayahandanya pening kepala. Pecah masuk Bilik Larangan, rosakkan Majlis Makan Malam Perdana, sesat di dalam Hutan Hitam, malah pernah membelasah budak lelaki yang membuli rakan baiknya ketika di sekolah tinggi. Dia puteri raja paling rebellious dalam sejarah Rhalia, puteri yang lagaknya tidak seperti seorang puteri. Ikatan yang diatur oleh ayahandanya buat dia lagi tidak senang duduk. Lagi-lagi lelaki itu tak pernah biar hidupnya aman sebelum ini. Banyak lagi perkara yang perlu dia fikirkan, seperti korupsi Desa Aman, kebajikan Rumah Bakti dan misteri Kumpulan Singa Merah.