Najwan bukan lelaki sembarangan. Dia lelaki idaman Alaika Binti Ahmad. Walaupun lelaki itu seorang yang garang. Namun jauh di sudut hati, Alaika dapat lihat ketulusan dia dalam mencintai. Meski Najwan sedingin ais batu campur, semangat Alaika tetap panas membara untuk menawan hati cikgu itu. Ya, memang bukan mudah tapi dia harus berusaha. Alaika yakin dia mampu memenangi hati Najwan. Tetapi, itu sebelum dia dapat tahu Najwan sedang bermain cinta dengan seorang wanita yang jauh lebih sempurna daripada dirinya. Sejak itu semangatnya merundum, kaki Alaika tersadung. Alaika sedar dia bukan selayaknya maka dia berundur walau tidak bertarung. Kehadiran seorang lelaki yang sempurna sedikit pun tidak mengoyahkan perasaan yang ada. Ditambah dengan usikan nakal daripada pelajar hanya menimbulkan api cemburu dalam diri. Tanpa disangka-sangka, majlis pertunangan Alaika dan Encik Sempurna hanyalah satu andaian semata. Pheww, lega hati Najwan. " Saya bukan dia, bukan yang sempurna Hargai saya, walau saya bukan yang awak mahu." -Alaika. " Mula-mula awak terpijak tangan Maria, lepas ni apa pula? Awak terbunuh Maria? " - Najwan. Mampukah kemenangan mengatasi kesempurnaan? ☆ ☆ ☆ ☆ Mula : 19.8.2018 Re-upload : 2.8.2020 Tamat : 19.8.2020