ON GOING Lelaki di hadapannya ini dipandang lama. Sudah lama mereka tidak bersua muka ketika lelaki ini membuat keputusan untuk pergi jauh tanpa meninggalkan sebarang jejak dan khabar. Adakah ini mimpi? Jikalau ianya mimpi, izinkan aku ingin tidur buat selamanya. Tubuh lelaki ini lebih tinggi dan sasa berbanding dahulu. Malah terserlah aura maskulin dan dominan di sekeliling tubuhnya. Tetapi apa yang menarik minat mata Seroja adalah terdapat satu parut kesan jahitan yang panjangnya lebih kurang 5cm pada tengkuk leher lelaki ini. Apa yang sudah berlaku? "Kenapa awak langsung tak ingat siapa saya dan ke mana awak pergi selama ini?" - Aurora Seri Seroja "Aku sudah kata yang aku memang tak pernah jumpa kau and one more thing is macam mana kau boleh kata yang kita pernah kenal?!" - Noah Al-Iziyan "Saya minta maaf sebab sudah hancurkan hati awak" - Raqib Al-Eihsan Antara Noah dan Raqib, siapakah yang akan menjadi pilihan Si Bunga? Dan apabila hati sudah terikat, seseorang daripada kenangan di masa lalu mula menggoyangkan bahtera kebahagiaan mereka. ''Seri, jika alam semesta menghalang kebahagiaan aku bersama kau, maka tiada siapa yang akan layak dapat kebahagiaan itu!'' - Zufayri Effendyz Adakah hubungan suci yang baru mekar ini dapat mengekalkan mekar dan wanginya? Satu persatu rahsia yang selama ini dijaga dengan rapi telah dibongkarkan. 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'. Mungkin juga dengan ujian yang menimpa ke atas Seroja dan suaminya akan membuatkan mereka lebih fokus meminta bantuan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Ujian itu akan mereka harungi bersama-sama dengan Pertolongan dan Izin-Nya. "Bunga kesayangan abang, dengan lafaz Bismillah kita akan sama-sama harungi ujian ini ya sayang?" "Bismillah" Selamat Membaca Lamaran Buat Bunga 💐