Afeeya Qaisara merupakan seorang gadis yang cantik dan polos. Kecantikan dan kepandaiannya membuatkan ramai yang tergila-gilakannya termasuk lah Geng Akif Haikal. Namun, mereka memasang niat jahat pada diri Afeeya atas sebab tertentu. Masa depan dan maruah Afeeya hancur disebabkan hawa nafsu manusia. Dia menyimpan dendam terhadap Akif Haikal selaku ketua geng yang juga telah menghancurkan maruahnya. Gadis yang polos dan naif bertukar menjadi hati batu. Kini, tujuannya hanya satu. Balas dendam. Sampai mati dia tidak akan memaafkan perbuatan Akif Haikal dan rakan-rakannya terhadap dirinya. Pujuk rayu Akif Haikal bagaikan air jatuh ke daun keladi. Rasa kasih dan rindu yang pernah ditanam terhadap lelaki tersebut hilang bagaikan angin lalu. Tiada lagi rasa cinta dan rindu buat lelaki tersebut. Dendam yang tersimpan bertahun lamnya telah menguasai diri Afeeya. Mampukah Akif Haikal memujuk Afeeya Qaisara? Wujudkah rasa cinta dan rindu Afeeya terhadap Akif untuk sekali lagi? Peluang di depan mata, Akif tidak akan melepaskan peluang tersebut demi meraih kemaafan daripada seorang gadis yang bernama Afeeya Qaisara. Namun, tiada siapa tahu nyawa mereka dalam bahaya dek kerana ketamakan ibu Akif.