BAB 2

17 4 0
                                    

Afeeya duduk di ruang tamu sambil ditemani dengan drama Korea di kaca televisyen. Sesekali Afeeya menoleh ke arah pintu menunggu abangnya balik dari kerja. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam namun kelibat abangnya masih juga belum muncul. Afeeya merebahkan dirinya di atas sofa sambil bermain dengan alat kawalan jauh untuk televisyen. Puan Zahra sudah lama terlelap di biliknya.

Tidak lama kemudian, kedengaran deruan enjin kereta di halaman rumahnya. Afeeya bingkas bangun dan membuka pintu utama. Dari jauh dia melihat abangnya keluar dari kereta.

"Assalammualaikum. Tak tidur lagi dik?" tanya Emir, hairan melihat Afeeya yang belum tidur sedangkan sudah lewat malam.

"Waalaikummusalam. Tak ngantuk lagi Along. Lagipun esok kan cuti. Apa salahnya kalau adik tidur lewat sikit?" ujar Afeeya lalu kembali ke sofa tempatnya berehat tadi. Dahi Emir berkerut. "Lewat sikit? Mana ada sikitnya. Dah nak pukul 12 tengah malam ni." kata Emir lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Afeeya. Afeeya mendengus.

"Ishh, Along ni! Orang nak tengok cerita. Best nii!" Afeeya menunjukkan drama yang sedang ditontonnya di kaca televisyen.

"Best tak best. Dah lewat malam ni. Pergilah tidur. Esok sambung lagi tengoknya. Macam lah cerita tu takda dekat Youtube ke apa ke," ujar Emir lalu bingkas bangun dan menuju ke ruang dapur. Afeeya menutup televisyen lalu mengikutinya dari belakang.

"Umi cakap, kalau nak makan. Panaskan lauk dulu." beritahu Afeeya kemudian mengorak langkah menuju ke anak tangga. Tiba-tiba, Emir memanggil dengan suara yang agak perlahan.

"Eh dik, tolong panaskan untuk Along. Along nak mandi lagi ni."

Afeeya mendengus perlahan. "Tadi suruh adik tidur. Adik nak tidur lah ni. Dah lewat." Baru sahaja ingin melangkah Emir memanggilnya lagi. "Tolonglah dik." rayu Emir. Afeeya kemudian ketawa.

"Itulah Along, umi suruh cari calon isteri taknak. Sekarang, siapa yang susah?" Afeeya kemudian mengeluarkan makanan dari peti sejuk kemudian memanaskannya di dalam microwave.

Emir mencebik. Bukan dia tidak mahu beristeri, namun dia masih ada tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul. Adiknya yang masih bersekolah, Izzan yang masih belajar di luar negara, uminya lagi. Malas dia nak fikir untuk mencari pendamping hidup. Perjalanannya masih jauh. Emir kemudian berlalu menuju ke biliknya.

Afeeya duduk berseorangan di meja makan. Keheningan malam itu membuatkan fikirannya terasa tenang. Dia cuma tersedar lamunannya apabila microwave berbunyi. Dia mengeluarkan lauk makan malam tadi dan hidangkannya di atas meja bersama nasi putih. Tangannya yang sibuk menyediakan makanan terhenti seketika apabila merasakan ada sesuatu di belakangnya. Bulu romanya menaik. Mulutnya tidak henti membaca surah-surah.

"Haaaaaa!" jerit Emir. Afeeya kaget dan berdiri kaku. Dia menunjukkan wajahnya yang tidak puas hati kepada Emir.

"Kalau adik mati sakit jantung, Along tanggung! Tak baik tau!" ujar Afeeya separuh menjerit. "Nah, makan ni! Adik nak gi tidur!" sambungnya lagi lalu beredar menuju ke biliknya. Panggilan Emir langsung tidak dihiraukan.

Afeeya menghempaskan dirinya ke katil lalu cuba untuk melelapkan matanya. Dia teringat akan ketua Geng Tandas tadi yang selamba meluahkan perasaan terhadapnya. Tidak semena-mena bibirnya mengukirkan senyuman. Afeeya dengan segera menggelengkan kepalanya. Tidak! Tidak mungkin dia suka akan lelaki itu! Ketua Geng Tandas itulah dia paling benci. Afeeya berusaha mengusir perasaan aneh yang tiba-tiba menjengah ke ruang hatinya.

Pagi yang hening.

Afeeya bingkas bangun dan mandi kemudian melaksanakan suruhan Allah. Seusai solat, dia melihat ke luar tingkap. Suasana yang sejuk dan udara yang segar dirasai Afeeya kini ditambah lagi dengan bunyi burung-burung yang berkicauan menenangkan hati Afeeya. Damai rasanya.

Tiada Lagi RinduWhere stories live. Discover now