BAB 8

13 2 0
                                    

Tan Sri Hisham sedang duduk di dalam biliknya apabila dia terdengar bunyi loceng di pagar rumah. Dia kemudian bingkas bangun dan turun ke bawah dan membuka pintu pagar. Kelihatan kelibat Mokhtar tercegat di depan pintu pagar. Dia mempelawa Mokhtar masuk ke dalam rumah. 

"Assalammualaikum, Tan Sri." ucap Mokhtar lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat muka Tan Sri Hisham yang kelihatan tidak bermaya dan matanya kuyu. 

"Waalaikumussalam, Mokhtar. Terima kasih lah sebab sudi datang." ujar Tan Sri Hisham. Dia sengaja mengajak Mokhtar datang ke rumahnya apabila Akif berada di sekolah. Hal ini kerana, dia tidak mahu Akif tahu akan niatnya ingin membuat wasiat. Entah mengapa, hatinya rasa lain dan terbuka untuk membuat surat wasiat. 

Memang pada ketika ini, hati Tan Sri Hisham berada dalam keadaan yang kurang stabil, emosinya kurang terganggu dek kerana tindakan berani Puan Sri Laila semalam. Namun, dia tetap perlu kuat demi masa depan Akif Haikal yang kini merupakan sumber kekuatan dirinya.

Mokhtar tersenyum. "Takda masalah lah Tan Sri. Saya ni cuma melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia. Lagipun, saya dah lama kenal Tan Sri. Apa salahnya menolong kan?" ujar Mokhtar lagi. Tan Sri Hisham menjemput Mokhtar untuk duduk. Kemudian, dia meminta diri untuk pergi ke dapur dan menghidangkan dua cawan kopi. Ya, dia memang tidak mengupah mana-mana orang gaji kerana selama ini Puan Sri Laila hanya meminta adiknya untuk datang seminggu sekali untuk membersihkan rumah dengan bayaran. Mungkin selepas ini, dia akan terpaksa mengupah seorang orang gaji untuk menguruskan hal-hal di rumah.

Tan Sri Hisham meletakkan secawan kopi di hadapan Mokhtar. Mokhtar melihat sekeliling seperti sedang mencari sesuatu. 

"Maaflah saya bertanya Tan Sri. Puan Sri mana? Tak nampak pun dari tadi?" tanya Mokhtar, hairan. Selalunya Puan Sri Laila akan menonton televisyen ataupun duduk di halaman rumah.

"Dia dah pergi. Pergi tinggalkan saya dengan Akif. Dia keluar dari rumah ni semasa dia masih lagi isteri saya yang sah." jelas Tan Sri Hisham. Mokhtar mengucap panjang. 

"Kenapa sampai begini jadinya, Tan Sri?" tanya Mokhtar. Kopi yang diletakkan di hadapannya sebentar tadi tidak lagi menarik perhatiannya sebaik sahaja Tan Sri Hisham menceritakan hal yang sebenar. Dia memang sedia tahu bahawa Tan Sri Hisham dan Puan Sri Laila sering bergaduh namun dia tidak menyangka ini penghujung antara mereka berdua. Siap nak buat wasiat lagi! Haih, apalah nasib Tan Sri Hisham ni..

"Saya tak tahu nak cakap macam mana, Mokhtar. Awak pun kenal isteri saya tu macam mana. Cakap sikit, sentap. Cakap sikit, sentap. Saya pun tak tahulah. Tapi, ada jugak semalam dia minta cerai kat saya." ujar Tan Sri Hisham sambil mengeluh perlahan. 

"Baiklah Tan Sri. Jadi macam mana ni? Tan Sri nak tulis wasiat yang macam mana?" tanya Mokhtar. 

"Saya nak 70% daripada harta saya dibagikan kepada Akif dan selebihnya kepada Laila." Mokhtar tercengang dengan pernyataan yang dimuntahkannya sebentar tadi.

"Tan Sri yakin ke dengan keputusan Tan Sri?" tanya Mokhtar. Dia seakan-akan tidak percaya akan kata-kata Tan Sri Hisham. 

"Saya yakin. Laila dah ada bisnes dia sendiri. Manakala, Akif masih panjang lagi perjalanan hidup dia. Saya nak Akif hidup senang. Lagipun, dia anak yatim. Tak salahkan saya infak kan harta saya pada anak yatim." beritahu Tan Sri Hisham lagi, yakin dengan keputusannya.

"Ya Tan Sri. Tak salah, malah besar lagi pahalanya. Tapi ada betul juga kata-kata Tan Sri. Masih panjang lagi perjalanan hidup Akif. Baiklah Tan Sri, kalau itu yang Tan Sri nak, Insha Allah saya akan laksanakannya. Sama-sama kita berdoa agar semuanya akan baik-baik aje ya, Tan Sri." ujar Mokhtar. Mereka berdua tersenyum nipis dan menhirup kopi yang kian menyejuk. 

Tiada Lagi RinduOnde histórias criam vida. Descubra agora