BAB 3

10 2 0
                                    

Afeeya memandang wajah abangnya di bahagian pemandu. Dia berfikir sejenak. Adakah Alongnya terpaksa membawa dia membeli kedai buku atau sememangnya atas kehendaknya sendiri?

"Kenapa adik pandang Along macam tu?" tanya Emir. Namun, dia tetap fokus dengan pemanduannya tanpa menoleh Afeeya. 

"Along nampak lain hari ni." ujar Afeeya sepatah. Dia kemudian mengalihkan perhatiannya ke luar tingkap kereta.

"Takda yang lain, adik. Abang biasa je hensem macam ni. Adik ni, kalau nak puji sekalipun, cakap aje." seloroh Emir sambil tertawa. 

Afeeya memandang Emir. "Laa, pandai ketawa. Ingatkan dah lupa." sindir Afeeya. Emir ketawa lagi. Kali ini, makin kuat dari awalnya.

"Along minta maaf, banyak benda Along fikir tadi." ujar Emir. Dia tidak mahu menunjukkan perasaannya yang bercampur baur kepada adiknya. Dia tidak berniat mahu membebani fikiran adiknya.

Kereta milik Emir kemudian meluru laju masuk ke perkarangan hospital. Kelihatan seorang lelaki tercegat di tempat parkir kereta iaitu Seth, rakan sekerja Emir. Emir memberhentikan keretanya di hadapan Seth. Seth melambaikan tangannya apabila Afeeya membuka tingkap kereta. 

"Abang Seth apa khabar?" tanya Afeeya. Seth mengangguk dan menjawab. "Okay aje. Macam biasalah. Lonely." Dia kemudian ketawa tersengih-sengih. Dia terkejut apabila Emir menepuk perlahan bahunya.

"Kau nak bagi apa?" tanya Emir. 

"Oh, ini." Melihat sampul surat yang dipegang Seth, Emir menarik Seth agar berdiri jauh sedikit daripada kereta agar perbualan mereka berdua tidak didengari oleh Afeeya. 

"Kau terima kah tak tawaran ni?" tanya Seth.

Emir mengangguk perlahan. "Aku kena terima untuk masa depan keluarga aku. Bila aku fikir baik-baik, ini untuk kebaikan." ujar Emir.

"Baguslah kalau kau fikir macam tu. Lagipun, Izzan dah nak balik kan bulan depan?" Dia teringat tempoh hari Emir ada memberitahunya bahawa Izzan akan balik ke Malaysia dalam masa sebulan lagi. Seth merupakan rakan baik Emir sejak dari bangku sekolah menengah. Mereka berdua amat rapat dan berkongsi cita-cita yang sama. Seth juga merupakan orang luar yang paling rapat dengan keluarga Emir. Jika ada kelapangan, dia pasti akan mengunjungi rumah Emir sehinggakan jiran mengatakan bahawa Seth merupakan teman lelaki Afeeya. 

"Aku nak minta tolong kau, tolong jagakan family aku sekiranya Izzan belum balik bulan depan. Sebenarnya, banyak pesanan aku untuk kau, tapi nanti ajelah cakap. Tengahari nanti aku masuk. Sekarang ni, aku nak dating dengan adik aku." ujar Emir, panjang lebar.

Sesekali Afeeya menoleh ke arah Emir dan Seth yang sedang rancak berborak. Dia melirik ke arah jam. Hampir pukul 10.30. "Aduh Along ni, keluar sebab nak pergi sini je ke?" 

Tidak lama kemudian, Emir menghampiri keretanya semula dan masuk. "Sorry adik, Along cakap hal penting tadi. Jom kita pergi kedai buku." Mereka berdua kemudian meluru laju pergi ke kedai buku.

Sepanjang di kedai buku, Emir hanya mendiamkan diri. Dia masih berfikir-fikir tentang perkara yang diperkatakan Seth tadi. 

"Aku cuma risau kalau adik kau nanti kelas malam. Siapa ambik hantar dia? Umi kau siapa nak jaga kalau Izzan belum balik? Kau confirm ke Izzan balik?" Pertanyaan itu membuatkan timbul rasa risau Emir. 

"Adik, adik pilih kejap ya? Along nak call orang jap." ujar Emir. Afeeya hanya mengangguk-angguk kerana dia sedang sibuk memilih buku. 

Emir menuju ke luar kedai dan mendail nombor Izzan. Dia pasti tidak sibuk memandangkan di Australia adalah malam sekarang. Dia sabar menunggu dan setelah beberapa saat terdengar suara di hujung telefon. 

"Assalammualaikum Along, kenapa ya?" Izzan memberi salam di hujung telefon.

"Waalaikumussalam, Along call ni nak tanya. Angah jadi ke balik bulan depan?" 

"Oh, pasal itu. Insha Allah kalau takda apa-apa jadilah Along. Ada apa Along?" tanya Izzan.

"Along dapat tawaran kursus kedoktoran dekat US. Tapi sekarang ni Along dalam dilema. Tak tahu nak pergi kah tak." jelas Emir panjang lebar.

"Oh, pergi ajelah Along. Bukan selalu dapat peluang macam tu. Adik tahu pasal ni? Mesti tak tahu kan?" teka Izzan. 

"Belum lagi. Nak bagitau bila Along dah ada keputusan." jelas Emir. Izzan ketawa. "Along, pergi ajelah. Angah balik bulan depan." ujar Izzan. 

"Betul ke?" tanya Emir kurang percaya. "Yalah. Hal-hal yang lupa ke apa ke, belum uruskan ke, belakang cerita. Yang penting umi dengan adik ada orang jaga." Mendengarkan kata-kata Izzan. Dia lega, segala perasaan risaunya kini hilang bagai angin lalu. Emir kemudian meminta diri dan berkata akan menelefonnya lagi bila ada masa. 

Emir memasuki semula kedai buku tersebut dan mencari kelibat Afeeya. Dia menjumpainya di satu sudut. 

"Adik, dah pilih ke?" tanya Emir. Afeeya mengangguk. "Dah Along." ujar Afeeya. Mereka berdua menuju ke kaunter dan membayar buku-buku tersebut. 

"Adik ada nak pergi ke mana-mana lagi?" tanya Emir. Dia ingin memastikan keperluan adiknya dipenuhi. Afeeya menggelengkan kepalanya. "Takda lagi Along. Adik dah dapat buku yang adik perlukan. Kita balik ajelah, kesian umi sorang-sorang dekat rumah." ujar Afeeya. 

"Adik, Along nak bagitahu sesuatu." Emir bersuara memecah keheningan di dalam kereta. Afeeya menoleh ke arah Emir dan mengerutkan dahinya. "Apa dia, Along? Macam serious aje." ujar Afeeya sambil ketawa kecil. 

"Along nak pergi US bulan depan. Tak lama lagi, dalam seminggu. Malam tadi, Along dapat emel tawaran dari hospital." jelas Emir. Dia enggan memandang wajah Afeeya. 

Air muka Afeeya serta merta berubah mendengar pernyataan Emir. Patutlah dia dan Puan Zahra tidak seceria seperti selalunya. Rupa-rupanya ada sebab tertentu. 

"Untuk apa Along pergi sana?" tanya Afeeya dengan suara mendatar. Jelas kelihatan hatinya kecewa.

"Kursus Kedoktoran selama tiga bulan." beritahu Emir, ringkas. Afeeya memandang wajah Emir. 

"Along nak tinggalkan adik dengan umi sorang-sorang ke?" tanya Afeeya, sinis. Sudah agak, semestinya dia akan memberikan reaksi sedemikian rupa. 

"Adik, Angah kan balik bulan depan. Dia akan jaga adik dengan umi." beritahu Emir lagi. Dia masih enggan memandang wajah Afeeya. 

"Tak pernah lengkap keluarga kita. Kalau Along balik, Angah pergi. Kalau Angah balik, Along pergi. Baguslah kalau macam tu." ujar Afeeya lagi lantas menghempaskan kepalanya ke kerusi kereta. Kemudian, matanya dipejam. Malas hendak melayan Emir lagi. 

"Adik, Along pergi-" belum habis lagi ayatnya dia memandang wajah Afeeya yang matanya tertutup rapat. Dia mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri. 

Setibanya di rumah, Afeeya memberi salam kepada Puan Zahra dan terus meluru masuk ke rumah. "Banyak ke buku adik beli?" tanya Puan Zahra sebaik sahaja dia melihat kelibat Afeeya masuk ke dalam rumah.

"Banyak, mi." jawab Afeeya sepatah lantas menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Tidak lama kemudian, Emir melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Zahra memandang wajah Emir meminta jawapan. 

"Adik dah tahu, mi. Along akan pergi juga. Lagipun, Izzan akan balik." beritahu Emir.

Puan Zahra kasihan melihat Afeeya. Kasihan apabila ditinggalkan abang-abangnya walaupun untuk tujuan yang baik. Namun apakan daya, dia harus memberi peluang terhadap anak lelakinya untuk mengejar cita-citanya.

Tiada Lagi RinduOnde histórias criam vida. Descubra agora